sekadar memanjangkan

  Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM) 

  

  Ketahui lah.... 

  

  Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar 

  

  sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi 

  setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling 

  rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang 

  berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
  

  menjadi lebih mahal. 

  

  Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan 

  gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 

  Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah 

  yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat
  mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran
  Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan
  ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa
  asal-usul kejadian pokok tamar 

  dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar
  dalam Anis julai lalu). 

  

  Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan
  tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh
  pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti
  Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang
  terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan
  di makan 

  oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat 

  berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul 

  tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan 

  herba yang lain. 

  

  Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, 

  Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar 

  betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus
  dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan
  betina dengan debu bunga jantan). 

  

  Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar
  jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar
  betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada 

  bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan 

  tamar betina . 

  

  Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika
  tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa
  Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan 

  proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan 

  kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk
  menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh
  tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. 

  

  Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh
  tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan
  Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai.
  Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang
  sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina,
  kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh 

  digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar
  betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga
  jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan
  berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. 

  

  "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa.
 Cuba perhatikan sepanjang ia
  berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau
  merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t 

  pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di
  Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas
  pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu,
  tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. 

  

  Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan
  ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri
  Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan
  cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
  

  

  " Ya, memang bau air mani, bau
  ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia
  mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan
  dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " 

  

  "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita
  tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat
  sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi 

  dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi
  setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak
  berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk 

  kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak
  risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan
  senyum lebar.



      

Kirim email ke