INTISARI KITAB
Mau'izhatul Mu'minin min
"IHYA' ULUMIDDIN"
==Hujjatul Islam Al Imam Al Ghazali==
(Bimbingan Mu'min dari Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama)
--------------------------------------------------------------------------------
Bismillah, Walhamdulillah Wassholatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Washohbihie Waman Walaah
amma ba'du...
Kitab UZLAH (Menyendiri) Dan Pergaulan (5/6)
Merendah diri.
Tawadhu' atau merendah diri itu adalah darjat paling utama
sekali
bagi manusia. Ini tidak akan berlaku, selagi dia menyendiri atau duduk
berjauhan dari orang ramai. Mungkin seseorang itu lebih suka beruzlah
atau
memencilkan diri dikernakan beberapa sebab misalnya:
(1) Kerana sudah terlalu tua umurnya.
(2) Kerana khuatir dirinya tidak diberikan penghormatan
dalam satu-satu keramaian atau tidak dikedepankan.
(3) Kerana dia merasakan dirinya akan lebih dihormati, bila
dia menjauhkan diri dari bercampur gaul dengan orang ramai.
(4) Kerana dia menganggap bahwa memencilkan diri itu akan
lebih meyakinkan orang ramai dalam kerja-kerja ibadatnya atau
keuzuhudannya atau sebagainya.
Tanda orang-orang ini ialah mereka lebih suka diziarahi oleh orang ramai,
tetapi mereka sendiri tidak suka menziarahi orang lain. Mereka merasa
senang sekali, bila orang-orang umum datang untuk mendekatkan diri kepada
mereka, apatah lagi kalau yang datang pula orang-orang yang berpangkat,
maka hatinya akan terus berlonjak-lonjak kegembiraan. Kalaulah kerana
terlalu sibuk menguruskan diri sendiri itu yang menyebabkan mereka tidak
suka bercampur gaul dan terus memencilkan diri dari orang ramai, tentulah
mereka tidak ingin pula orang ramai datang menziarahi mereka. Yang
sebenarnya sebab pemencilan diri dan uzlah mereka itu, adalah kerana
hendak menguruskan kedatangan orang ramai kerana hati mereka terpikat
oleh
pandangan orang ramai terhadapnya dengan penuh penghormatan dan sanjungan.
Ketahuilah, bahwa uzlah dan pemencilan diri kerana sebab-sebab serupa
ini,
adalah suatu kejahilan dan kebodohan dan boleh ditinjau dari beberapa
segi
seperti berikut:
(1) Bersifat tawadhu; dalam percampuran gaulan dengan orang
ramai, tidak sama sekali mengurangkan kedudukan atau darjat orang yang
merasa sombong dan congkak, disebabkan banyak ilmunya atau mendalam
agamanya.
(2) Orang yang suka menonjol-nonjolkan diri untuk
mendapatkan keredhaan orang ramai, dan memancing kepercayaan mereka
kepadanya, adalah orang yang ditipu oleh kemegahan diri sendiri. Sebab
kalaulah ia telah mengenal Allah dengan sebenar pengenalan dam makrifat,
tentulah ia akan maklum bahwa semua makhluk tidak dapat memberikan
apa-apa
manfaat kepadanya dalam sesuatu perkara selain dari Allah. Dan
bahawasanya
semua bahaya dan manfaat itu adalah dalam kekuasaan Allah dan takdirNya,
malah untuk memperoleh keredhaan manusia sepenuhnya, adalah seperkara
yang
sukar untuk dicapai. Oleh yang demikian maka keredhaan Allah itu adalah
lebih utama dituntut.
Kerana hal ini jugalah maka Imam Syafi'I telah berkata kepada Yunus vin
Abdul A'la: Demi Allah! Apa-apa yang saya katakan kepadamu ini, ialah
sebagai nasihat semata-mata. Ingatlah, tidak ada jalan untuk mencapai
keselamatan dari mana-mana manusia pun. Oleh kerana itu, maka hendaklah
engkau teliti baik-baik, apa yang boleh mendatangkan kemaslahatan bagimu
hendaklah engkau lakukan.
Kalau begitu, barangsiapa yang sengaja memencilkan dirinya di dalam
rumah,
dengan tujuan agar orang ramai dapat memandangnya dengan pandangan penuh
kepercayaan dan I'tikad, adalah dalam bahaya yang besar di dalam dunia,
kemudian azab di akhirat pula kan menunggunya dan azab lebih besar
kiranya
mereka mengetahui.
Kesimpulannya: Tidakkah dipandang baik menguzlahkan diri atau duduk
berpencilan seorang diri menghabiskan masa, kecuali kalau kerana tujuan
mempelajari ilmu pengetahuan, sekira-kira jika ia bergaul dengan orang
ramai niscaya semua masanya akan hilang, dan banyak pula bahaya lain yang
akan timbul.
(Bersambung)
[Non-text portions of this message have been removed]
______________________________________________________________________
http://www.numesir.org untuk informasi tentang Cabang Istimewa NU Mesir dan
KMNU2000, atau info-info seputar Cairo dan Timur Tengah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami berharap Anda selalu bersama kami, tapi jika karena suatu hal Anda harus
meninggalkan forum ini silakan kirim email ke:
[EMAIL PROTECTED]
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/kmnu2000/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/