Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain 
(Hadis riwayat Al-Qudhi) 

JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
EKSEKUTIF PEMASARAN (KAD KREDIT) 
BANK RAKYAT & MAYBANK ISLAMIC IKHWAN CARD 
019 - 363 5331     Lawatilah kediaman saya dan rakan-rakan di 
http://groups.yahoo.com/group/pakbelang




 
 








  





PISANG DAN HATI 



  

Maryam, guru kelas
Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama
orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang
yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. 



Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. 



"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi
selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu
keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg. 



Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya
menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai
permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang
menangis, enggan meneruskan permainan.



Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan
sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.



"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama
seminggu?" tanya Cikgu Mayam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci
permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk
lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.



"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada
orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita
akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan
dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi
kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam. 



Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang
terbaik. Menyayangi lebih baik darpada
membenci. 

   



Moralnya, jangan
letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa
yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati. 

  



  

D 



 




      

Kirim email ke