*Bahan pengganti lemak terhidrogen
berisiko<http://www.biovco.com/lemak-12yd.php?ref=yg>
*

INDUSTRI makanan kini menghadapi tekanan untuk menggantikan lemak
terhidrogen yang mengandungi asid lemak trans (TFA). Ia adalah satu cabaran
kerana selain berfungsi sebagai lelemak, bahan pengganti itu harus juga
mempunyai nilai khasiat pemakanan.

Kebanyakan pengusaha makanan menghentikan penggunaan lemak separa
terhidrogen. Pengeluar kini beralih kepada lemak terinteresterifikasi untuk
sesetengah produk seperti shortening, majerin, dan lemak bakeri.

Pemantauan haruslah dibuat dengan lebih teliti ke atas setengah alternatif
yang berada di pasaran untuk mengesan impaknya terhadap kesihatan dan juga
bahan makanan. Satu kajian dijalankan di Malaysia, membandingkan lelemak
dari minyak kacang soya terhidrogen penuh dan lelemak dari proses
interesterifikasi kimia minyak kacang soya dengan lelemak sawit semula jadi.


Interesterifikasi ialah proses ubah suai lemak yang lama digunakan oleh
pihak industri untuk menghasilkan formulasi lelemak khusus untuk kegunaan
tertentu. Ia membolehkan asid lemak di dalam setiap molekul lemak dipinda
dan akhirnya menghasilkan lelemak yang stabil pada suhu tinggi. Untuk
kebanyakan formulasi makanan, proses ini amat berkesan apabila lemak separa
pepejal atau lemak pepejal seperti minyak sawit atau stearin sawit
dicampurkan dengan minyak cecair dan diubahsuai untuk memenuhi keperluan
yang tertentu.

*Baca artikel penuh - KLIK
DISINI*<http://www.biovco.com/lemak-12yd.php?ref=yg>

=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
*Jika anda fikir, maklumat ini boleh memberi manafaat kepada rakan dan
kenalan anda sila *
*fowardkan **email ini kepada mereka. Terima Kasih*
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=


[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke