----- Mesej Dikirim Lanjut ----
Daripada: JUNHAIRI BIN ABD JALIL <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL 
PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [email protected]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 
[EMAIL PROTECTED]
Dihantar: Rabu, 16 Julai, 2008 9:54:52
Subjek: ((Tmn2Syurga)) Fw: Sekadar Memanjangkan.....







Salam untuk semua 

Izinkan saya memaparkan artikel berikut untuk renungan bersama.
Isu Kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) mesti diberi perhatian 
serius.  PATI yang dimaksudkan di sini termasuklah semua pendatang yang masuk 
ke dalam negara Malaysia tanpa dokumen yang sah dan mengikut saluran atau 
prosedur yang betul.  Meskipun mereka mungkin memiliki pas masuk atau Visa atau 
Pasport, namun jika ia adalah dokumen yang tidak benar atau lebih tepat lagi 
sebagai palsu, maka mereka ini juga merupakan PATI.  PATI yang dimaksudkan di 
sini bukan sahaja datangnya dari Indonesia, tetapi juga Bangladesh, Vietnam, 
Myanmmar, Kemboja, Pakistan, China, Thailand, Filipina, India, Nepal, Sri 
Langka dan dari mana-mana negara sahaja.
Bagi Pendatang Asing Dengan Izin (PADI) pula, kedatangan mereka dialu-alukan, 
tetapi mestilah secara terkawal atau lebih mudah lagi mempunyai kuota.  
Misalnya untuk sesuatu masa, hanya sejumlah tertentu sahaja rakyat dari negara 
tersebut boleh berada di Malaysia.
Mungkin ramai antara kita hanya melihat kebanjiran pendatang asing banyak 
mengundang masalah sosial seperti jenayah semata-mata.  Akan tetapi, ada 
beberapa perkara lagi yang perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia perihal 
kesan akibat kedatangan pendapatan asing tanpa had ini.  Semoga apa yang bakal 
dikatakan oleh penulis nanti dapat menyedarkan sekalian pembaca bahawa adalah 
menjadi tanggunjawab kita menjaga kepentingan negara demi generasi sekarang dan 
akan datang.
Berikut adalah senaraian perkara untuk makluman, renungan dan kefahaman bersama.
1.       Jenayah
Kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) akan mengundang berlakunya 
jenayah.  Samada jenayah kecil atau besar, ia tetap diklasifikasikan sebagai 
perbuatan jenayah.  Bayangkan bagaimana pihak keselamatan, khususnya pihak 
polis hendak menjejak perbuatan jenayah oleh PATI.  Tanpa sebarang rekod, maka 
amatlah sukar untuk pihak berkuasa memberkas para penjenayah tersebut.
Bagaimana pula jika PATI yang datang ke Malaysia sememang penjenayah di negara 
asal mereka?  Sungguh malang negara ini jika ia menjadi takungan para 
penjenayah PATI tersebut.
2.       Sosial
Apa yang dimaksudkan di sini adalah dari segi kemasyarakatan.  Naluri manusia 
tidak dapat disekat.  Lelaki memerlukan perempuan dan begitulah sebaliknya.  
Naluri semula jadi manusia mana mampu ditahan.
PATI akan mencari sesuatu untuk memenuhi tuntuan rohani.  Ada yang memilih 
jalan 'halal' iaitu berkahwin.  Ada yang membuat hubungan terlarang seperti 
hubungan bebas sama ada berlainan jantina atau sesama jantina.  Yang lebih 
parah apabila warga tempatan menjadi pilihan.  Bayangkan wanita tempatan 
menjadi mangsa cinta oleh PATI?  Wanita itu mungkin bukan kenalan anda.  Tetapi 
apa akan jadi jika wanita itu saudara mara anda atau sahabat anda?
Berkahwin, melahirkan zuriat.  Pengakhirannya, si bapa tidak diketahui 
keturunan asalnya dan lebih malang lagi apabila ditakdirkan umurnya pendek.
3.       Kesihatan
PATI yang memasuki Malaysia tidak diketahui tahap kesihatan mereka.  Apa yang 
nyata, amalan kesihatan di negara asal mereka tidak sama dengan apa yang 
diamalkan di Malaysia.  PATI yang masuk dengan penyakit berjangkit seperti TB 
akan memberi ancaman serius kepada warga Malaysia.  Mereka umpama penyebar yang 
bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain dengan membawa dan menyebar penyakit 
yang dibawa dari negara asal.
Begitu juga jika yang memasuki Malaysia adalah pembawa HIV.  Maka akan 
bertambahlah lagi risiko penyakit kepada rakyat Malaysia.
4.       Keselamatan
Keselamatan yang dimaksudkan di sini  keselamatan negara dan bukan berkenaan 
jenayah biasa.
Beberapa dekad yang lalu, sebelum berlakunya perang dunia kedua, orang Jepun 
yang kononnya peniaga di Tanah Melayu semasa itu rupa-rupanya adalah 
pengintip.  Apabila perang meletus dan Tanah Melayu diserang, barulah terserlah 
wajah sebenar mereka.
Maka tak mustahil jika ada antara PATI yang datang ke Malaysia adalah 
pengintip.  Betapa mudahnya sistem pertahanan kita dicerobohi sebegitu sahaja.  
Segala selok belok jalan dan lorong, pejabat dan pentadbiran diketahui secara 
lebih terperinci.  Apatah pula jika rakyat kita sendiri leka bercerita tanpa 
sedar kepada PATI.
5.       Pengaliran Wang
Mengikut maklumat, sebanyak RM5 hingga 7.5 billion telah dihantar ke luar 
negara pada tahun 2005 oleh para pendatang asing.  Jumlah sebanyak itu adalah 
satu jumlah yang amat besar.  Jumlah sebanyak itu seharusnya digunakan untuk 
infrastuktur dalam negara.
Menurut maklumat juga, lebih kurang 24,000 daripada 49,000 banduan di penjara 
tediri daripada warga asing.  Siapa yang menanggung makan minum meraka kalau 
bukan daripada wang kerajaan, yakni wang kita selaku pembayar cukai.  Umpama 
memikul biawak hidup, secara tepatnya.
6.       Kemudahan Awam
Ternyata sekali bahawa faedah berbentuk kemudahan awam hasil cukai yang dibayar 
oleh warga Malaysia turut dinikmati oleh PATI.  Malahan, ada kalanya rakyat 
negara ini sendiri tidak berpeluang menikmati sepenuhnya kemudahan-kemudahan 
yang disediakan untuk para pembayar cukai.  Kemudahan awam yang dimaksudkan 
termasuklah perhentian bas, telefon awam, pengangkutan awam, hosiptak dan 
klinik serta tempat kediaman dan pelbagai lagi.
7.       Peluang Pekerjaan
Rakyat Malaysia memilih pekerjaan?  Sebenarnya alasan ini tidak tepat kerana 
rakyat Malaysia rela melakukan apa sahaja pekerjaan dengan syarat gaji yang 
ditawarkan adalah setimpal.  Apa yang berlaku adalah kerana gaji yang diberikan 
tidak setimpal bagi rakyat negara ini yang benar-benar memahami nilai wang di 
Malaysia berbanding PATI di mana nilai matawang mereka jauh lebih rendah 
berbanding Malaysia.  Ini mendorong mereka berpusu-pusu memasuki Malaysia 
dengan apa cara sekalipun dan sekali gus, memenuhi keperluan tenaga kerja yang 
dikosongkan oleh rakyat Malaysia
8.       Pemakanan : Halal atau Haram
Tidak semua pendatang asing beragama Islam.  Apatah lagi jika mereka adalah 
PATI.  Ini jelas dilihat di kedai mamak apabila diminta mengucap dua kalimah 
syahadat, ada yang tidak tahu.  Begitu juga jika mereka bekerja di tempat 
memproses atau menyedia makanan.  Sanggupkah kita memakan makanan yang musykil 
status halalnya?  Tidak hairanlah jika kita sering menerima maklumat berkenaan 
sesebuah kilang pembuatan atau penghasilan makanan yang amat kotor lagi 
menjijikkan.  Sedangkan makanan yang dihasilkan itulah merupakan makanan utama 
umat Islam di negara ini.
 
Justeru, apakah perkara yang perlu kita lakukan selaku warga Malaysia yang 
prihatin, bertanggungjawab dan berkesedaran?
Mudah sahaja.  Di samping penguatkuasaan yang dijalankan oleh pihak pemerintah, 
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.  
Andai kata anda adalah salah seorang pegawai keselamatan negara atau ada hubung 
kait dengan pegawai keselamatan, maka sampaikanlah mesej ini.
Jika diketahui bahawa sesuatu tempat disyakki dipenuhi PATI, maka laporkan 
kepada pihak Imigresen.  Jika tiada tindakan sususulan, laporkan kepada BPR.  
Tidak kira sama ada yang terlibat adalah orang biasa, jiran, rakan atau orang 
berpangkat, laporkan.  Tiada kompromi kerana terlalu banyak alasan serta risiko 
yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dengan kedatangan PATI tersebut.
Beberapa hari yang lalu, kita digemparkan dengan penahanan beberapa orang 
berpangkat besar dalam Jabatan Imigresen yang disyakki terlibat dalam urusan 
kemasukan pendatang asing ke Malaysia tanpa prosedur yang betul.  Jika terbukti 
mereka bersalah, maka mereka layak dikenakan seberat-berat hukuman kerana 
mereka adalah pengkhianat negara.  Harapkan pagar, pagar makan padi.
Ingatlah, negara ini hanya menerima Pendatang Asing Dengan Izin sahaja dan itu 
memang jelas.  Sebarang kemasukan selain dengan izin, maka mereka adalah 
Pendatang Asing Tanpa Izin dan perlu dibanteras sekeras-kerasnya.
Akhir sekali, saya berseru kepada para pembaca, jika perlu, sebarkanlah artikel 
ini kerana masih ramai antara kita tidak nampak kesan kebanjiran PATI kepada 
Malaysia. 
Ingatlah, Negara Kita Tanggunjawab Kita.
Shukri, H.
--~--~------ ---~--~-- --~------ ------~-- -----~--~ ----~
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "My 
Eyecatcher Group" group. 
To post to this group, send email to my-eyecatcher- [EMAIL PROTECTED] ps.com 
To unsubscribe from this group, send email to my-eyecatcher- group-unsubscrib 
[EMAIL PROTECTED] com 
For more options, visit this group at http://groups. google.com/ group/my- 
eyecatcher- group?hl= en 
-~---------- ~----~--- -~----~-- ----~---- ~------~- -~---

 
 


      Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain 
mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke