Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
EKSEKUTIF PEMASARAN (KAD KREDIT) 
BANK RAKYAT & MAYBANK ISLAMIC IKHWAN CARD 
019 - 363 5331     Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di 
http://groups.yahoo.com/group/pakbelang




 
 













Kajian penyelidik mendapati mereka yang
membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda mengalami penyakit
berkelakuan seperti kanak-kanak atau raban 



LONDON: Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer
apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan
usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk
mengalami nyanyuk. 



Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali
ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. 



Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan
kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau
kematian pasangan. 



Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan
peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika
Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan
mengalami penyakit otak pada usia tua. 



Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai
Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa
berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk. 



Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk
Britain. 



Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari
Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan
usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian. 



Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan
masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. 



Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada
pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat
berbanding yang tinggal sendirian. 



Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang
dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti,
kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok,
kemurungan, gen, usia dan jantina. 



Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua
kali ganda untuk nyanyuk. 



Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada
pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. 



Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan
kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang
berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup. 



Dr Hakansson berkata: "Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari
dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada 
nyanyuk."




Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu
amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian
tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling
rendah serta peningkatan penduduk tua. 



"Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor
gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara
ini," katanya. 



Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa
saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan
seumur hidup. 



"Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan
risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah
mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak
merokok," katanya. 



INFO: Alzheimer 



Sejenis penyakit otak yang secara perlahan-lahan memusnahkan daya ingatan dan
kemampuan berfikir. 



Penghidap baru dikatakan muncul setiap 71 saat 



Simptom atau gejala pertama ketara lazimnya muncul selepas 60 tahun 



Ini termasuk lupa nama orang, nombor telefon, tarikh, tempat kerap
dikunjunginya seperti rumah atau pejabat. 



Penghidap juga sukar berfikir ketika bercakap, sukar mencari perkataan yang
betul dan tertekan apabila membuat keputusan 



Seramai 5.2 juta penghidap di Amerika Syarikat 



Menjadi punca keenam kematian utama.  





 





 




      

Kirim email ke