*Kurang testosteron punca mati pucuk<http://www.biovco.com/darah-tinggi-4r.php>
*


SINDROM kekurangan testosteron (TDS) memang menghantui lelaki. Selain
mengalami resah gelisah, letih, peningkatan berat badan dan murung, TDS juga
membawa masalah yang paling ditakuti, iaitu mati pucuk.

TDS berpunca daripada kurangnya jumlah testosteron yang terhasil dan ia
menyebabkan lelaki hilang beberapa ciri kelelakian seperti kurang berminat
dengan seks, penampilan fizikal (tiada lagi tubuh berotot) serta hilang
keyakinan diri. Kajian menunjukkan seorang daripada lima lelaki yang
berhadapan dengan masalah mati pucuk memiliki tahap testosteron yang rendah.


Ketua Jabatan Andrologi dan Urologi, Pusat Penyelidikan Endokrinologi
Russia, Prof Svetlana Kalinchenko, berkata TDS mungkin bersifat konjenital
selain disebabkan faktor peningkatan usia.

"Walaupun TDS kerap dikaitkan dengan mati pucuk, sebenarnya ia memiliki
kaitan dengan sindrom metabolik.

"TDS adalah komponen fundamental sindrom metabolik, iaitu sekumpulan risiko
yang menyebabkan masalah jantung. Antaranya termasuk obesiti dan masalah
insulin," katanya.

Laporan terbaru menunjukkan terdapat perkaitan yang sangat jelas antara TDS
dengan sindrom metabolik. Kajian juga mendapati, lelaki obes yang berhadapan
dengan sindrom metabolik memiliki tahap testosteron yang rendah berbanding
lelaki sihat. Mereka juga lebih berisiko untuk mati pucuk dan berhadapan
dengan masalah koronari arteri.

Justeru, dengan kata mudah, lelaki yang mati pucuk bukan saja berhadapan
dengan TDS tetapi juga beberapa masalah kesihatan lain seperti diabetes dan
jantung.

"Lelaki yang berusia 40 tahun ke atas dan berhadapan dengan simptom TDS
sepatutnya mendapatkan rawatan, apatah lagi jika mereka juga tergolong dalam
kumpulan yang menghadapi sindrom metabolik," katanya.

Secara umum, lelaki yang berhadapan dengan TDS akan mendapati tahap darah
testosteron mereka adalah di bawah 10 nmol/L (tahap normal adalah antara 10
hingga 35 nmol/L).

TDS juga menyebabkan tulang hilang kepadatannya yang kemudian menyebabkan
masalah tulang rapuh. Bagaimanapun, tidak seperti menopaus, TDS tidak
dialami oleh semua lelaki.

*Rawatan TDS*

Kebanyakan matlamat utama rawatan TDS adalah menaikkan semula tahap
testosteron. Seperti juga rawatan menopaus, TDS boleh diatasi dengan rawatan
berbentuk gel, tampalan kulit, kapsul, implan dan suntikan.

Perlu juga diketahui kebanyakan lelaki yang berhadapan dengan mati pucuk
juga akan berhadapan dengan masalah diabetes dan jantung. Kebanyakan masalah
ini berkongsi simptom yang sama dengan masalah TDS.

Justeru, antara rawatan terbaru TDS yang terdapat di pasaran adalah rawatan
menggunakan terapi pelbagai yang melegakan simptom mati pucuk tetapi pada
masa yang sama memberi rawatan pada masalah hormon testosteron yang rendah.

Terapi berbentuk suntikan ini didatangkan dalam dua tindakan, jangka masa
singkat yang perlu diulangi setiap dua atau tiga minggu manakala untuk
terapi suntikan jangka panjang yang baru di pasaran, anda hanya perlu
mendapatkan suntikan sekali dalam setiap tiga bulan. Terapi terbaru ini
dikenali sebagai Nebido(R) dan dibangunkan oleh Bayer Schering Pharma.

*INFO: Simptom TDS*

Murung
Gangguan tidur
Lesu dan penat
Kurang fokus
Hilang kekuatan otot.

*Lain-lain INFO : Tekanan Darah Tinggi - KLIK
DISINI<http://www.biovco.com/darah-tinggi-4r.php>
*

**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke