Info pasal RAMBUT


Syampu 

Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini 
boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok 
kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak 
betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah 
perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah 
rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah 
rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda 
terganggu, stress dan kurang vitamin. 

Mayonis 

Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi 
rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat 
menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara 
ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan. 


Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, 
minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. 
Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan 
bahan-bahan 
tersebut. 

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan 
minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, 
hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai 
perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan 
tersumbat. 

Air hujan 
Biasanya, air tadahan 
hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, 
air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit 
dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan 
klorin. 

Perkara 
ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. 
Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari 
bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. 
Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid. 

Syampu 
bayi 
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu 
menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, 
tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah 
mata anda tidak pedih. 

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah 
berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih 
lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang 
dewasa 
tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada 
kulit 
kepala 
orang dewasa. 

Rokok 
Ramai orang 
mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan 
ini 
benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar 
berbanding mereka yang tidak merokok. 

Air limau 

Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua 
ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. 
Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching 
semulajadi pada rambut bewarna terang. 

Seperti rambut warna perang atau 
coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih 
berkilat 
jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk 
hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau. 

Gambar 
hiasan: 


Biar susah, jangan menyusahkan..        JUNHAIRI BIN ABD JALIL   Eksekutif 
Pemasaran Bank Islam  019 - 363 5331


      

Kirim email ke