*Pengurusan asma <http://www.biovco.com/pengurusan-asma-1rf.php?ref=yg>*
APABILA anak mempunyai pernafasan kasar, berdehit dan kadangkala cepat penat ketika bermain, ramai ibu bapa bimbang jika anak menghidap asma, apatah lagi pada pasangan yang ada sejarah pesakit asma dalam keluarga mereka. Bagaimanapun, bukan semua gejala pernafasan kasar, berdehit dan kerap berhingus menandakan asma kerana kajian menunjukkan hanya 30 peratus kanak-kanak yang menunjukkan gejala itu mendapat asma apabila berusia melebihi tiga tahun. Bagi kanak-kanak kurang dari tiga tahun, saluran pernafasan mereka sangat kecil dan sebarang jangkitan pada bahagian ini menjejaskan laluan fungsi laluan udara. Akibatnya, mereka sukar bernafas, pernafasan menjadi kasar dan kelihatan termengah-mengah apabila bernafas. Pakar perubatan seluruh dunia mengkategorikan asma sebagai penyakit paru-paru kronik paling lazim di dunia. Berdasarkan Laporan Beban Asma, dianggarkan 300 juta penduduk dunia menghidap asma dan angka ini membabitkan semua kaum, umur dan tahap sosio ekonomi. Pada keadaan normal, udara boleh keluar masuk paru-paru dengan bebas, tetapi jika asma tidak terkawal, dinding pada saluran udara dalam paru-paru mengalami keradangan, bengkak dan menebal, menyebabkan saluran udara menjadi sempit. Malah, ketika ini ia menjadi sangat sensitif terhadap perubahan persekitaran. *Baca artikel penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/pengurusan-asma-1rf.php?ref=yg> * ** [Non-text portions of this message have been removed]
