Komen saya kepada ADABI:
 
Disini ADABI perlu tahu bahawa apa yang diinginkan dan diutamakan oleh 
pengguna-pengguna muslim ialah barangan yang tidak perlu disangsikan lagi 
status HALAL nya.
 
Sumber yang dioutsourcekan (sub) itu pula semata-mata bergantung kepada label 
HALAL beserta Sijil Halalnya sahaja sebagai kesahihannya utamanya.
 
ADABI juga perlu tahu bahawa dalam banyak kes-kes sebelum ini, Sijil dan status 
HALAL telah banyak kali dipersalah gunakan oleh setengah-setengah pengeluar dan 
pembekal makanan, terutamanya oleh mereka yang bukan muslim yang lebih 
mengutamakan keuntungan berbanding status HALAL penyediaan bahan-bahan makanan 
itu sendiri. Sedikit sebanyak ini telah menyebabkan tahap keyakinan 
pengguna-pengguna Muslim menurun yakni was-was terhadap kondisi, status dan 
Sijil Halal terutamanya dari pembekal/pengeluar bukan Muslim.
 
Nampaknya dengan ini ABADI telah mengambil satu risiko perniagaan untuk 
mengutamakan keuntungan (maximising profit)  apabila berhadapan dengan 
masalah-masalah sumber dan pembekalan bahan makanan. Ini sekaligus juga telah 
meletakan kejayaan atau kemerosotan perniagaannya ke tangan pengguna-pengguna 
muslim yang pastinya ramai yang akan merasa bertambah was-was dengan status dan 
Sijil HALAL barangan ADABI terutama yang di'outsource/sub' kan itu. 
 
Keyakinan pengguna-pengguna muslim pula ke atas keunggulan jenama ADABI dalam 
mempelopori dan mempertahankan pengeluaran barangan makanan HALAL akan merosot 
dan menurun di kacamata mereka. Ekoran dari itu, ia merupakan satu padah 
(backfire) yang perlu ditanggungnya sendiri. ADABI mungkin bertujuan untuk 
memperkasakan empayar peniagaannya bilamana ia cuba meluaskan perniagaan dengan 
cara ini tapi nyata boleh membawa kepada kemerosotan dan kejatuhannya sendiri. 
Dalam kata lain ADABI sendiri telah menurun taraf perniagaannya sendiri yang 
tentu akan membawa kesan negatif yang besar dalam jangka panjang nanti.
 
Perkara sebegini boleh berlaku dalam mana-mana perniagaan apabila mendapat 
nasihat dan mengambil langkah perniagaan yang salah dalam menyelesaikan masalah 
jangka pendek peniagaan dengan meletak risiko yang besar yang pasti memberi 
kesan negatif secara jangka panjangnya.
 
 
Zakaria B Din
012 2858541
 

--- On Wed, 10/29/08, asyekeen talib <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

From: asyekeen talib <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [(jdk)] MAKLUMBALAS E-MEL PRODUK ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD
To: [email protected], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
Date: Wednesday, October 29, 2008, 9:39 PM








Email berikut telah diedarkan secara berantai dan banyak pihak inginkan 
penjelasan daripada Adabi. 
Assalamualaikum sahabat..... 
Mula mula ucapan Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir Batin 
Di sini saya mendapat makluman bg produk ADABI. Informan dari bekas
Resource Manager (ADABI) yang telah resign baru2 ni. 
Untuk produk ADABI jika boleh elaklah beli barangan dibawah:- 

Sebarang Sos 
* Sos Cili dan Sos Tomato - (bukan dikilangkan tetapi sub terus dari Kilang 
KIMBALL CHEONG NAN) 
* Instant Noodle - kesemua perasa (SDA - seperti di atas – sub terus dari 
Kilang di Melaka) 
* Sos Tiram - Sub terus dari kilang bangsa Cina - x pasti kandungan nya sbb QC 
dari ADABI x dapat check sebab dibotol di kilang di atas. 
* Kicap ADABI - Akan disubkan kepada kilang di Batu Caves (milik Bangsa Cina) 

 
Ini adalah kebanyakkan Manager berugama Islam telah ramai berhenti kerja (look 
elsewhere) dan kebanyakkan produk ADABI di subkan.... 

Salah sorang Marketing Manager sekarang adalah orang bukan Islam (Bangsa Cina), 

Produk yang boleh dipercayai adalah rempah ratus seperti serbuk kari, kunyit, 
sup bunjut dll kerana diproses sendiri di kilang ADABI dan monitor oleh QC 
sendiri... 

Semoga dengan info ini dapat dimanfaatkan. ......InsyaALLAH . 

Sebarkan pada sahabat yang lain...... 
 
Berikut adalah penjelasan daripada En. Abd Hady Hj. Zabil, Presiden Adabi 
Consumer Industries Sdn Bhd.
 

ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD
 
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
 
Pertamanya, terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan saudara-saudari 
terhadap
produk Adabi. Kebelakangan ini, Adabi Consumer Industries telah menerima 
rantaian e-mel yang berkemungkinan telah menimbulkan keraguan dan kemusykilan 
di kalangan pelanggan-pelanggan Adabi tentang produk Adabi.
 
Ingin dimaklumkan di sini bahawa Adabi Consumer Industries adalah sebuah 
syarikat
bumiputra yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam. Selain itu, kakitangan 
pengeluarannya juga adalah 100% beragama Islam. Dalam kesempatan ini, Adabi 
Consumer Industries ingin memperjelaskan tentang isu-isu yang dibangkitkan di 
dalam emel yang disebarkan, dengan harapan ianya dapat merungkai segala 
kemusykilan dan menghilangkan keraguan saudara-saudari tentang produk Adabi.
 
1) Sos Cili & Sos Tomato
Sos Cili telah dikeluarkan oleh syarikat Adabi Consumer Industries sejak 
sedekad yang
lalu. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan kualiti, adalah diakui 
bahawa sos cili dan sos tomato Adabi telah dibeli secara terus daripada 
Syarikat Kimball Cheong Chan Sdn Bhd sejak dua tahun yang lalu. 
Walaubagaimanapun, usaha pembelian terus ini telah mendapat kelulusan daripada 
pihak JAKIM. Pengiktirafan status halal pula boleh dirujuk melalui Sijil Halal 
yang telah dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) dengan 
nombor siri: 00000495.
 
2) Mi Segera Adabi
Bagi produk Mi Segera Adabi, segala jenis perisa/perencah (sachet) di dalam 
bungkusan Mi Segera Adabi merupakan keluaran syarikat Adabi Consumer 
Industries. Sebagai sebuah syarikat pengeluar perencah dan serbuk masakan, 
Adabi Consumer Industries mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pelbagai jenis 
perencah yang berkualiti. Memandangkan permintaan pelanggan terhadap mi segera 
Adabi adalah terhad, Adabi Consumer Industries tidak dapat mengeluarkan mi 
tersebut secara terus dari kilang Adabi. Ini disebabkan kos pengeluarannya 
secara terus memerlukan kos pelaburan yang tinggi dan ianya adalah tidak 
ekonomikal. Sebagai alternatifnya, mi (kek) tersebut dibeli secara terus 
daripada sebuah syarikat pengeluar mi yang berstatus halal dan diiktiraf oleh 
JAKIM. Produk Mi Segera Adabi ini telah mendapat pengiktirafan status halalnya 
daripada JAKIM melalui Sijil Halal dengan nombor siri: 008472.
Sekiranya permintaan pada produk Mi Segera Adabi meningkat pada masa hadapan, 
insyaAllah, pengeluaran mi (kek) tersebut akan dibuat sepenuhnya di kilang 
Adabi sendiri.
 
3) Sos Tiram Adabi
Sos Tiram Adabi BUKANLAH produk keluaran syarikat Adabi Consumer Industries. 
Produk Sos Tiram Adabi dikeluarkan oleh sebuah syarikat lain yang telah 
mendapat hak pendaftaran nama Adabi untuk produk sos tiram (menerusi keputusan 
mahkamah). Maklumat pengilang dan pengeluar sebenar produk sos tiram Adabi 
boleh dirujuk pada botol produk tersebut. Adabi Consumer Industries pernah 
beberapa kali mengumumkan dalam akhbar dan majalah berhubung perkara ini. 
Justeru itu, Adabi Consumer Industries tidak bertanggungjawab atas apa-apa
kerugian atau masalah yang timbul akibat daripada penggunaan produk tersebut.
 
4) Kicap
Kicap Manis dan Kicap Masin Adabi merupakan produk keluaran syarikat Adabi 
Consumer Industries dan tidak pernah disub-kontrakkan kepada mana-mana syarikat 
atau pengilang.
 
5) Perletakan Jawatan Pengurus Yang Beragama Islam
Kenyataan pada e-mel yang diedarkan tersebut merupakan suatu fakta yang tidak
berasas dan menyeleweng.
 
6) Pengurus Pemasaran Berbangsa Cina
Pada masa ini, Adabi Consumer Industries tidak mempunyai Pengurus Pemasaran.
Bekas Pengurus Pemasaran yang telah meletak jawatan adalah seorang melayu dan
beragama Islam. Kenyataan yang dikeluarkan pada e-mel tersebut ternyata 
merupakan satu kenyataan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab. 
 
Sebagai sebuah syarikat bumiputra yang ingin berkembang ke peringkat global, 
Adabi Consumer Industries sentiasa berusaha menghasilkan pelbagai produk yang 
boleh diterima oleh semua orang. Di dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran 
produk Adabi, akan terdapat usahasama yang dijalankan bersama syarikat-syarikat 
lain sama ada melalui ‘sub-kontrak’ atau lain-lain bentuk perniagaan. Walaupun 
demikian, Adabi Consumer Industries memberi jaminan bahawa sekiranya terdapat 
produk-produk yang tidak dikeluarkan secara terus dari kilang Adabi, Adabi 
Consumer Industries akan tetap memastikan produk yang dikeluarkan terjamin dari 
segi halal dan kualiti samada pada kandungannya, proses pengeluarannya, 
peralatan dan mesinnya atau apa sahaja yang berkaitan.
 
Sekiranya terdapat sebarang keraguan pada mana-mana produk Adabi, saudara 
saudari
adalah dinasihatkan untuk terus merujuk kepada Adabi Consumer Industries Sdn 
Bhd. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Timbalan Ketua Jabatan 
Pemasaran: En Mohd Zahiruddin Idrus atau Ketua Jabatan Kawalan Mutu: Pn Hasimah 
Abdul Karim di talian: 03-60923678 atau emel kepada: [EMAIL PROTECTED] my
 
Adabi Consumer Industries ingin mengambil kesempatan di sini untuk sekali lagi 
mengucapkan terima kasih di atas keprihatian dan kepedulian saudara-saudari 
terhadap produk Adabi. Sokongan saudara-saudari terhadap produk keluaran Adabi 
Consumer Industries amatlah diperlukan untuk memastikan Adabi kekal maju, 
berkembang dan mampu menjadi contoh syarikat bumiputra Islam yang berjaya. 
Adabi Consumer Industries juga memohon kerjasama semua untuk menyebarkan 
maklumbalas ini sama ada melalui e-mel atau dalam sebarang bentuk komunikasi 
lain.
 
Sekian, terima kasih.
 
Abdul Hady Hj Zabil
Presiden, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd.
20 Oktober 2008
 
 
 
 














      

Kirim email ke