Lailatul Qadar

“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,” kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut 
Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang 
bersahur.
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.
Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di 
tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.
Abah
macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke
arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir
aku.
“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.
“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.
“Diorang
tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu
dorg angkat letak kat tanah..Bodoh,” sambung Abah memaki lagi.
Kalau
emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Jangan
melawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku
cuma pulang untuk cuti raya.


      Nama E-mel baru untuk anda! 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru. 
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke