Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi
Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan
kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh,
Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T
Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan
dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan
dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat
India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa
ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan
Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.
Jarak masa Azan mula
dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini
sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu
sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power
habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
DISCLAIMER:This email and any files transmited with it are confidential and are
intended solely for the used of the addressee. This communication represent the
sender's personal view and opinios, which do not necessarily reflect those of
*Berjaya Group of Companies. If you are not the intended recipient, please be
advised that you have received this email by error and that any use,
dissemination, forwarding, printing or copying of this email is unauthorised.
Kindly immediately notify [EMAIL PROTECTED] *Reference to "Berjaya Group of
Companies" shall mean Berjaya Corporation Berhad and/or any or all of its
related and associated companies.