From: Gloria Joice 

Let this statement become a part of Our Heart ..... 

Cintaku Pada Tuhan Yesus

Tuhan Yesus...
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir

Tuhan Yesus...
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi

Tuhan Yesus...
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada-Mu

Tuhan Yesus...
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Tuhan Yesus..
Ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu

Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah berarti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya 

In His Grace, 
Gloria Joice 
===============================================
From: Gloria Joice 

KESAKSIAN TARMIZI
Kategori: Kesaksian  - Pertobatan

TUHAN YANG SUNGGUH MEMUASKAN.
Nama saya Tarmizi, seorang Melayu dari Malaysia. Semasa saya remaja, saya 
pernah mengambil satu kursus tentang agama Kristian melalui pos kerana ingin 
tahu kepercayaan agama itu. Kursus itu telah membantu saya mengetahui tentang 
asas-asas agama Kristian dan persamaannya dengan agama Islam. Sesudah itu saya 
telah mengunjungi sebuah gereja. Saya dapati reka bentuk gereja itu tidak 
banyak bezanya dengan sebuah masjid dan juga tidak ada sebuah patung atau 
berhala pun di sana. Di akhir waktu sembahyang saya diberi satu risalah dan 
digalakkan supaya memikirkan dengan masak-masak tentang apa yang akan saya 
percaya.

Di dalam hati saya, saya mahu percaya, tetapi saya mempunyai banyak persoalan 
yang belum terjawab. Soalan-soalan seperti "Apakah kebaikannya jika saya 
menjadi pengikut Isa Al-Masih? Apakah yang akan saya hadapi?" dan "Adakah ini 
satu langkah yang betul?" Soalan-soalan begini selalu menghantui saya. Akhirnya 
saya mengambil keputusan untuk kembali semula kepada agama Islam.

Apabila saya dewasa, saya telah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. 
Saya memperhatikan aktiviti-aktiviti orang daripada pelbagai bangsa dan negara 
yang ada di sana. Saya dapat melihat dengan jelas fahaman-fahaman dan 
mazhab-mazhab yang berbeza terdapat di dalam Islam. Ini jelas kelihatan melalui 
amalan-amalan bersolat yang berbeza-beza. Walaupun mempunyai fokus dan arah 
yang sama, mereka berdoa dengan cara yang amat berlainan!

Saya berpendapat bahawa untuk memperolahi pengampunan daripada Allah, ibadat 
Umrah harus dikerjakan dengan cara yang betul dan rapi. Apabila saya melihat 
cara mengerjakan ibadah serta bersolat dsbnya. yang berbeza-beza itu saya 
bertanya, "Adakah cara mereka itu menjamin pengampunan dosa dan penyelamatan 
daripada Allah? Bagaimana pula dengan cara saya bersembahyang?"

Di dalam hati saya, ketika itu timbul banyak persoalan-persoalan. Saya bertanya 
kepada diri saya sendiri "Mengapa kita mengamalkan ibadah cara begini dan 
apakah sebenarnya yang kita lakukan itu?". Nampaknya kerana ada seorang nabi 
telah melakukannya pada suatu masa dahulu, maka sekarang saya juga harus 
mengikuti apa yang telah dilakukannya. Saya meragui logik ini. Saya berfikir, 
"Hal-hal ini telah dilakukan kira-kira seribu empat ratus tahun yang lepas. 
Apakah saya sedang melakukan perkara yang betul? Di waktu itu fikiran saya 
mulai bercelaru.

Apabila kembali ke tanah air, fikiran saya bertambah keliru, akhirnya saya 
berhubung dengan sebuah gereja dan membuat temu janji untuk bertemu dengan 
salah seorang dari gereja tersebut. Dia telah berusaha menjawab soalan-soalan 
yang saya kemukakan dan menerangkan ajaran-ajaran Isa Al-Masih kepada saya. 
Salah satu daripada soalan saya ialah tentang patung berhala. Jawapan ahli 
gereja itu ialah bahawa penggunaan patung itu adalah tidak betul. Dia juga 
telah menjelaskan banyak perkara kepada saya dan kemudiannya memberikan saya 
satu risalah untuk dibaca.

Setelah membaca risalah itu, saya telah berjumpa dengannya sekali lagi lalu 
memberitahunya yang saya memutus untuk percayai Isa Al-Masih sebagai Penyelamat 
saya. Saya bertanya "Bolehkah anda memimpin saya menerima Isa Al-Masih sebagai 
penyelamat saya?" Pada hari itu dia memimpin saya dalam satu doa, yaitu doa 
pertaubatan dan penyerahan diri saya terhadap Allah.

Seorang kawan telah memberi satu buku rujukan yang mengandungi jawapan-jawapan 
dari AlKitab, kitab suci orang-orang Kristian, yang telah banyak membantu saya 
dan menemukan jawapan kepada soalan-soalan dalam diri saya sendiri. Sekarang 
saya tidak lagi bertanya "Mengapa?", Saya sudah menemukan jawapannya iaitu Isa 
Al-Masih. Sesungguhnya Isa Al-Masih dan juga ajaran-ajarannya ialah jawapan 
kepada semua soalan-soalan tentang kehidupan, akhlak dan akidah manusia. Apakah 
anda sudah menemukannya?

Menarik sekali kesaksian En.Tarmizi itu. Ibadah haji atau umrah lazimnya 
dilakukan untuk memohon pengampunan daripada Allah. Setiap mukminun yang 
mengunjungi Baitullah berharap agar dosa mereka dapat ditebus dan agar mereka 
memperolehi pengalaman yang istimewa dengan Allah Taala.

Sekiranya mukminin mendapat pengampunan daripada Allah, pastinya mereka akan 
memperoleh kegembiraan di dalam hati mereka, tetapi bagaimana pula dengan 
mukminin yang pulang dalam keadaan yang sama seperti sebelum ke Baitullah, yang 
pulang tanpa sebarang perubahan, mengalami perasaan takut yang mengelirukan 
fikiran serta tetap merasa kosong tanpa sebarang makna?

Saudara Tarmizi tidak memperolehi apa yang diingininya melalui ibadah umrahnya. 
Setelah dia kembali ke Malaysia, hatinya tetap merasa kosong dan gelap sahaja 
serta masih mencari-cari akan kebenaran. Dia telah merujuk dengan ahli-ahli 
Kitab yang lain (yakni pemilik-pemilik Injil) dan telah mendapat penerangan 
tentang siapakah sebenarnya Isa Al-Masih itu. Barulah saudara Tarmizi telah 
insaf bahawa hanya Al-Masih 'Isa itulah satu-satunya jalan penyelamatan dan 
kepenuhan hidup yang sempurna serta penyelesaian ujian-ujian hidupnya.

Setiap agama mempunyai kota sucinya yang tersendiri. Mekah merupakan kota suci 
bagi umat Islam manakala Baitulmuqaddis atau Yerusalem pula adalah kota suci 
bagi orang Yahudi. Tempat-tempat ini dianggap suci dalam konsep penyembahan 
mereka, tetapi sebenarnya fahaman itu berbeza dengan konsep Tuhan. Di dalam 
dunia ini tidak ada tempat 'suci' kerana dunia ini cukup penuh dengan 
pencemaran - pencemaran rohaniah dan juga jasmani. Hanya di syurga sahajalah 
tempat suci bagi Tuhan untuk selama-lamanya.

Peristiwa yang tercatat dalam Injil, Yohanes 4:19-24 menceritakan tentang 
persoalan kota suci, di mana seorang perempuan dari Samaria bertanya Isa 
Al-Masih di manakah tempat kota suci itu. Perempuan itu berkata, "Nenek moyang 
kami menyembah Allah di Gunung Jabal Jizrim ini tetapi orang Yahudi menganggap 
Baitulmuqaddis kiblat mereka." Isa berkata, "Percayalah, akan tiba masanya 
orang tidak akan lagi menyembah berkiblatkan gunung ini atau menghadap ke 
Baitulmuqaddis. Masanya akan tiba, apabila penyembah yang benar akan menyembah 
Allah dengan kuasa Roh. Merekalah akan Allah panggil orang-orang beriman. Allah 
itu Roh dan kita hanya menyembah Allah dengan kuasa Roh yang tidak mempunyai 
kiblat."

Orang Islam percaya Nabi Ibrahim a.s dan keluarganya telah membangunkan Kaabah 
di Mekah, yang merupakan kiblat bagi semua umat Islam. Akan tetapi kita mesti 
ingat bahawa Allah tidak tinggal di dalam rekaan-rekaan yang dibuat oleh tangan 
manusia, seperti yang dikatakan Allah melalui nabi Yesaya:
"Langit adalah tahtaKu, dan bumi adalah tumpangan kakiKu. Rumah apakah yang 
akan kamu dirikan bagiKu?" Demikian firman Tuhan, "Tempat apakah yang akan 
menjadi perhentianKu?"

Allah inginkan kita mengalamiNya di mana pun kita berada. Sesiapa yang beriman 
kepada Isa Al-Masih dengan penuh keyakinan akan dapat masuk kehadiran Allah 
dengan penuh yakin dan berani. Isa Al-Masih pernah berkata kepada 
pengikut-pengikutNya:
"Akulah jalan untuk mengenal Allah, Akulah kebenaran dan Akulah jalan kehidupan 
kekal. Tidak seorang pun dapat datang kepada Allah kecuali melalui Aku". (Yahya 
14:6) 

Sudahkah anda mengenal Allah dan hidup yang Isa Al-Masih tawarkan kepada semua 
manusia?
 
___________________________________________________________________

RENUNGAN : Allah Bapa

Suatu hari Guru sekolah minggu memberikan tugas kepada murid-muridnya: Seperti 
apa Allah Bapa itu? 

"Untuk mudahnya, kalian harus melihat Dia sebagai seorang Bapa.. seorang papi," 
ujar guru tersebut.

Minggu berikutnya, guru tersebut menagih PR dari setiap murid yang ada. 
"Allah Bapa itu seperti Dokter!" ujar seorang anak yang papanya adalah dokter. 
"Ia sanggup menyembuhkan sakit penyakit seberat apapun!" 
"Allah Bapa itu seperti Guru!" ujar anak yang lain. 
"Dia selalu mengajarkan kita untuk melakukan yang baik dan benar." 
"Allah Bapa itu seperti Hakim!" ujar seorang anak yang papanya adalah hakim 
dengan bangga,"Ia adil dan memutuskan segala perkara di bumi."

"Menurut aku Allah Bapa itu seperti Arsitek. Dia membangun rumah yang indah 
untuk kita di surga!" ujar seorang anak tidak mau kalah. 

"Allah Bapa itu pokoknya kaya sekali deh! Apa saja yang kita minta Dia punya!" 
ujar seorang anak konglomerat. Guru tersebut tersenyum ketika satu demi satu 
anak memperkenalkan image Allah Bapa dengan semangat.

Tetapi ada satu anak yang sedari tadi diam saja dan nampak risih mendengar 
jawaban anak-anak lain. "Eddy, menurut kamu siapa Allah Bapa itu?" ujar ibu 
guru dengan lembut. Ia tahu anak ini tidak seberuntung anak-anak yang lain 
dalam hal ekonomi, dan cenderung lebih tertutup.

Eddy hampir-hampir tidak mengangkat mukanya, dan suaranya begitu pelan waktu 
menjawab, "Ayah saya seorang pemulung... jadi  saya pikir... Allah Bapa itu 
Seorang Pemulung Ulung." 

Ibu guru terkejut bukan main, dan anak-anak lain mulai protes mendengar Allah 
Bapa disamakan dengan pemulung. Eddy mulai ketakutan. "Eddy," ujar ibu guru 
lagi. 
"Mengapa kamu samakan Allah Bapa dengan pemulung?"

Untuk pertama kalinya Eddy mengangkat wajahnya dan menatap ke sekeliling 
sebelum akhirnya menjawab,"Karena Ia memungut sampah yang tidak berguna seperti 
Eddy dan menjadikan Eddy manusia baru, Ia menjadikan Eddy anakNya."

Memang bukankah Dia adalah Pemulung Ulung? Dia memungut sampah-sampah seperti 
saudara dan saya, menjadikan kita anak-anakNya, hidup baru bersama Dia, dan 
bahkan menjadikan kita pewaris kerajaan Allah.
                                                               
Yohanes 3:16 "Karena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah 
mengaruniakan AnakNya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepadaNya 
tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal."

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/IYOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
     Mailing List Jesus-Net Ministry Indonesia - JNM -
Daftar : [EMAIL PROTECTED]
Keluar : [EMAIL PROTECTED]
Posting: [email protected]

Bantuan Moderator : [EMAIL PROTECTED]
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/jesus-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke