*Serat zat makanan dipinggirkan<http://www.biovco.com/serat-08sg.php?ref=yg>
*

TIDAK sukar menggambarkan tentang tabiat rakyat negara ini kerana kebanyakan
daripada penduduknya gemar makan.

Di bandar besar seperti Kuala Lumpur, saban malam gerai makan dan restoran
tidak pernah sepi daripada kunjungan pelanggan.

Yang peliknya, semakin jam di tangan menunjukkan waktu sudah larut malam,
semakin ramai pula yang berpusu-pusu memenuhi meja kosong untuk menikmati
makanan dan minuman kegemaran masing-masing.

Inilah istimewanya negara bertuah Malaysia berbanding negara lain.

Andai perut `berkeroncong' di tengah malam, tiada apa perlu dirisaukan
kerana restoran-restoran 24 jam sedia menanti anda.

Uniknya negara kita kerana terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa.

Maka sebab itulah kita mempunyai wadah masakan seribu satu cara yang
mencetus pelbagai cita rasa.

Siapa yang boleh menahan keinginan terhadap sepinggan nasi lemak yang
mengharum, mi goreng pedas atau roti canai garing?

Tetapi walau seenak mana sekalipun makanan yang dinikmati, kita sering
terlupa terlalu banyak kelazatan tidak selalunya baik untuk kesihatan apatah
lagi sekiranya tidak mengikut waktu makan yang betul.

Artikel ini akan membincangkan tentang salah satu zat makanan yang sering
dipinggirkan dalam pemakanan kita sehari-hari iaitu serat.

Apakah kepentingan serat sehingga Rasulullah sendiri dikatakan sering
memakan makanan yang mudah dihadam, mengandungi banyak serat (dalam kadar
yang sederhana) ketika berbuka puasa?

Ramai pakar perubatan pada hari ini mengesyorkan supaya setiap individu
tanpa mengira usia meningkatkan pengambilan serat dalam pemakanan
sehari-hari.

Ini berdasarkan kajian bahawa serat mampu mencegah beberapa penyakit
berbahaya termasuk barah, kencing manis, jantung dan kegemukan.

*Baca Artikel Penuh - KLIK DISINI<http://www.biovco.com/serat-08sg.php?ref=yg>
*
**


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke