Nota: Dengan kata lain, w/pun pakai no 012 tak semestinya Maxis, 019 tak
semestinya Celcom, 016 tak semestinya Digi.
Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini

SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali
rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu
menukar nombor sedia ada.

Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan
nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom.
Begitu juga sebaliknya.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat
permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan
dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.

Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan
ke seluruh negara mulai Oktober.

"Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan
perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih
daripada itu," kata Shaziman.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa
dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar
Desa, Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.

MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa
perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan.

Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan
menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di
Ipoh dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.

"Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih
komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,''
katanya.

Kirim email ke