INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)

--------------------------------------------------------------------------------

Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du... 

KITAB HALAL DAN HARAM (3/5)

Tingkatan halal dan haram 
        
                Ketahuilah, bahawasanya yang haram itu semuanya jelek, tetapi 
      setengahnya lebih jelek dari setengah yang lain. Begitu juga keadaannya 
      dengan yang halal semuanya baik, tetapi setengahnya lebih baik dari yang 
      setengah, bahkan lebih suci dari setengah pula. Sebab itulah maka darjat 
      kewara'an orang yang menjauhkan diri dari yang haram itu 
      bertingkat-tingkat pula keadaannya. Ada empat tingkatan, iaitu:
        
      (1)               Wara' dengan menjauhkan diri dari segala perkara haram 
      yang difatwakan oleh para fuqaha.
      (2)               Wara' dengan menghidarkan diri dari perkara yang 
syubhat 
      kerana takut kemungkinannya berasal dari yang haram.
      (3)               Wara' terhadap perkara yang tiada samar lagi tentang 
      penghalalannya, tetapi dikhuatiri akan menarik kepada yang haram; iaitu 
      seperti meninggalkan perkara yang harus dilakukan.
      (4)               Wara' melakukan sesuatu yang sememangnya tidak ada 
      apa-apa yang menghalangnya atau tidak berdosa, akan tetapi dilakukannya 
      atau diperolehinya bukan kerana Allah dan tidak pula atas niat bertaqwa 
      kepada Allah, atau menguatkan diri untuk beribadat kepadaNya.

      Diceritakan suatu peristiwa dari Ibnu Sirin, bahwasanya ia telah menolak 
      untuk menerima dari kongsinya wang sebanyak 4,000 dirham, kerana 
terlintas 
      di dalam hatinya bahwa orang itu tidak bersih, meskipun para alim ulama 
      dalam zamannya telah bersepakat mengatakan bahwa tidak ada apa-apa yang 
      harus diragukan tentang wang tersebut.

      Peristiwa yang lain diceritakan oleh setengah orang, bahwa seorang ahli 
      salaf harus menerima hutanganya sebanyak 100 dirham dari seseorang yang 
      berhutang. Apabila hutang itu mahu diselesaikan, dia hanya menerima 99 
      dirham saja, dibiarkan satu dirham yang balik pada si putang, kerana 
      dikhuatiri barangkali dengan menerima secukupnya 100 dirham itu nanti 
      terdapat kelebihan dari hak yang mesti diterimanya.

      Ada setengah mereka pula, bila dalam perniagaan, mereka sentiasa menerima 
      kurang sebutir dalam timbangan dan bila menjual mereka sentiasa 
melebihkan 
      sebutir pula.

      Di antaranya ada pula yang menjaga betul-betul tentang barang-barang atau 
      relakan oleh orang, sama ada yang berupakan kelebihan atau kekurangan, 
      kerana jika telah direlakan memanglah halal hukumnya. Tetapi dikhuatiri 
      cara begitu akan membuka pintu, atau menjadi tabiat baginya untuk membuat 
      perkara yang serupa kepada orang lain, sehingga tabiat itu menjadi biasa 
      pula; iaitu bila memberi suka mengurangkan dan bila menerima suka 
      dilebihkan. Dengan begitu, tak dapat tidak jiwanya akan jauh dari 
bersifat 
      wara'.

      Membicarakan tentang kewara'an lagi, ada setengah orang sampai enggan 
      mengambil debu dari tembok rumahnya sendiri, bila rumah itu sewaan, 
kerana 
      dikhuartiri dia tiada berhak di atas debu itu.

      Pernah diceritakan dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pada suatu masa 
      ketika beliau menyukat minyak wangi bagi kaum Muslimin, beliau menutup 
      hidung supaya tidak tercium baunya. Setelah selesai menyukat, beliau lalu 
      berujar kepada orang ramai di situ: Ya bukankah minyak wangi itu tidak 
ada 
      manfaatnya selain dari baunya saja.

      Cerita yang lain tentang kewara'an ialah ada seorang yang sedang menunggu 
      orang yang sakit tenat, lalu pesakit itu pun meninggal dunia pada 
malamnya. 
      Maka berkatalah orang yang menunggu itu tadi: Kini matikanlah lampu-lampu 
      yang ada, kerana lampu-lampu dan minyaknya sekarang telah berpindah milik 
      kepada para waris.

      Yang lain lagi ialah mengenai peristiwa al-Hasan bin Ali r.a. ketika 
masih 
      kecil, telah memakan sebiji kurma sedekah, maka Rasulullah s.a.w. pun 
      mengorek mulutnya seraya berkata: Kakh.Kakh, yakni keluarkan ia. 
keluarkan 
      ia!

      Pernah diceritakan sebelum ini bahwa Saiyidina Abu Bakar as-Siddiq telah 
      memuntahkan susu yang diberi minum oleh hamba sahayanya, semata-mata 
      kerana ia hasil upah dari ramalan yang dibuatnya oleh hamba sahayanya 
itu. 
      Beliau telah melakukan itu kerana takut perutnya dimasuki sesuatu yang 
      haram, ataupun yang haram itu akan menambah kekuatan dalam badannya, 
      padahal bila meneguknya beliau tiada mengetahui sumber minuman itu dari 
      mana, dan menurut hukum tidak wajib memuntahkannya semula. Akan tetapi 
      membersihkan perut dari segala yang jelek itu adalah suatu sifat wara' 
      para siddiqin.

      Sebagai kesimpulan mengenai perkara yang dibicarakan ini maka setiap kali 
      seseorang hamba itu menjaga diri dengan tegas dari yang diragukan 
      kebersihannya, setiap itulah bebanannya akan menjadi ringan kelak di Hari 
      Kiamat, dan ia akan terjauh dari neraca kejelekan, manakala neraca 
      kebajikannya akan menjadi lebih berata pula.

      Kini anda telah mengetahui kedudukan yang sebenarnya, maka terserahlah 
      kepada anda untuk membuat pilihan. Anda boleh mengambil sikap 
berhati-hati 
      dan memelihara diri, ataupun boleh juga mengambil sikap mempermudah dan 
      meringankan. Tetapi sebaliknya hendaklah anda berjaga-jaga kalau perkara 
      itu bagi kepentingan diri sendiri dan tak mengapalah dipermudahkan kalau 
      perkara itu menyentuh kepentingan orang lain.

(Bersambung)
        


[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Clean water saves lives.  Help make water safe for our children.
http://us.click.yahoo.com/CHhStB/VREMAA/E2hLAA/.DlolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan 
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus 
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke: 
[EMAIL PROTECTED] 
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke