Apa yang baik dari Ibnu Rusyd, silakan ambil. Dan apa yang buruk, jauhi! Ini mungkin salah satu pengertian yang bisa diambil dari kaidah, "Khudz ma shafa wa da' ma kadara". Moqsith
estananto <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Kak Fath, ini ada sedikit temuan dari internet... bahasa Melayu pula... Ibnu Rusyd termasuk ulama yang melarang perempuan jadi imam kaum lelaki? Menarik! Wassalaam, Nano http://mykelate.net/v1/index.php?s=d0aa58a1d7216309675aca324dcb0872&showtopic=2186&st=75&#entry68718 ni sedikit artikel bahawa ore tino tak leh jadi tok ime bagi ore jate apakah kita mesti memandang baik atau mulia atau mengiyakan tindakan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama salaf dan khalaf itu? Apakah kerana ada pandangan daripada Abu Thaur, Muzani dan Imam Thabari, maka ia terus boleh diterima dan tidak perlu dipandang dengan penuh kritikal? Apakah sandaran yang digunakan sarahah ( jelas ) dalam isu Solat Jumaat? Pertama kita perlu sedar bahawa hadis Ummu Waraqah tersebut berkisar kepada solat jemaah di rumahnya, bersama ahli keluarganya, dan bukan solat Jumaat di masjid, dewan, atau padang terbuka. Di situ telah ada perbezaan yang nyata. Kedua, hadis Ummu Waraqah tersebut turut diriwayatkan oleh Addaraqutni dengan satu lafaz tambahan ( ziadah ) iaitu nisa'. Ia berbunyi " nisa' ahli dariha. " Jadi terjemahan hadis tersebut ialah: Bahawasanya Nabi saw memberi keizinan kepadanya ( Ummu Waraqah ) untuk mengimami solat kaum wanita daripada kalangan keluarganya. ( Sila lihat Sunan Addaraqutni, bab solat jemaah, ahlinya dan sifat imam, 1/279, Kitab Mughni oleh Ibnu Qudamah, tahqiq oleh Abdullah bin Abdul Muhsin Atturki dan Abdul Fattah Muhammad, bab imam solat ( al-imamah ) 3/23 dan Kitab Fiqh Islami oleh Wahbah Zuhaili, 2/175. ) Ibnu Qudamah menyebut lima hujah di dalam kitabnya. Pertama hadis riwayat Ibnu Majah yang bermaksud, " Janganlah wanita mengimami kaum lelaki." Ia jelas larangan daripada Nabi saw supaya wanita tidak menjadi imam untuk lelaki. Walau bagaimanapun, hadis tersebut dianggap dhaif. ( Juga lihat Taudhihul Ahkam min Bulughil Maram oleh Syeikh Abdullah al-Bassam, 2/263. ) Namun Syeikh Bassam tetap menggunakan hadis ini untuk berhujah tidak harus bagi wanita mengimami kaum lelaki, sepertimana ianya digunakan juga oleh penulis Buluhgul Maram. Malah Syeikh Bassam menegaskan hampir-hampir wujud ijma' ulama terhadap hukum melarang wanita mengimami kaum lelaki. Ia menunjukkan golongan yang bercanggah adalah sedikit dan tidak boleh diambil kira. Kedua wanita tidak diharuskan menjadi muazzin kapada lelaki, maka lebih-lebih lagi tidak harus mengimami mereka. Ketiga tambahan lafaz atau kalimah nisa' itu wajib diterima dan ia boleh membawa natijah apa yang dilakukan oleh Ummu Waraqah hanya mengimami solat bagi kaum wanita daripada kalangan keluarganya sahaja. Keempat, oleh kerana terdapat azan pada hadis itu, maka solat tersebut adalah solat fardhu, dan beliau mendakwa tiada khilaf di kalangan ulama bahawa wanita sememangnya tidak dibenarkan mengimami solat fardhu kepada kaum lelaki. Manakala membenarkan hal tersebut pada solat sunat Tarawih oleh sesetengah ulama, dengan syarat wanita itu di belakang kaum lelaki, tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan hukum asal solat jemaah dan Tarawih tanpa ada sandaran dalil. Kelima, jika ditaqdirkan ( diambil kira ) ia dilakukan oleh Ummu Waraqah, iaitu mengimami lelaki dan wanita sekaligus, maka ia dianggap pengkhususan kepada beliau sahaja. Dalilnya ialah tiada wanita lain daripada kalangan sahabiat berbuat demikian selain beliau dan tiada dalil daripada Nabi saw atau sahabat tentang membenarkan perkara tersebut. Ibnu Rusyd di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menulis, " Sesungguhnya jumhur bersepakat melarang wanita mengimami lelaki kerana jika ia dibenarkan, sudah pasti akan sampai kepada kita khabar tentang perlaksanaannya dari zaman awal lagi ( zaman Nabi dan sahabat ) dan kerana sunnah bagi wanita ialah bersembahyang di belakang lelaki dan tidak harus berada di hadapan mereka. " tidak seharusnya ulama atau sesiapa sahaja berkata boleh melakukan perkara tersebut hanya kerana terdapat pandangan ulama silam yang membenarkannya, sedangkan ia boleh dipertikai lagi. para ulama berpandangan berdasarkan kepada dalil dan hujah. Jika perlu diambil kira kebiasaan masyarakat, tidak seharusnya isu ini ditimbulkan oleh Dr Amina hanya kerana ingin meletakkan martabat wanita lebih tinggi kononnya, atau mana-mana pihak di Malaysia dengan tujuan yang tidak jelas, sekadar memeningkan masyarakat dan tidak berfaedah. ______________________________________________________________________ http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups SponsorADVERTISEMENT --------------------------------- Yahoo! Groups Links To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/ To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. --------------------------------- Do you Yahoo!? Make Yahoo! your home page [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Help save the life of a child. Support St. Jude Children's Research Hospital's 'Thanks & Giving.' http://us.click.yahoo.com/mGEjbB/5WnJAA/E2hLAA/.DlolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> ______________________________________________________________________ http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
