*Selangor bakal alami gangguan bekalan air*
<http://www.biovco.com/?ref=yg>
 *KUALA LUMPUR:* Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor
dijangka berlaku selama tiga hari mulai Selasa ini berikutan kerja-kerja
penyelenggaraan infrastruktur dan menaik taraf perkhidmatan bekalan itu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) dalam satu kenyataan hari ini
berkata bekalan air di kawasan Kuala Selangor akan terganggu selama tujuh
jam mulai 11 malam Selasa ini berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal
di Jalan Raja Musa 1 dan 2.

Kawasan yang terbabit termasuk Kampung Rantau Panjang, seluruh Sungai Darah
Kanan dan Kiri, Kampung Hang Tuah, Kampung Sri Makmur, Estet Raja Musa,
Taman Manikavasagam, zon Sungai Gulang-gulang dan zon Sungai Tengi Kanan.

Kawasan lain yang terbabit berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal di
simpang Bukit Belimbing ke Batu 2 di sepanjang Jalan Ujung Permatang ialah
Taman Sri Belimbing, Jalan Tok Empat Majid dan Kampung Lubuk Bukit
Belimbing.

Gangguan selama tujuh jam mulai 11 malam Rabu ini juga membabitkan kawasan
di Kuala Selangor berikutan kerja-kerja pemasangan meter kekal Rantau
Panjang Panjang ke Kuala Selangor di sepanjang Jalan Rawang 3, menurut
kenyataan itu.

Kawasan terbabit termasuk Bukit Badong, Pekan Batang Berjuntai, Kampung Jawa
Selangor, Taman Sri Indah, seluruh Batu 8 Asahan, Kampung Kuantan dan Taman
Bentara.

Pada hari yang sama, gangguan bekalan air selama 10 jam mulai 8 malam akan
berlaku di kawasan Gombak berikutan kerja-kerja pemasangan flow meter di Pam
Utara AU3 Baru.

Kawasan terbabit ialah seluruh kawasan AU1 hingga AU3, kawasan Perusahaan
bebas Hulu Klang, Keramat Wangsa dan Taman Warisan.

Gangguan bekalan air selama 10 jam mulai 8 malam dijangka berlaku di kawasan
Sri Rampai, Setapak Jaya, Kawasan AU3, Desa Setapak dan Kampung Kemensah di
Gombak berikutan kerjakerja pemasangan flow meter di Pam Utara AU3 Lama.

Kenyataan itu turut menyebut gangguan bekalan air selama tujuh jam mulai 11
malam Khamis ini juga dijangka berlaku di Pekan Kuala Selangor, Sungai
Buloh, Jeram, kawasan industri Sungai Sembilang, sempadan Klang/Kampung
Suara, Zon Bukit Melawati, Zon Bandar Baru, Assam Jawa Kiri dan Assam Jawa
Kanan.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan
menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh itu.

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi
talian bebas tol 1800885252 atau melalui khidmat pesanan ringkas dan hantar
ke 39222. *BERNAMA*
*

* *LAIN-LAIN INFO - KLIK DSINI <http://www.biovco.com/?ref=yg>*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke