Nak bawak balik? Dapat duduk kat Thailand tue pon dah beso tuah....
Sapa yg nak bawak balik tue???Nak kena penampor nihhh!!!


-- In [email protected], Zam Zam <bjengka2...@...> wrote:
>
> Apakah kita ingin supaya Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia ??
> 
> Chin Peng adalah tunggak pengasas Komunis di Malaysia. Tidak boleh disamakan 
> dengan Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh.
> 
> Artikel ini seolah-olah nak sokong kemasukkan Chin Peng ke Malaysia. Harap 
> jangan siarkan lagi artikel seperti ini. Ia menguris hati orang Melayu. 
> 
> --- Pada Khm, 28/5/09, Mat Rock <matrock...@...> menulis:
> 
> Daripada: Mat Rock <matrock...@...>
> Subjek: [(jdk)] SEJARAH: Siapa Chin Peng?? Biodata [1 Attachment]
> Kepada: [email protected], matroc...@..., 
> [email protected], [email protected], [email protected], 
> [email protected], [email protected]
> Tarikh: Khamis, 28 Mei, 2009, 4:10 PM
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>     
>             
>               [Attachment(s) from Mat Rock included below]
>             
> 
> 
>       
>       
> Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924) ialah nama samaran Ong Boon Hwa, ketua 
> Parti Komunis Malaya. 
> Beliau bukannya berasal dari China sebagaimana sangkaan ramai. Chin Peng 
> dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, 
> Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya 
> bandar Ipoh, Perak. Beliau merupakan anak kedua daripada enam beradik yang 
> hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat 
> kemelesetan ekonomi 1930. 
> Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari belah saya" ("Chin Peng: My 
> Side of history") diterbitkan di Singapura. 
> 
> 
> Kisah hidupnya 
> Semasa kecil Chin Peng minat sekali membaca bahan-bahan media cetak dan 
> menyoroti perkembangan di negara China. Ketika itu berlaku pertikaian antara 
> Chiang Kai Shek dan Mao Tse Tung. Tentera Jepun pula merampas Manchuria dan 
> menguasai pedalaman China. Negara China merupakan tanah kelahiran bapa dan 
> nenek moyangnya di kawasan Kwantung.
>   
> Semasa remajanya 15 tahun, Chin Peng mempunyai perasaan yang dekat dengan 
> nasionalis berpendidikan barat Ching Kai Shek yang menguasai kawasan selatan 
> China dan Taiwan. Tapi buku kecil 'On Protacted War' karangan Mao Tze Tung 
> mengubah pendiriannya kepada aliran komunisme. Tekadnya jelas untuk menentang 
> Jepun yang kemudian menyerang Tanah Melayu tahun 1941.
>   
> Tahun 1940 dia diterima menyertai Parti Komunis Malaya iaitu satu cabang 
> Parti Komunis China di seberang laut. Dia turut menyertai Force 136, satu 
> pasukan bersenjata yang ditubuhkan oleh perisik British bagi menentang Jepun 
> di Tanah Melayu. Ketika itu umurnya 18 tahun.
>   
> Chin Peng memimpin MPAJA atau Malayan People Anti Japanese Army , sebuah 
> pasukan gerila bagi menentang Jepun. Tentera British (Pasukan Special Air 
> Services dan MI6) yang diterjunkan di hutan Perak, telah memberi pelbagai 
> senjata, kewangan, latihan dan pelbagai peralatan lain bagi memperlengkapkan 
> Force 136 dan MPAJA. Tentera MPAJA pernah menyerang tentera Jepun di Sungai 
> Perak berhampiran dengan tebing Pasir Salak pada tahun 1942.
>   
> Selepas Perang Dunia II, beberapa pihak yang berfahaman radikal didalam MPAJA 
> telah bertindak keluar hutan untuk membunuh menyiksa mereka yang bersubahat 
> dengan tentera Jepun dan tali barut British dan turut membunuh pemimpin 
> tempatan seperti para Penghulu dan para Imam kampung sebagai taktik 
> memantapkan penguasaan mereka. Selain itu, puak radikal didalam MPAJA turut 
> cuba merampas pentadbiran terutamanya dibahagian selatan Tanah Melayu.
>   
> Tindakan puak radikal didalam MPAJA ini telah menimbulkan kemarahan 
> orang-orang Melayu yang bangkit untuk menentang pihak komunis di bawah 
> beberapa pemimpin seperti Panglima Salleh Selempang Merah. Akibat daripada 
> tindakbalas orang Melayu ini, Parti Komunis Malaya gagal merampas kuasa malah 
> terpaksa meminta campur tangan Tunku agar mententeramkan orang-orang Melayu 
> yang bangkit ketika itu.
>   
> Malah ada beberapa fakta yang menunjukkan bahawa beberapa pihak didalam 
> kelompok Melayu elit yang telah menghasut dan membangkitkan isu perkauman 
> Cina/Melayu dalam usaha mereka mengekalkan kekuasaan mereka. Kelompok Melayu 
> elit ini rata-rata amat mengharapkan agar pihak British akan datang kembali 
> dan seterusnya membolehkan mereka bertapak kukuh didalam urusan politik 
> tempatan. Malah pihak-pihak ini juga menghasut agar beberapa individu dan 
> pertubuhan dilabelkan sebagai puak kiri dan kemudiannya berjaya mengharamkan 
> pertubuhan tersebut dan menangkap pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
>   
> Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA) dalam tempoh yang 
> singkat menyebabkan pihak Bintang Tiga tidak berjaya mengembangkan pengaruh 
> mereka. Akibat kegagalan Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan 
> bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA dan 
> perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada gerila-gerila 
> terbabit. 
> Atas jasanya terhadap perjuangan penentangan pendudukan Jepun, Chin Peng 
> dijemput ke London untuk menerima medal 'Order of the British Empire ' kerana 
> sumbangannya yang besar memimpin MPAJA dan Force 136 menentang Jepun. Tapi 
> tekadnya untuk menubuhkan kerajaan komunis di Tanah Melayu dan menyingkirkan 
> British dan akhirnya memerdekakan Malaya semakin membuak-buak selepas itu. 
> Suasana aman dan maju di kota London meningkatkan azamnya untuk berjuang di 
> dalam hutan Tanah Melayu. 
> Memimpin Parti Komunis Malaya 
> Ketika umurnya 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai Setiausaha Agung , Parti 
> Komunis Malaya menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai 
> Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti 
> Komunis Malaya .
>   
> Di bawah pimpinannya Parti Komunis Malaya semakin agresif dan militan dengan 
> menyerang ladang-ladang, gudang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik 
> orang British di Tanah Melayu. Lantaran itu ahli PKM semakin menyanjung 
> keberanian dan wawasan Chin Peng. Taktik ini membawa padah kepada Parti 
> Komunis Malaya kerana tidak langsung diterima di kalangan orang Melayu.
>   
> Parti Komunis Malaya juga tidak mengamalkan athiesme. Walaupun prinsip utama 
> komunisme yang ditulis oleh Karl Marx tidak mempercayai tuhan dan menyatakan 
> bahawa agama itu adalah candu manusia, namun apa yang berlaku di tanah melayu 
> pada waktu itu ialah mereka mengamal prinsip keagamaan seperti mana yang kita 
> dapat lihat dalam salah seorang tokoh parti komunis malaya iaitu Rashid 
> Maidin, Abdullah C.D dan Suraini Abdullah. Mereka tetap mendirikan solat lima 
> waktu seperti mana yang dituntut oleh agama islam walaupun di dalam hutan 
> semasa perjuangan. Mereka juga telah menunaikan ibadah haji. Sememangnya 
> Rashid Maidin adalah seorang yang warak dan berilmu agama yang tinggi malah 
> beliau juga mengajar cucunya dan beberapa budak-budak kampung membaca Al 
> Quran dan Tajwid.
>   
> Ketika darurat, British dengan kerjasama golongan Melayu elit telah 
> melancarkan perang saraf iaitu propaganda melalui media massa untuk 
> mempengaruhi fikiran orang-orang Melayu supaya mereka yakin bahawa Parti 
> Komunis Malaya itu kejam dan tidak sesuai diikuti. Pengalaman orang-orang 
> Melayu selepas Perang Dunia II dan taktik komunis yang membunuh beratus-ratus 
> rakyat yang tidak berdosa menyebabkan kebanyakannya orang Melayu menolak cara 
> ganas komunis. Perjuangan bangsa Melayu untuk mendapatkan kemerdekaan tanpa 
> pertumpahan darah tidak disenangi komunis yang inginkan kuasa politik jatuh 
> ketangan mereka dengan cara menggunakan keganasan dan menanam rasa takut 
> kepada rakyat amnya. 
>   
> Perjuangan komunis tidak boleh dianggap sebagai perjuangan untuk kemerdekaan 
> kerana mereka hanya berjuang untuk kepentingan PKM dan bukan untuk 
> kemerdekaan Malaya. Ini terbukti, mereka tetap meneruskan taktik ganas mereka 
> walaupun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Kemerdekaan terbukti boleh 
> dicapai bukan dengan perjuangan menumpah darah dengan sia-sia tetapi dengan 
> rundingan damai yang lebih berfaedah dan bermanfaat untuk semua pihak. 
> Perjanjian Damai 
> Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti 
> Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. 
> Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling 
> pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima 
> syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain 
> sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan 
> bergerak
>  sebagai sebuah parti politik yang sah.
>   
> Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah 
> mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka 
> tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin 
> jauh ke dalam hutan, sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari pada 
> Malaysia, khususnya di sempadan Malaysia Thailand. 
> Kemerosotan Komunis 
> Setelah komunis runtuh di Rusia dan di runtuhnya Tembok Berlin di Jerman 
> Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan 
> Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah 
> ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai 
> Perjanjian Haadyai.
>   
> Setelah 1989 tidak ada lagi perjuangan bersenjata . Ahli PKM diterima sebagai 
> warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Tetapi pemimpin utama 
> seperti Chin Peng dan Rashid Maidin dibenarkan hanya menetap di sebuah 
> perkampung khas di Yala, Thailand. 
> Kembali ke Malaysia 
> Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima 
> pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat 
> oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Komunis Malaya, polis dan tentera 
> yang cedera dan terkorban. Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang 
> bertanggung jawab dengan kegagalan Perundingan Baling dengan berkeras 
> menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, 
> walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.
>   
> Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah 
> Fakeh dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.
> 
> 
> 
> 
>       
>  
> 
>       
> 
>     
>     
>       
>        
>       
>       
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>       
> 
> 
>       
>       
> 
> 
>       Dapatkan nama E-mel keutamaan anda! 
> Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail.com. 
> http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/
>


Kirim email ke