Kenapa lak takleh siar?ini adalah sejarah.Takan kita nak sembunyikan fakta
sejarah semata2 soal hati dan perasaan?

Generasi sekarang adalah generasi yang  berpendidikan tinggi. Mereka tahu
apa itu komunis,mereka faham apa itu sosialis.

Mereka mengerti pelbagai lagi fahaman2 lain.Takkan kerana chin peng seorang
dapat mempengaruhi beribu rakyat malaysia generasi kini?

Chin peng buruk pada namanya.Kerana nama chin peng ini dah sebati dengan
komunis.apabila kita mula kenal sejarah tempatan, nama chin peng yang mula2
disebut.pada usia sebegitu apa yang boleh dibuat chin peng?

Saya tidak menyokong chin peng ataupun komunis,tetapi kita perlu rasional.


 

 

From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of
Zam Zam
Sent: 29 Mei 2009 8:53
To: [email protected]
Subject: Re: [(jdk)] SEJARAH: Siapa Chin Peng?? Biodata

 







Apakah kita ingin supaya Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia ??

Chin Peng adalah tunggak pengasas Komunis di Malaysia. Tidak boleh disamakan
dengan Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh.

Artikel ini seolah-olah nak sokong kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Harap
jangan siarkan lagi artikel seperti ini. Ia menguris hati orang Melayu. 

--- Pada Khm, 28/5/09, Mat Rock <[email protected]> menulis:


Daripada: Mat Rock <[email protected]>
Subjek: [(jdk)] SEJARAH: Siapa Chin Peng?? Biodata [1 Attachment]
Kepada: [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected], [email protected]
Tarikh: Khamis, 28 Mei, 2009, 4:10 PM

Chin Peng (lahir 21 Oktober <http://ms.wikipedia.org/wiki/21_Oktober>  1924
<http://ms.wikipedia.org/wiki/1924> ) ialah nama samaran Ong Boon Hwa
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ong_Boon_Hwa&action=edit> , ketua
Parti Komunis Malaya <http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya> .

Beliau bukannya berasal dari China <http://ms.wikipedia.org/wiki/China>
sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng dilahirkan di sebuah kedai kecil dua
tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Sitiawan>  yang terletaknya 50 kilometer dari
barat daya bandar Ipoh <http://ms.wikipedia.org/wiki/Ipoh> , Perak
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Perak> . Beliau merupakan anak kedua daripada
enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China
dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kemelesetan_ekonomi&action=edit>
1930.

Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My
Side of history") diterbitkan di Singapura
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Singapura> .


Kisah hidupnya


Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan
menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara
Chiang Kai Shek
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Chiang_Kai_Shek&action=edit>  dan
Mao Tse Tung <http://ms.wikipedia.org/wiki/Mao_Tse_Tung> . Tentera Jepun
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Jepun>  pula merampas Manchuria
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Manchuria&action=edit>  dan
menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan
nenek moyangnya di kawasan Kwantung
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kwantung&action=edit> .

 

Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan
nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan
China dan Taiwan <http://ms.wikipedia.org/wiki/Taiwan> . Tapi buku kecil 'On
Protacted War
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=On_Protacted_War&action=edit> '
karangan Mao Tze Tung mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunisme> . Tekadnya jelas untuk menentang
Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanah_Melayu>  tahun 1941.

 

Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang
Parti Komunis China
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Parti_Komunis_China&action=edit>
di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Force_136&action=edit> , satu
pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun
di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.

 

Chin Peng memimpin MPAJA <http://ms.wikipedia.org/wiki/MPAJA>  atau Malayan
People Anti
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Malayan_People_Anti_Japanese_Army
&action=edit>  Japanese Army , sebuah pasukan gerila bagi menentang Jepun.
Tentera British (Pasukan Special Air Services dan MI6) yang diterjunkan di
hutan Perak, telah memberi pelbagai senjata, kewangan, latihan dan pelbagai
peralatan lain bagi memperlengkapkan Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA
pernah menyerang tentera Jepun di Sungai Perak
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Perak>  berhampiran dengan tebing Pasir
Salak <http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasir_Salak>  pada tahun 1942.

 

Selepas Perang Dunia II <http://ms..wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_II> ,
beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA
<http://ms.wikipedia.org/wiki/MPAJA>  telah bertindak keluar hutan untuk
membunuh menyiksa mereka yang bersubahat dengan tentera Jepun dan tali barut
British dan turut membunuh pemimpin tempatan seperti para Penghulu dan para
Imam kampung sebagai taktik memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak
radikal didalam MPAJA turut cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian
selatan Tanah Melayu.

 

Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan
orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah
beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada
tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya>  gagal merampas kuasa
malah terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang
Melayu yang bangkit ketika itu.

 

Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam
kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman
Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu
elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali
dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik
tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan
pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan
pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

 

Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang
singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh
mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan
bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan
perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila
terbabit.

Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng
dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire '
kerana sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun.
Tapi tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan
menyingkirkan British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak
selepas itu. Suasana aman dan maju di kota London
<http://ms.wikipedia.org/wiki/London>  meningkatkan azamnya untuk berjuang
di dalam hutan Tanah Melayu.


Memimpin Parti Komunis Malaya


Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti
Komunis Malaya <http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya>
menggantikan Lai Tek <http://ms.wikipedia.org/wiki/Lai_Tek>  yang telah
dibunuhnya di Thailand <http://ms.wikipedia.org/wiki/Thailand> . Lai Tek
adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis
Malaya .

 

Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan
menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik
orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung
keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti
Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.

 

Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama
komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan
bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah
melayu pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana
yang kita dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu
Rashid Maidin <http://ms.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin> , Abdullah C.D
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_C.D>  dan Suraini Abdullah. Mereka
tetap mendirikan solat lima waktu seperti mana yang dituntut oleh agama
islam walaupun di dalam hutan semasa perjuangan. Mereka juga telah
menunaikan ibadah haji. Sememangnya Rashid Maidin
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin>  adalah seorang yang warak dan
berilmu agama yang tinggi malah beliau juga mengajar cucunya dan beberapa
budak-budak kampung membaca Al Quran dan Tajwid.

 

Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah
melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk
mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti
Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang
Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh
beratus-ratus rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang
Melayu menolak cara ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk
mendapatkan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang
inginkan kuasa politik jatuh ketangan mereka dengan cara menggunakan
keganasan dan menanam rasa takut kepada rakyat amnya. 

 

Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan
kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk
kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas
mereka walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti
boleh dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi
dengan rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua
pihak.


Perjanjian Damai


Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti
Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun
1955. Rundingan Baling <http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Baling>
diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955.
Tunku Abdul Rahman
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman_Putra_Al-Haj>  yang
mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan
menyertai pilihan raya <http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya>  melalui
parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar
dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

 

Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah
mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=31_Ogos_1957&action=edit>  di
Stadium Merdeka <http://ms.wikipedia.org/wiki/Stadium_Merdeka>  tanpa Parti
Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam
hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada Malaysia,
khususnya di sempadan Malaysia Thailand.


Kemerosotan Komunis


Setelah komunis runtuh di Rusia
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesatuan_Soviet>  dan di runtuhnya Tembok
Berlin <http://ms..wikipedia.org/wiki/Tembok_Berlin>  di Jerman Timur
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerman_Timur>  tahun 1989, PKM semakin goyah.
Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan
Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian
ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai
<http://ms.wikipedia..org/wiki/Perjanjian_Haadyai> .

 

Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima
sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin
utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Rashid_Maidin>  dibenarkan hanya menetap di
sebuah perkampung khas di Yala
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yala&action=edit> , Thailand.


Kembali ke Malaysia


Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahkamah>  Pulau Pinang
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang>  agar dia diterima pulang ke
Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh
ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Polis>  dan tentera
<http://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera>  yang cedera dan terkorban. Ini
disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan
Perundingan Baling
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perundingan_Baling&action=edit>
dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah
parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

 

Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad
<http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Musa_Ahmad&action=edit>  dan
Shamsiah Fakeh <http://ms.wikipedia.org/wiki/Shamsiah_Fakeh>  dapat diterima
kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.

 

  _____  

Berhubung
<http://sg.rd.yahoo.com/my/messenger/pingbox/mailtagline/*http:/my.messenger
.yahoo.com/pingbox/>  dengan pantas dengan lebih ramai rakan di blog dan
tapak web peribadi anda? 
Buat Pingbox terkini anda hari ini!



Kirim email ke