INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

--------------------------------------------------------------------------------

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du... 

KITAB HALAL DAN HARAM (2/5)

Jenis-Jenis yang halal. 
        
                Ketahuilah bahwa keterangan yang halal dan yang haram itu dapat 
      dipelajari perinciannya di dalam kitab-kitan fiqh. Seorang murid tidak 
      perlu lagi kepada huraian yang lebih lengkap, sebab di situ telah pun 
      diterangkan mana-mana makanan yang telah difatwakan hukumnya sebagai yang 
      halal, dan ia tidak lagi perlu mencari makanan selain dari yang telah 
      ditentukan itu. Tetapi bagi orang yang memang sikapnya suka memakan 
      bermacam-macam makanan, maka sudah tentulah ia memerlukan untuk mendalam 
      ilmu agama yang menentukan mana yang dikatakan halal, dan mana pula 
      dikatakan haram.
                Kini kita suka menunjukkan satu kesimpulan dalam pokok 
      pembahagiannya; iaitu sesuatu benda itu menjadi haram kerana keadaan zat 
      benda itu sendiri, ataupun kerana sesuatu punca dalam cara 
memperolehinya. 

      Bahagian pertama: Adapun yang dikatakan haram kerana sesuatu 
      sifat pada zatnya ialah seperti arak, daging babi dan lainnya. Dan 
      keterangan selanjutnya, bahwasanya semua benda-benda yang dimakan yang 
      terdapat di atas muka bumi ini tidak terkeluar dari tiga bahagian: 
      (1)    Merupakan benda galian (ma'din) seperti garam dan tanah atau 
sebagainya. 
      (2)    Benda tumbuh-tumbuhan (nabati) 
      (3)    Binatang 
        
      BENDA GALIAN: 
                Adapun benda galian itu daripada berbagai-bagai bahagian bumi 
      dan segala yang keluar dari bumi, maka hukumnya tidak haram memakannya, 
      kecuali jika ia mendatangkan mudharat bagi orang yang memakannya atau 
      kerana pada sebahagiannya terdapat bahan-bahan yang sama seperti racun. 
      Pendekkata, jika roti sekalipun bila memudharatkan orang yang memakannya 
      tetap haram hukumnya. Begitu juga dengan tanah, jika ada orang yang biasa 
      memakannya tidak haram hukum memakannya, hanya diharamkan kerana ia boleh 
      memudharatkan pemakanannya saja. 
        
      TUMBUH-TUMBUHAN: 
                Segala tumbuh-tumbuhan tidak haram hukum memakannya, melainkan 
      yang mempunyai unsur-unsur yang boleh merosakkan akal fikiran ataupun 
      yang boleh memusnahkan kehidupan, atau menganggu kesihatan. Adapun yang 
      boleh merosakkan akal fikiran itu seperti ganja, arak dan segala 
      benda-benda yang boleh memabukkan. Yang memusnahkan kehidupan pula ialah 
      segala jenis racun. Dan yang mengganggu kesihatan ialah memakan ubat 
bukan 
      pada masa-masa yang ditentukan. Pokok pengharaman yang disebutkan ini 
      ialah disebabkan ia mendatangkan kemudharatan kepada diri, kecuali arak 
      dan benda-benda lain yang memabukkan, maka hukumnya tetap haram sama ada 
      ia diminum sedikit saja, atau pun memang orang yang meminumnya itu 
      biasanya tidak mabuk. 
        
      BINATANG
                Manakala binatang pula, maka is terbahagi kepada yang boleh 
      dimakan dan yang tak boleh dimakan. Keterangan lanjut mengenai 
      binatang-binatang ini ada disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh, sila 
rujuk 
      kepadanya. Hanya yang dikatakan binatang yang boleh dimakan itu, bila ia 
      disembelih dengan sembelihan yang ditunjuk oleh syariat, dengan 
      syarat-syaratnya yang ditentukan ke atas penyembelih, alat penyembelihan 
      dan tempat-tempat penyembelihan yang disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh.

      Binatang yang bukan disembelih menurut syarat-syarat syariat, ataupun 
yang 
      mati begitu saja, adalah haram memakannya dan dikira seperti bangkai, 
      sedangkan memakan bangkai itu, tidak halal, kecuali bangkai ikan dan 
      belalang saja.

      Bahagian kedua: Adapun yang dikatakan haram kerana punca 
      meletakkan tangan ke atasnya, yakni memperolehinya, terbahagi kepada dua 
      bahagian lagi:

      (1)               Sesuatu yang diperolehi tanpa ada pemiliknya, seperti 
      memperolehi galian dari tanah atau menghidupkan tanah yang mati, memburu, 
      mengutip kayu-kayuan, mengambl air dari sungai dan memotong rumput, maka 
      semua ini adalah halal dengan syarat segala yang diperolehi dari 
      benda-benda yang tersebut tadi tidak terkhusus kepunyaan seseorang, 
      tegasnya tidak ada pemiliknya yang sah.

      (2)               Sesuatu yang diperolehi secara paksa dari orang-orang 
      yang tiada dilindungi oleh hukum agama, seperti fa'i; iaitu harta 
pampasan 
      dalam peperangan atau, ghanimah; iaitu pembahagian harta yang diperolehi 
      dalam peperangan. Begitu juga dengan harta kekayaan orang-orang kafir 
yang 
      masuk berperang dengan kaum Muslimin. Maka harta benda-harta benda 
      seumpama itu semuanya halal bagi kaum Muslimin, setelah dikeluarkan 
      daripadanya seperlima bahagian sebagai zakatnya, kemudian boleh 
      dibahagikan-dibahagikannya kepada orang-orang yang berhak secara adil dan 
      jujur. Harta benda yang dirampas dari orang-orang kafir yang telah 
      dilindungi oleh Pemerintah Islam, atau yang telah diberikan keamanan dan 
      perjanjian oleh Pemerintah Islam, tidak halal untuk dimiliki, melainkan 
      harus dikembalikan kepada yang mempunyainya.

      (3)               Sesuatu yang diperolehi dengan jalan tukar-menukar 
      dengan syarat masing-masing, maka hukumnya halal juga dengan syarat harta 
      warisan yang akan diwarisi itu didapati dengan cara yang halal (bukan 
      haram). Harta warisan itu hanya boleh dibahagi-bahagikan, setelah 
      ditunaikan segala piutang si mati, dan sesudah djalankan wasiat yang 
      ditinggalkannya terlebih dulu. Manakala pembahagiannya kepada ahli waris 
      pula, mestilah dijalankan dengan adil menurut syariat; iaitu sesudah 
      dikeluarkan hak-ahak atas si mati, seperti haji yang wajib, zakat yang 
      belum dikeluarkan atas hartanya dan kaffarah (denda yang mesti dfibayar) 
      dan sebagainya.

      Masih ada lagi bahagian-bahagian yang lain, tetapii memadailah di sini 
      kami terangkan pokok-pokok yang penting saja. Walau bagaimanapun, perlu 
      bagi setiap murid mengetahui, bahwa segala yang dimakannya itu 
benar-benar 
      dari jurusan-jurusan yang diredhai Allah. Kalau tidak, maka sewajarnya 
dia 
      menanyakan seorang alim yang mengetahui tentang perkara itu. Awas jangan 
      sekali-sekali memberanikan diri membuat sesuatu dengan kajahilan, sebab 
      sebagaimana orang alim itu akan disoal: Mengapa engkau telah menyalahi 
      ilmumu bila melakukan sesuatu, maka orang jahil juga akan disoal: Mengapa 
      engkau tetap dalam kejahilanmu dan tidak mahu belajar, sesudah engkau 
      mengetahui bahawasanya: Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim.

(Bersambung)
        


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Clean water saves lives.  Help make water safe for our children.
http://us.click.yahoo.com/CHhStB/VREMAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke