Salam.. Walaupun saya penyokong produk keluaran ADABI, saya tatap setuju dgn pendapat En Zak. sepatutnya HALAL dan keyakinan pengguna diutamakan sebelum keuntungan selain kesucian dan kebersihan makanan yg akan menjadi darah daging kita sebagai pengguna muslim diberi perhatian. Namun tidak pula dikatakan harus terima kerugian akibat kos pengeluaran, pasti ada jalan. Pilihan lain adalah untuk tidak mengeluarkan terus produk berkenaan jika dengan adanya menimbulkan rasa was-was..kita sebagai pengguna..tepuk dada,,tanya la tekak..heheheh Wassalam
--- On Fri, 10/31/08, Zak <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Zak <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: [(jdk)] MAKLUMBALAS E-MEL PRODUK ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD To: [email protected], [EMAIL PROTECTED] Date: Friday, October 31, 2008, 11:21 AM Komen saya kepada ADABI: Disini ADABI perlu tahu bahawa apa yang diinginkan dan diutamakan oleh pengguna-pengguna muslim ialah barangan yang tidak perlu disangsikan lagi status HALAL nya. Sumber yang dioutsourcekan (sub) itu pula semata-mata bergantung kepada label HALAL beserta Sijil Halalnya sahaja sebagai kesahihannya utamanya. ADABI juga perlu tahu bahawa dalam banyak kes-kes sebelum ini, Sijil dan status HALAL telah banyak kali dipersalah gunakan oleh setengah-setengah pengeluar dan pembekal makanan, terutamanya oleh mereka yang bukan muslim yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding status HALAL penyediaan bahan-bahan makanan itu sendiri. Sedikit sebanyak ini telah menyebabkan tahap keyakinan pengguna-pengguna Muslim menurun yakni was-was terhadap kondisi, status dan Sijil Halal terutamanya dari pembekal/pengeluar bukan Muslim. Nampaknya dengan ini ABADI telah mengambil satu risiko perniagaan untuk mengutamakan keuntungan (maximising profit) apabila berhadapan dengan masalah-masalah sumber dan pembekalan bahan makanan. Ini sekaligus juga telah meletakan kejayaan atau kemerosotan perniagaannya ke tangan pengguna-pengguna muslim yang pastinya ramai yang akan merasa bertambah was-was dengan status dan Sijil HALAL barangan ADABI terutama yang di'outsource/ sub' kan itu. Keyakinan pengguna-pengguna muslim pula ke atas keunggulan jenama ADABI dalam mempelopori dan mempertahankan pengeluaran barangan makanan HALAL akan merosot dan menurun di kacamata mereka. Ekoran dari itu, ia merupakan satu padah (backfire) yang perlu ditanggungnya sendiri. ADABI mungkin bertujuan untuk memperkasakan empayar peniagaannya bilamana ia cuba meluaskan perniagaan dengan cara ini tapi nyata boleh membawa kepada kemerosotan dan kejatuhannya sendiri. Dalam kata lain ADABI sendiri telah menurun taraf perniagaannya sendiri yang tentu akan membawa kesan negatif yang besar dalam jangka panjang nanti. Perkara sebegini boleh berlaku dalam mana-mana perniagaan apabila mendapat nasihat dan mengambil langkah perniagaan yang salah dalam menyelesaikan masalah jangka pendek peniagaan dengan meletak risiko yang besar yang pasti memberi kesan negatif secara jangka panjangnya. Zakaria B Din 012 2858541 --- On Wed, 10/29/08, asyekeen talib <[EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: asyekeen talib <[EMAIL PROTECTED] com> Subject: [(jdk)] MAKLUMBALAS E-MEL PRODUK ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD To: [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] ups.com, [EMAIL PROTECTED] com, rahmat_talib@ yahoo.com, budak_simpang81@ yahoo.com, yana_sweet82@ yahoo.com, yalleyalle2020@ yahoo.com, [EMAIL PROTECTED] com.my, triple_a79abie@ yahoo.com, ariff_mikhail@ yahoo.com, [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] com, suhaini_anie@ yahoo.com, [EMAIL PROTECTED] my, niknorakidah@ yahoo.com. my, [EMAIL PROTECTED] com.my, [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] com, jelita_7881@ yahoo.com, [EMAIL PROTECTED] com, [EMAIL PROTECTED] com, aredeq_nora@ yahoo.com. my, [EMAIL PROTECTED] com, izman_hakim@ petronas. com.my, sohaimimaslie@ yahoo.com, [EMAIL PROTECTED] com Date: Wednesday, October 29, 2008, 9:39 PM Email berikut telah diedarkan secara berantai dan banyak pihak inginkan penjelasan daripada Adabi. Assalamualaikum sahabat..... Mula mula ucapan Salam Aidilfitri dan Maaf Dzahir Batin Di sini saya mendapat makluman bg produk ADABI. Informan dari bekas Resource Manager (ADABI) yang telah resign baru2 ni. Untuk produk ADABI jika boleh elaklah beli barangan dibawah:- Sebarang Sos * Sos Cili dan Sos Tomato - (bukan dikilangkan tetapi sub terus dari Kilang KIMBALL CHEONG NAN) * Instant Noodle - kesemua perasa (SDA - seperti di atas – sub terus dari Kilang di Melaka) * Sos Tiram - Sub terus dari kilang bangsa Cina - x pasti kandungan nya sbb QC dari ADABI x dapat check sebab dibotol di kilang di atas. * Kicap ADABI - Akan disubkan kepada kilang di Batu Caves (milik Bangsa Cina) Ini adalah kebanyakkan Manager berugama Islam telah ramai berhenti kerja (look elsewhere) dan kebanyakkan produk ADABI di subkan.... Salah sorang Marketing Manager sekarang adalah orang bukan Islam (Bangsa Cina), Produk yang boleh dipercayai adalah rempah ratus seperti serbuk kari, kunyit, sup bunjut dll kerana diproses sendiri di kilang ADABI dan monitor oleh QC sendiri... Semoga dengan info ini dapat dimanfaatkan. ......InsyaALLAH . Sebarkan pada sahabat yang lain...... Berikut adalah penjelasan daripada En. Abd Hady Hj. Zabil, Presiden Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. ADABI CONSUMER INDUSTRIES SDN BHD Assalamualaikum & Salam Sejahtera Pertamanya, terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan saudara-saudari terhadap produk Adabi. Kebelakangan ini, Adabi Consumer Industries telah menerima rantaian e-mel yang berkemungkinan telah menimbulkan keraguan dan kemusykilan di kalangan pelanggan-pelanggan Adabi tentang produk Adabi. Ingin dimaklumkan di sini bahawa Adabi Consumer Industries adalah sebuah syarikat bumiputra yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam. Selain itu, kakitangan pengeluarannya juga adalah 100% beragama Islam. Dalam kesempatan ini, Adabi Consumer Industries ingin memperjelaskan tentang isu-isu yang dibangkitkan di dalam emel yang disebarkan, dengan harapan ianya dapat merungkai segala kemusykilan dan menghilangkan keraguan saudara-saudari tentang produk Adabi. 1) Sos Cili & Sos Tomato Sos Cili telah dikeluarkan oleh syarikat Adabi Consumer Industries sejak sedekad yang lalu. Namun, disebabkan beberapa masalah teknikal dan kualiti, adalah diakui bahawa sos cili dan sos tomato Adabi telah dibeli secara terus daripada Syarikat Kimball Cheong Chan Sdn Bhd sejak dua tahun yang lalu. Walaubagaimanapun, usaha pembelian terus ini telah mendapat kelulusan daripada pihak JAKIM. Pengiktirafan status halal pula boleh dirujuk melalui Sijil Halal yang telah dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) dengan nombor siri: 00000495. 2) Mi Segera Adabi Bagi produk Mi Segera Adabi, segala jenis perisa/perencah (sachet) di dalam bungkusan Mi Segera Adabi merupakan keluaran syarikat Adabi Consumer Industries. Sebagai sebuah syarikat pengeluar perencah dan serbuk masakan, Adabi Consumer Industries mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan pelbagai jenis perencah yang berkualiti. Memandangkan permintaan pelanggan terhadap mi segera Adabi adalah terhad, Adabi Consumer Industries tidak dapat mengeluarkan mi tersebut secara terus dari kilang Adabi. Ini disebabkan kos pengeluarannya secara terus memerlukan kos pelaburan yang tinggi dan ianya adalah tidak ekonomikal. Sebagai alternatifnya, mi (kek) tersebut dibeli secara terus daripada sebuah syarikat pengeluar mi yang berstatus halal dan diiktiraf oleh JAKIM. Produk Mi Segera Adabi ini telah mendapat pengiktirafan status halalnya daripada JAKIM melalui Sijil Halal dengan nombor siri: 008472. Sekiranya permintaan pada produk Mi Segera Adabi meningkat pada masa hadapan, insyaAllah, pengeluaran mi (kek) tersebut akan dibuat sepenuhnya di kilang Adabi sendiri. 3) Sos Tiram Adabi Sos Tiram Adabi BUKANLAH produk keluaran syarikat Adabi Consumer Industries. Produk Sos Tiram Adabi dikeluarkan oleh sebuah syarikat lain yang telah mendapat hak pendaftaran nama Adabi untuk produk sos tiram (menerusi keputusan mahkamah). Maklumat pengilang dan pengeluar sebenar produk sos tiram Adabi boleh dirujuk pada botol produk tersebut. Adabi Consumer Industries pernah beberapa kali mengumumkan dalam akhbar dan majalah berhubung perkara ini. Justeru itu, Adabi Consumer Industries tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau masalah yang timbul akibat daripada penggunaan produk tersebut. 4) Kicap Kicap Manis dan Kicap Masin Adabi merupakan produk keluaran syarikat Adabi Consumer Industries dan tidak pernah disub-kontrakkan kepada mana-mana syarikat atau pengilang. 5) Perletakan Jawatan Pengurus Yang Beragama Islam Kenyataan pada e-mel yang diedarkan tersebut merupakan suatu fakta yang tidak berasas dan menyeleweng. 6) Pengurus Pemasaran Berbangsa Cina Pada masa ini, Adabi Consumer Industries tidak mempunyai Pengurus Pemasaran. Bekas Pengurus Pemasaran yang telah meletak jawatan adalah seorang melayu dan beragama Islam. Kenyataan yang dikeluarkan pada e-mel tersebut ternyata merupakan satu kenyataan palsu daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Sebagai sebuah syarikat bumiputra yang ingin berkembang ke peringkat global, Adabi Consumer Industries sentiasa berusaha menghasilkan pelbagai produk yang boleh diterima oleh semua orang. Di dalam usaha mempertingkatkan pengeluaran produk Adabi, akan terdapat usahasama yang dijalankan bersama syarikat-syarikat lain sama ada melalui ‘sub-kontrak’ atau lain-lain bentuk perniagaan. Walaupun demikian, Adabi Consumer Industries memberi jaminan bahawa sekiranya terdapat produk-produk yang tidak dikeluarkan secara terus dari kilang Adabi, Adabi Consumer Industries akan tetap memastikan produk yang dikeluarkan terjamin dari segi halal dan kualiti samada pada kandungannya, proses pengeluarannya, peralatan dan mesinnya atau apa sahaja yang berkaitan. Sekiranya terdapat sebarang keraguan pada mana-mana produk Adabi, saudara saudari adalah dinasihatkan untuk terus merujuk kepada Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Timbalan Ketua Jabatan Pemasaran: En Mohd Zahiruddin Idrus atau Ketua Jabatan Kawalan Mutu: Pn Hasimah Abdul Karim di talian: 03-60923678 atau emel kepada: [EMAIL PROTECTED] my Adabi Consumer Industries ingin mengambil kesempatan di sini untuk sekali lagi mengucapkan terima kasih di atas keprihatian dan kepedulian saudara-saudari terhadap produk Adabi. Sokongan saudara-saudari terhadap produk keluaran Adabi Consumer Industries amatlah diperlukan untuk memastikan Adabi kekal maju, berkembang dan mampu menjadi contoh syarikat bumiputra Islam yang berjaya. Adabi Consumer Industries juga memohon kerjasama semua untuk menyebarkan maklumbalas ini sama ada melalui e-mel atau dalam sebarang bentuk komunikasi lain. Sekian, terima kasih. Abdul Hady Hj Zabil Presiden, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. 20 Oktober 2008
