Mufti Ahlusunnah; Muawiyah dan Abu Sufyan pencetus masalah umat Islam Mufti Ahlusunnah dakwa pencetus masalah umat Islam ialah Muawiyah dan ayahnya, Abu Sufyan
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang mufti Ahlusunnah, Syeikh Ahmad Kabisi mendakwa Muawiyah dan Abu Sufyan adalah pencetus masalah di kalangan umat Islam. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama saluran 1 televisyen Dubai. Mengenai golongan Wahabi yang bermati-matian membela Muawiyah, beliau berkata, "Golongan Wahabi membela Muawiyah dan menyerlahkan kecintaan padanya padahal ia pernah mengarahkan penghinaan ke atas Ali bin Abi Talib di atas minbar-minbar." Mufti ini juga turut bersumpah bahawa seluruh musibah yang menimpa umat Islam hari ini berpunca daripada Muawiyah dan ayahnya, Abu Sufyan. Syeikh Ahmad Kabisi turut menjawab soalan penonton, antara Ali dan Muawiyah yang manakah wajib diikuti. Beliau menjawab, "Jadilah pengikut Ali supaya anda dihimpunkan bersama beliau." Sejurus setelah tayangan wawancara bersama mufti ini, golongan Wahabi di Emirates berdemonstrasi menuntut stesyen televisyen tersebut ditutup. Syeikh Ahmad Al-Kabisi dikatakan berasal dari Iraq, memegang jawatan mufti dan menetap di Dubai. http://www.abna.co/data.asp?lang=15&id=306047
