Tidak sempat kumpul harta <http://www.biovco.com/eniaga1.php> Lagak mereka
seolah-olah pelancong yang datang untuk bercuti, namun sekumpulan penjenayah
warga Peru dipercayai cuba 'mengumpul kekayaan' dengan memecah masuk
kediaman mewah sejak beberapa bulan lalu.

Kumpulan penjenayah dianggotai empat lelaki itu disyaki cuba mencari
seberapa banyak wang melalui hasil kegiatan berkenaan, sebelum pulang ke
negara asal selepas beberapa bulan.

Mereka biasanya menyewa satu unit kondominium dan mengenal pasti kediaman
yang bakal dipecah masuk selepas penghuninya keluar bekerja.

Malah, suspek bertindak berani memotong mangga dan gril dengan pemotong besi
yang menggunakan tong gas untuk memecah masuk rumah mangsa.
Impian mereka untuk pulang dengan wang kegiatan jahat itu bagaimanapun tidak
kesampaian apabila diberkas polis dalam satu operasi khas di sebuah
kondominium di Pandan Indah di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan,
berkata sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah melihat
seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan sebelum menahannya.

"Hasil siasatan, polis menemui pelbagai peralatan dipercayai untuk aktiviti
pecah rumah.

"Polis kemudian pergi ke rumah suspek dan memberkas tiga lagi rakannya dan
menemui pelbagai barang yang dicuri seperti komputer riba, lensa kamera dan
baju kanak-kanak yang dipercayai dicuri di pasar raya," katanya dalam sidang
media di sini, semalam.

Beliau berkata, polis turut merampas pemotong besi dan pemutar skru yang
disyaki digunakan untuk mengumpil dan memecah masuk rumah mangsa.

"Suspek dikesan masuk ke negara ini Januari lalu menggunakan pas lawatan
sosial.

"Polis percaya penahanan suspek menyelesaikan beberapa kes pecah rumah yang
dilaporkan di sekitar daerah ini dan Cheras," katanya.

Abdul Jalil berkata, suspek dipercayai menjual barang yang dicuri kepada
pembeli dengan harga murah.

Berikutan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli barang
yang disyaki dicuri kerana ia adalah satu kesalahan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah boleh
menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

*LAIN-LAIN INFO - KLIK DISINI <http://www.biovco.com/eniaga1.php>*


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke