INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
Kitab Adab Pergaulan, Persaudaraan Dan Persahabatan (10/15)
(7) HAK KEUNGGULAN JANJI DAN IKHLAS.
Arti keunggulan di sini, ialah berdiri teguh atas cinta yang
berterusan, hingga menemui maut, kemudian yang hidup akan meneruskan
kecintaan itu terhadap anak buah si mati dan para sahabatnya. Sebab
maksud
cinta itu, ialah supaya berpanjangan hingga ke Hari Akhirat. Jika
cintanya
terputus sebelum mati, niscaya akan sesialah amalan dan hilanglah segala
usaha.
Diceritakan dari Rasulullah s.a.w., bahwa baginda pernah
memuliakan seorang perempuan tua, lalu para sahabat bertanya sebabnya.
Jawab baginda: Perempuan tua ini selalu datang ke rumah kami di waktu
haya
Siti Khadijah, dan sesungguhnya kemuliaan janji itu dari agama.
Termasuk arti keunggulan kepada kawan ialah memelihara sekalian
rakan-rakan dan sanak-keluarganya yang menggantungkan kehidupan mereka
kepadanya. Mengambil berat tentang hal-ehwal mereka ini lebih berkesan
dalam hati kawan itu daripada mengambil berat tentang dirinya sendiri. Ia
akan berlonjak gembira kerana ada orang yang mengambil tahu tentang
kesusahan para tanggungannya yang mana itu menunjukkan pula tanda
kukuhnya
kasih sayang dan cinta seorang kawan kepada kawannya.
Apabila seseorang itu berkasih sayang pada jalan Allah jangan
biarkan kasih sayang itu bercampur aduk dengan dengki dan hasad baik
dalam
perkara agama ataupun dunia. Bagaimana hatinya sampai tergamak
mendengkinya, padahal segala yanga ada dalam tangannya itu, adalah untuk
kawannya dan segala manfaat dan maslahat akan kembali kepada kawannya,
Dengan contoh serupa inilah Allah s.w.t telah mensifatkan
orang-orang yang bercinta pada jalan Allah dengan fimanNya:
"Mereka tiada menyimpan keinginan dalam hati, terhadap apa yang
diberikan kepada mereka, dan mereka mengutamakan orang lain dari diri
sendiri." (al-Hasyr: 9)
Jika ada keinginan di dalam hati, tentulah ada iri hati dan
perasaan dengki.
Termasuk dalam arti keunggulan lagi ialah: Janganlah keadaannya
berubah dalam perhubungan dengan sahabatnya andaikata ia mendapat
pangkat,
atau luas pengaruhnya, ataupun tinggi kedudukannya. Meninggikan diri ke
atas rakan-rakan kerana sebab-sebab tersebut tadi adalah sifat yang
tercela. Lihat apa kata penyair dalam maksud ini:
Manusia budiman bila dalam kemewahan sentiasa teringat kawan yang
bersamanya dalam rumah yang buruk.
Selanjutnya hendaklah anda ketahui, bahawasanya pengertian
keunggulan itu bukanlah bila anda menyetujui rakan anda menjejaki jalan
batil dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama yang suci, malah
hendaklah anda menentangnya serta menasihatinya kerana Allah.
Sebagai tanda kebenaran dan keikhlasan dalam persahabatan serta
keunggulan dalam diri, hendaklah anda merasa berat bila hendak berpisah
dengan kawan, tidak dapat ditanggung oleh diri biar apa pun sebabnya.
Kata
seorang penyair:
Semua bencana zaman dapat kutanggung
Hanya berpisah dengan kekasih saja berat padahnya.
Ibnu Uyainah menyajak, katanya: Pernahku bergaul dengan sepuak
kaum yang kini telah kuberpisah dengan mereka selama 30 tahun. Tetapi
hasrat perpisahan itu masih belum hilang lagi dari hatiku.
Antara tanda keunggulan lagi, agar ia tiada mengendah
percekcokan orang dan segala percekcokan orang lain terhadap kawannya,
ataupun berkawan dengan musuh kawannya.
Berkata Imam Syafi'I rahimahullah: Apabila kawanmu sudah
mentaati kehendak musuhmu maka kedua-duanya telah bersyarikat dalam
permusuhanmu.*
* Aku berkata: Alangkah indahnya apa yang diucapkan oleh Ibnul
Muqaffa' dalam kitab ad-Durratul Yatimah bab 'kawan' mengenai kedudukan
ini, katanya: Jika kau lihat kawanmu bersama musuhmu, janganlah kau
merasa
marah terhadapnya, kerana ia ketika itu adalah salah satu dari dua orang:
Pertama: Andaikata ia seorang yang boleh dipercayai, niscaya ia merupakan
sebaik-baik kawan yang boleh memberi faedah kepadamu disebabkan
terdekatnya kepada musuhmu. Jika ada bahaya yang dirancangkan oleh
musuhmu
dapat ia menghalangnya, jika ada keburukan dapat ia menutupnya; jika ada
rahasia dapat ia memberitahumu. Adapun kawan itu apalah yang boleh
menguntungkan kamu, bila ia berkawan dengan hanya orang-orang
kepercayaanmu saja?
Kedua: Andaikata ia seorang kawan yang tidak rapat denganmu, maka dengan
apa jalan engkau hendak menahannya dari berkawan dengan orang ramai, atau
engkau hendak memerintahnya supaya jangan berkawan atau menghampiri,
melainkan orang yang engkau tunjuk saja.
Kata-kata ini adalah sangat baik untuk dijadikan tauladan yang boleh
menarik musuh kepada menginsafkan dirinya.
(Bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/