Pilihan makanan harian berasaskan piramid makanan
Waktu berbuka
Waktu berbuka diumpamakan seperti sarapan pagi. Tenaga segera di dalam bentuk
glukosa adalah keperluan utama badan semasa berbuka puasa.
Karbohidrat yang mudah diserap seperti ini, hanya dapat bertahan selama tiga
hingga empat jam dan lebih sesuai diambil pada waktu berbuka.
Kumpulan makanan jenis ini adalah seperti jenis tepung putih dan juga gula.
Kurma adalah sumber gula, serat, karbohidrat dan mineral seperti kalium dan
magnesium.
Memakan kurma dan jus buah-buahan sudah cukup untuk menaikkan gula darah yang
rendah ke paras normal.
Pengambilan jus dan jenis makanan yang berair seperti sup dapat mengembalikan
kandungan air dan mineral di dalam badan.
Diet yang tidak seimbang seperti terlalu banyak kuih manis dan air manis dengan
lebihan gula yang tinggi didapati tidak menyihatkan.
Waktu makan malam
Waktu makan malam sepatutnya diambil selepas sembahyang terawih dan diumpamakan
seperti makan tengahari.
Digalakkan mengambil makanan daripada saranan yang terdapat di keperluan harian
seperti di piramid makanan.
Waktu sahur
Sahur pula waktu makan yang penting dan ia diumpamakan seperti makan malam.
Digalakkan untuk mengambil makanan daripada semua jenis kumpulan makanan
seperti di atas.
Memandangkan waktu berpuasa yang panjang, makanan jenis karbohidrat kompleks
digalakkan diambil pada waktu sahur supaya dapat bertahan lebih lama dan
mengurangkan rasa lapar.
Karbohidrat kompleks ini terdapat di dalam makanan seperti bijirin dan
biji-bijian seperti bijirin mil penuh, nasi dari beras perang, oats, kacang dan
kekacang.
Sebaik-baiknya bersahurlah pada waktu pagi dan bukannya sebelum tidur untuk
mengelakkan waktu berpuasa yang lebih panjang.
Makanan yang mengandungi minyak dan lemak yang banyak, terlalu berempah dan
yang mengandungi gula yang banyak perlu dihadkan di bulan Ramadan.
Makanan ini boleh menyebabkan salah penghadaman dan peningkatan berat badan.
Masalah ini boleh diatasi dengan memakan makanan yang mengandungi serat yang
tinggi.
Makanan berserat tinggi akan menggalakkan tindakan otot yang lebih semasa
proses penghadaman dan mengelakkan peningkatan asid di dalam perut.
Diet yang perlu diambil pada bulan Ramadan tidaklah banyak berbeza dengan hari
biasa dan seelok-eloknya ringkas sahaja.
Ini dapat dilakukan agar berat badan yang sesuai dapat dikekalkan dan juga
dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.
Sekiranya individu itu mengalami berat badan yang berlebihan atau obes,
ambillah peluang ini untuk mengurangkan berat badan.
Pemakanan yang seimbang dapat mengawal paras kolestrol darah, mengurangkan asid
di dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah penghadaman yang lain.
Ia membolehkan umat Islam meneruskan cara hidup yang sihat dan aktif serta
dapat menghayati bulan Ramadan dengan lebih sempurna lagi
---------------------------------
Real people. Real questions. Real answers. Share what you know.
[Non-text portions of this message have been removed]
PENTING..!
attachment akan dihapus & tidak diteruskan kepada seluruh member.
dilarang beriklan. pelanggaran atas peraturan ini akan dikenai sanksi berupa
pencabutan membership.
terutama bagi pengguna ms outlook/outlook express, dihimbau untuk selalu
mengupdate antivirusnya.
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kisunda/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/kisunda/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/