Apa yang baik dari Ibnu Rusyd, silakan ambil. Dan apa yang buruk, 
jauhi! 
Ini mungkin salah satu pengertian yang bisa diambil dari kaidah, "Khudz 
ma shafa wa da' ma kadara".
 
Moqsith



estananto <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Kak Fath,

ini ada sedikit temuan dari internet... bahasa Melayu pula...
Ibnu Rusyd termasuk ulama yang melarang perempuan jadi imam kaum
lelaki? Menarik!

Wassalaam,
Nano

http://mykelate.net/v1/index.php?s=d0aa58a1d7216309675aca324dcb0872&showtopic=2186&st=75&#entry68718

ni sedikit artikel bahawa ore tino tak leh jadi tok ime bagi ore jate

apakah kita mesti memandang baik atau mulia atau mengiyakan tindakan
yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama salaf dan khalaf itu?
Apakah kerana ada pandangan daripada Abu Thaur, Muzani dan Imam
Thabari, maka ia terus boleh diterima dan tidak perlu dipandang dengan
penuh kritikal? Apakah sandaran yang digunakan sarahah ( jelas ) dalam
isu Solat Jumaat?

Pertama kita perlu sedar bahawa hadis Ummu Waraqah tersebut berkisar
kepada solat jemaah di rumahnya, bersama ahli keluarganya, dan bukan
solat Jumaat di masjid, dewan, atau padang terbuka. Di situ telah ada
perbezaan yang nyata.

Kedua, hadis Ummu Waraqah tersebut turut diriwayatkan oleh Addaraqutni
dengan satu lafaz tambahan ( ziadah ) iaitu nisa'. Ia berbunyi " nisa'
ahli dariha. " Jadi terjemahan hadis tersebut ialah: Bahawasanya Nabi
saw memberi keizinan kepadanya ( Ummu Waraqah ) untuk mengimami solat
kaum wanita daripada kalangan keluarganya. ( Sila lihat Sunan
Addaraqutni, bab solat jemaah, ahlinya dan sifat imam, 1/279, Kitab
Mughni oleh Ibnu Qudamah, tahqiq oleh Abdullah bin Abdul Muhsin
Atturki dan Abdul Fattah Muhammad, bab imam solat ( al-imamah ) 3/23
dan Kitab Fiqh Islami oleh Wahbah Zuhaili, 2/175. )

Ibnu Qudamah menyebut lima hujah di dalam kitabnya. Pertama hadis
riwayat Ibnu Majah yang bermaksud, " Janganlah wanita mengimami kaum
lelaki." Ia jelas larangan daripada Nabi saw supaya wanita tidak
menjadi imam untuk lelaki. Walau bagaimanapun, hadis tersebut dianggap
dhaif. ( Juga lihat Taudhihul Ahkam min Bulughil Maram oleh Syeikh
Abdullah al-Bassam, 2/263. ) Namun Syeikh Bassam tetap menggunakan
hadis ini untuk berhujah tidak harus bagi wanita mengimami kaum
lelaki, sepertimana ianya digunakan juga oleh penulis Buluhgul Maram.
Malah Syeikh Bassam menegaskan hampir-hampir wujud ijma' ulama
terhadap hukum melarang wanita mengimami kaum lelaki. Ia menunjukkan
golongan yang bercanggah adalah sedikit dan tidak boleh diambil kira.

Kedua wanita tidak diharuskan menjadi muazzin kapada lelaki, maka
lebih-lebih lagi tidak harus mengimami mereka. Ketiga tambahan lafaz
atau kalimah nisa' itu wajib diterima dan ia boleh membawa natijah apa
yang dilakukan oleh Ummu Waraqah hanya mengimami solat bagi kaum
wanita daripada kalangan keluarganya sahaja.

Keempat, oleh kerana terdapat azan pada hadis itu, maka solat tersebut
adalah solat fardhu, dan beliau mendakwa tiada khilaf di kalangan
ulama bahawa wanita sememangnya tidak dibenarkan mengimami solat
fardhu kepada kaum lelaki. Manakala membenarkan hal tersebut pada
solat sunat Tarawih oleh sesetengah ulama, dengan syarat wanita itu di
belakang kaum lelaki, tidak boleh diterima kerana ia bercanggah dengan
hukum asal solat jemaah dan Tarawih tanpa ada sandaran dalil.

Kelima, jika ditaqdirkan ( diambil kira ) ia dilakukan oleh Ummu
Waraqah, iaitu mengimami lelaki dan wanita sekaligus, maka ia dianggap
pengkhususan kepada beliau sahaja. Dalilnya ialah tiada wanita lain
daripada kalangan sahabiat berbuat demikian selain beliau dan tiada
dalil daripada Nabi saw atau sahabat tentang membenarkan perkara tersebut.

Ibnu Rusyd di dalam kitabnya Bidayatul Mujtahid menulis, "
Sesungguhnya jumhur bersepakat melarang wanita mengimami lelaki kerana
jika ia dibenarkan, sudah pasti akan sampai kepada kita khabar tentang
perlaksanaannya dari zaman awal lagi ( zaman Nabi dan sahabat ) dan
kerana sunnah bagi wanita ialah bersembahyang di belakang lelaki dan
tidak harus berada di hadapan mereka. "

tidak seharusnya ulama atau sesiapa sahaja berkata boleh melakukan
perkara tersebut hanya kerana terdapat pandangan ulama silam yang
membenarkannya, sedangkan ia boleh dipertikai lagi. para ulama
berpandangan berdasarkan kepada dalil dan hujah.
Jika perlu diambil kira kebiasaan masyarakat, tidak seharusnya isu ini
ditimbulkan oleh Dr Amina hanya kerana ingin meletakkan martabat
wanita lebih tinggi kononnya, atau mana-mana pihak di Malaysia dengan
tujuan yang tidak jelas, sekadar memeningkan masyarakat dan tidak
berfaedah.





______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 



Yahoo! Groups SponsorADVERTISEMENT


---------------------------------
Yahoo! Groups Links

   To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
  
   To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
  
   Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. 


                
---------------------------------
Do you Yahoo!?
 Yahoo! Small Business - Try our new resources site! 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Take a look at donorschoose.org, an excellent charitable web site for
anyone who cares about public education!
http://us.click.yahoo.com/O.5XsA/8WnJAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke