Assalamualaikum,
Sekadar peringatan kawan2...
22 mei 2008 yang lalu, saya telah membuat satu pembelian di ebay, sebuah PDA
terpakai O2 Atom dengan harga 490.penjual tersebut (tan lye chuan @ lctan1969)
mengarahkan saya agar membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum dia mengirim
set tersebut. oleh kerana saya tinggal berlainan negeri dengan si penjual, maka
saya tidak dapat membuat bayaran secara tunai. kemudian, dia menghantar no
akaun maybank dan nama penuhnya kepada saya agar saya dapat memasukkan duit ke
akaun bank.saya langsung tidak curiga akan kemungkinan yang akan berlaku.lalu
terus saya memasukkan duit ke akaunnya. tetapi sehingga hari ini, saya belum
menerima barangan tersebut, malah apabila saya cuba menghubungi penjual
tersebut, telefon bimbitnya di tutup. saya cuba menyemak profil si penjual di
ebay, ternyata bukan saya seorang yang terkena, malah beberapa orang lagi turut
di tipu. dan semalam saya telah membuat laporan polis, malangnya polis tidak
dapat berbuat apa2..
mungkin ada di antara kita yang kenal dengan si penjual yang penipu
tersebut.jika ada, sampaikan salam saya kepadanya, katakan padanya, dia boleh
terlepas setelah menipu saya, tp akan ada balasan terhadapnya nanti...
p/s - kepada truocean, raizat_89 dan alvenlim, jika anda membaca email ini,
harap dapat hubungi [EMAIL PROTECTED]
-=Laskar Cinta=--=www.widezine.com=-