(1) Bulan puasa adalah bulan yang mulia. Pada masa inilah umat Islam yang 
berkemampuan akan melaksanakan Rukun Islam yang ketiga dengan berpuasa selama 
sebulan. 

(2) Bulan ini juga istimewa kerana ganjaran pahala berganda-ganda buat umat 
yang mengerjakan ibadah ini dengan penuh sempurna. Umat Islam disaran 
mengerjakan ibadah puasa bersama ibadah-ibadah lain pada tahap maksimum. 
Manisnya adalah ganjaran pahala yang tak ternilai jika dibanding usaha sehayat 
usia kita mengumpul harta di seluruh penjuru buana. Sabda Nabi: "Apabila 
tibanya bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintui-pintu 
neraka, dan syaitan dibelenggu". (riwayat Bukhari dan Muslim)

(3) Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi matlamatnya jelas yakni 
untuk melahirkan manusia bertakwa kepada Allah swt. Firman-Nya: "Wahai orang 
yang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada 
umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183). Jadi, untuk mendapat 
ketakwaan, umat Islam hendaklah berpuasa dengan cara yang sebenarnya. 
Maksudnya, puasa dilakukan kerana ianya 'ibadat' dan bukan 'adat.'

(4) Puasa yang murni adalah puasa yang mencapai tahap "khusus al-khusus" 
seperti yang dinyatakan oleh al-Imam al-Ghazali dalam kitabnya "Ihya 
Ulumuddin". Maksudnya, seluruh diri individu itu dalam keadaan berpuasa, bukan 
sekadar mulut dan perut sahaja.

(5) Puasa yang sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga sahaja adalah puasa yang 
sia-sia. Sayang kalau kita berpuasa saban tahun tapi hasilnya kosong! Sabda 
Nabi:"Terdapat orang yang berpuasa hanya memperoleh lapar semata-mata." 
(riwayat Ibnu Majah, al-Nasaei & al-Hakim). Justeru itu, apa yang perlu dibuat 
untuk mendapat pahala berganda dan puasa sempurna?

(6) Berusaha memastikan semua anggota badan digerakkan ke arah kebaikan dalam 
semangat berpuasa. Misalnya mata kita yang sempurna ini, gunakanlah mata untuk 
memandang wajah ibu bapa dengan perasaan kasih sayang, memandang ayat-ayat suci 
al-Qur'an serta memandang keindahan alam buana ini dengan penuh rasa kagum pada 
kehebatan Allah swt yang mencipta dan mengaturnya. Ringkas kata, gunakanlah 
seluruh anggota pancaindera yang ada untuk mengabdikan diri kepada-Nya.


Maka selayaknya kita beriltizam mengingatkan diri untuk meningkatkan kualiti 
puasa pada tahun ini agar ianya memberi makna kepada pembentukan diri. Puasa 
adalah ibadah yang menyuci hati dan menggerak diri ke arah pengabdian total 
dalam seluruh kehidupan hanya kepada Pencipta yang maha Esa. 

Mudahan-mudahan kita menuai ketakwaan di perkebunan Ramadhan dalam perjalanan 
jauh untuk menggapai syurga idaman nanti. Amin.

**Nota ini ditulis bersama bauran idea dan kalimat kata dari sumber berikut: 
Mohd Suki b Othman. "Falsafah Ramadhan". Milenia, Okt. 2004, hlm 48-49.
                
---------------------------------
 Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.

[Non-text portions of this message have been removed]



PENTING..!

attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member.

dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa 
pencabutan membership.

terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu 
mengupdate antivirusnya.
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kisunda/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kisunda/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke