Menentang demam selesema <http://www.biovco.com/resdung-6tf.php>
HIDUNG tersumbat, berhingus, bersin, batuk dan sakit tekak adalah antara simptom biasa untuk pesakit demam selesema biasa dan juga selesema (flu). Demam selesema biasa dan flu juga sukar untuk dibezakan memandangkan gejala yang dihadapi pesakit hampir sama. Namun ada sedikit perbezaan antara keduanya dengan flu menyebabkan rasa lemah badan yang teruk dan juga sakit sendi sedangkan simptom tersebut tidak dialami pesakit demam selesema biasa. Flu disebabkan oleh virus influenza (jenis A atau B) sementara demam selesema biasa pula berpunca daripada jangkitan beberapa jenis virus dan dianggarkan terdapat lebih 200 jenis virus di seluruh dunia yang boleh menyebabkan demam selesema kepada manusia. Kebarangkalian seseorang yang merantau atau melancong ke luar negara membawa pulang virus demam selesema juga tinggi kerana pasti terdapat jenis yang belum pernah menjangkiti rakyat negara ini. Jangkitan virus biasanya tampil dengan simptom hingus yang jernih tetapi warna hingus akan bertukar menjadi kekuningan atau hijau selepas pesakit mendapat jangkitan sekunder bakteria. Jangkitan bakteria juga dikaitkan dengan kerosakan sistem badan yang lebih teruk, sehinggakan pesakit memerlukan rawatan tambahan dan mungkin juga perlu dimasukkan ke hospital. Jangkitan sama ada virus flu atau demam selesema juga boleh menyebabkan kesan berangkai yang akan menjejaskan kehidupan pesakit, keluarga dan produktiviti negara. Jangkitan virus berkenaan boleh menyebabkan jangkitan hidung, tekak dan dada (paru-paru). Ini mungkin menyebabkan pesakit dimasukkan ke hospital jika keadaannya teruk, terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan warga emas. Ini akan membawa kepada ibu bapa perlu memohon cuti dari bekerja untuk menjaga anak di hospital. Kanak-kanak yang demam atau mudah menghidap demam selesema juga akan mudah ponteng sekolah atau menghadapi masalah dalam menumpukan perhatian dalam pelajaran. *Lain-lain INFO : Penyakit Resdung - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/resdung-6tf.php> * [Non-text portions of this message have been removed]
