----- Original Message -----
From: Arland
To: [email protected] ; [email protected]
Cc: [EMAIL PROTECTED] ; Mencintai Islam2
Sent: Tuesday, December 27, 2005 7:31 AM
Subject: "IHYA' ULUMIDDIN" : KITAB ADAB BERUSAHA DAN MENCARI RIZKI (2/5)
INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
KITAB ADAB BERUSAHA DAN MENCARI RIZKI (2/5)
Melaksanakan keadilan dan menjauhi penganiayan dalam mu'amalah
Ketahuilah bahawasanya bermuamalah itu terkadang-kadang berlaku
atas dasar penganiayaan, sehingga orang yang menjalankan mu'amalah itu
terdedah kepada kemurkaan Allah Ta;ala. Dan penganiayaan yang membawa
kemudharatan kepada orang lain itu terbagi kepada bahagian yang bahayanya
menyentuh pihak umum atau orang ramai sekalian, dan bahagian yang
bahayanya
menimpa orang perseorangan saja.
BAHAGIAN PERTAMA: MU'AMALAH YANG BAHAYANYA MENYENTUH UMUM
Adapun mu'amalah yang membawa bahaya kepada sekalian orang
ramai
itu ada banyak, terutama sekali yang berikut ini:
(1) Penimbunan atau memonopoli: Orang yang menjual
barang-barang keperluan sehari-hari bila menimbun atau menahan
barang-barang itu dari penjualan untuk menunggu naik hartanya adalah
suatu
kezaliman secara umum yang mana agama mengutuk pelakunya, terutama sekali
pada masa kekurangan barang-barang makanan sedangkan manusia yang
memerlukannya semakin bertambah. Maka menahan penjualannya tentu sekali
akan menimbulkan banyak kesusahan kepada umum. Sebaliknya jika
barang-barang keperluan itu, sememangnya banyak dalam pasaran dan orang
ramai tidak menunjukkan semacam keperluan kepadanya, atau tidak mahu
membelinya melainkan dengan harga yang rendah, lalu tuan punya
barang-barang itu ingin menyimpannya sehingga meningkat semula harganya
dan niatnya bukanlah untuk menunggu masa kekurangan barang-barang itu,
maka yang demikian itu bukanlah dikira menimbun, dan ia tidak termasuk
dalam ketegori menyusahkan orang-orag ramai. Tetapi jika masa itu memang
masa kekurangan barang-barang keperluan, dan tuan punya barang-barang itu
berniat menahan penjualannya, maka dalam hal ini tentulah nyata
menimbulkan mudharat pada orang ramai dan yang demikian tidak syak lagi
hukumnya haram.
Meskipun keadaan tiada menampakkan mudharat, namun menimbun makanan itu
tetap tidak terlepas dari hukum makruh, kerana tujuan orang yang menimbun
itu ialah menantikan masa timbulnya bahaya, iaitu kenaikan harganya.
Manakala hukum menantikan masa timbulnya bahaya itu dilarang keras oleh
agama, sebagaimana menantikan adanya bahaya itu dilarang kerasa oleh
agama
sebagaimana menantikan adanya bahaya itu sendiri. Walau bagaimanapun,
peringkat-peringkat bahaya itu berbeda-beda kadarnya, menurut perbedaan
tingkatan-tingkatan makruh dan haram.
(2) Mengedarkan wang palsu dalam berjual beli atau
bertukar-tukar mata wang. Ini suatu penganiayaan kerana ia membahayakan
orang yang berjual beli, jika ia tiada mengetahui. Jika ia mengetahui
maka
ia telah menipu orang lain pula, sehingga mata wang palsu itu
bertukar-tukar tangan, dan tersebarlah mudharat itu di antara mereka yang
tentu sekali akan menimbulkan berbagai-bagai kerosakan. Dengan itu maka
dosa sekalian orang yang menyebarkan mata wang palsu itu balanya akan
kembali kepada dirinya, sebab dialah punca dosa tersebut sebagai orang
yang membuka pintunya.
Ada pendapat yang mengatakan, bahwa membelanjakan wang palsu itu lebih
berat dosanya daripada mencuri seratus dirham, kerana mencuri itu adalah
maksiat yang dilakukan sekali saja, dan perkaranya telah selesai dan
habis. Manakala membelanjakan wang palsu itu, mungkin sekali ia akan
menanggung dosanya, sehingga selepas ia mati sampai seratus atau dua
ratus
tahun, yakni sehinggalah rosak atau binasa wang palsu itu barulah
terputus
dosanya. Tambahan pula ia akan menanggung apa yang telah terkurang
daripada
harta benda orang lain yang mendapat wang palsu tersebut.
Alangkah bahagianya manusia yang bila mati, akan mati bersamanya semua
dosa-dosanya akan celaka yang tak sudah-sudah pula bagi manusia yang bila
mati, akan berterusan pula dosa-dosanya seratus tahun atau lebih dari
itu,
ditimpakan ke atasnya azab dalam kubur dan akan ditanya mengenainya
sehingga perkara itu tidak berlaku lagi.
Allah telah berfirman:
"Kami (Allah mencatat apa yang telah mereka lakukan terdahulu
dan kesan-kesan dari amalan-amalan mereka."
(Yasin: 12)
Maksudnya kami tuliskan juga segala yang terkemudian dari
kesan-kesan perbuatan mereka, sebagaimana kamu menuliskan yang terdahulu
daripadanya.
Allah telah berfirman lagi:
"Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa saja
amalan
yang dilakukan terdahulu dan terkemudian.
(al-Qiyamah: 13)
Maksudnya, sebenarnya diperkirakan di kemudian hari kesan
amalannya dari anjuran-anjuran yang tak baik, yang dilakukan oleh
orang-orang sesudah matinya.
Dalam mata wang yang palsu itu ada beberapa perkara yang harus
diperhatikan iaitu:
(1) Jika wang palsu itu dikembalikan kepadanya semula, maka
hendaklah ia membuangnya di dalam perigi supaya tidak terjatuh ke tangan
orang lain. Ingatlah jangan sampai ia menggunakan wang palsu itu semula
dalam perkara jual belinya yang lain. Jika ia mencacatkan wang itu
sehingga tidak laku lagi, tidak mengapa.
(2) Seorang peniaga hendaklah tahu membedakan antara mata
wanga yang tulen dengan mata wang yang palsu, supaya tidak tersalah ambil
lalu dia memberikannya pula kepada orang lain tanpa diketahui mata wang
itu sebenarnya palsu. Maka berdosalah ia kerana perbuatann itu,
disebabkan
kecuaiannya tidak mahu mempelajari mengenal mata wang. Sebab setiap
pekerjaan yang kalau diketahuinya dapat dijadikan bahan nasihat kepada
kaum Muslimin, wajiblah ia mempelajarinya.
(3) Jika seseorang mempunyai mata wang yang bulatannya
kurang besar dari bulatan mata wang negerinya, maka hendaklah ia
memberitahu orang yang bermu'amalah dengannya. Ataupun jika ia hendak
menggunakan juga, maka bolehlah diberikannya kepada orang yang ia
benar-benar mengetahui bahwa orang itu tidak akan menggunakannya lagi
kepada orang lain secara penipuan. Tetapi jika ia menyerahkan mata wang
itu kepada orang yang mengedarkannya lagi kepada orang lain, maka
penyerahannya samalah seperti menyerahkan kepada orang yang mahu
melakukan
kerosakan. Malah keadaanya samalah seperti menjual buah anggur kepada
orang yang hendak membuat arak. Hukum jual beli serupa itu adalah haram
dan dikira membantu dalam melakukan perkara yang salah dan dosa. Manakala
penjualannya disamakan seperti berkongsi dosa dengan pembeli yang membuat
arak itu. Memelihara diri dari tercebur ke dalam perkara-perkara serupa
ini dalam urusan perniagaan adalah lebih patut diberatkan daripada
memelihara amalan-amalan ibadat sunnat dan menyediakan diri untuk
melakukannya.
(Bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Clean water saves lives. Help make water safe for our children.
http://us.click.yahoo.com/YNG3nB/VREMAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/