Bukab ker ianya agk mengelirukan... setiap talian chargenye berbeza-beza, susah 
la nk tahu, no kita tel tu line per.... xleh nak estimate total kita guna... 
  ----- Original Message ----- 
  From: Perwira bin Osman 
  Sent: Wednesday, August 13, 2008 11:48 AM
  Subject: [(jdk)] Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor



  Nota: 
  Dengan kata lain, w/pun pakai no 012 tak semestinya Maxis, 019 tak semestinya 
Celcom, 016 tak semestinya Digi.

  Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini
  SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali 
rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu 
menukar nombor sedia ada. 

  Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan 
nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom. 
Begitu juga sebaliknya.

  Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat 
permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan 
dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.

  Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan 
ke seluruh negara mulai Oktober.

  "Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan 
perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih 
daripada itu," kata Shaziman.

  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa 
dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar Desa, 
Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.

  MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa 
perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan. 

  Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan 
menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di Ipoh 
dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.

  "Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih 
komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,'' katanya.


   

Kirim email ke