Assalamualaikum kepada sekalian Roh Yg Masih BerJasad,
Tinggalkan
dunia sementara ye. Mate bagi yang tidak buta semestinya dapat membaca
taipan aku ini dan semestinya dapat melihat objek yg ada
disekelilingnya. Cuba alihkan pandangan anda seketika pada sesuatu
objek, apakah yg anda pandang itu ? Apakah bentuknya ? Apa ? Bulat ?
Bulat macam Bola ? Ok.. Cuba anda lukis apa yg anda pandang sebentar
tadi, atas sebuah kertas. Masih lagi anda katakan apa yg anda pandang
pada lukisan anda sendiri tadi adalah bola kan ? Kalau anda lukis
bolalah, kalau anda lukis mende lain, ikut pandai andalah.. Hahaha...
Tgk bola, lukis ikan, peliklah tu... Aik ? Tersenyum depan skrin
komputer ? Rilekss.....
Jadi, aku tekankan di sini, setiap objek ada lukisannya.
Ok.. Serius. Rendahkan kening anda, jgn muncung pulak. Tapi tak
bolehkan ? Kalau rendahkan kening, mesti muncung nak keluar. Hahaha...
!! Selingan.... Aku pulak tak serius. Ok serius.
Jadi, siapakah pencipta lukisan bentuk tubuh badan kite ? Jawapannya yg PASTI
adalah ALLAH tetapi mana LUKISANnya ? Pernahkah anda melihat bentuk asal
lukisan tubuh badan kite ?
Sepanjang
perjalanan aku, aku pernah terbaca, terdengar dan mendengar bahawa
sebelum jasad Nabi Adam dicipta, cahaya Nabi Mhmd sudah pun tercipta.
(aku skiplah kisah ni ye... panjang kisahnya).
Huruf Jawi.
Mesti anda semua tahu, tapi apakah rahsia yg ada disebalik bentuk
huruf² jawi tersebut ? Kenapa ianya berbentuk sedemikian rupa ?
Misalnya, huruf LAM berbentuk seperti mata kail pancing. Tak tahu ?
Pergi beli sekarang dan tgk... isk isk.. Ok selingan tu..
Pernah
juga aku bertanya pada seseorang yang arif ilmu agama tentang bentuk
huruf-huruf ini tetapi jawapannya agak membantutkan keinginanku utk
mengetahui. Tetapi tidak mengapalah, lain orang, lain ilmunya. Seperti
kata pujangga IMAN TIDAK DAPAT DIWARISI. Aku pasti, mesti ada seseorang yg
mengetahui tentang hakikat bentuk huruf-huruf ini. Kerana apa ? Allah
mematikan ulama-ulama atau org yg dikehendakiNya kerana Ilmu yg ada pd
seseorang itu (kite citer topik lain ye bab ini). Bayangkanlah, nak mati pun
masih ada org kat tepi kita duk ajar mengucap 2 kalimah syahadah. Itulah ilmu
utk akhirat. Tak pernah dengar pulak, org nak mati, kita duduk kat tepi dia
pastu cakap, kau pergilah dulu, makanlah dulu sebelum pergi sana, kirim salam
aku kat arwah ayoh, tok ngan nenek sekali ye.. tak ada, tak ada... yg pernah
aku dengar, diajar mengucap 2 kalimah syahadah.
Berbalik
kita pada bentuk huruf tadi. Kenapa huruf ini tidak digunapakai
sekarang ni ? Maksud aku, seluruh dunialah, inilah satu-satunya huruf
yg turun dari langit. Sebaliknya kita menggunakan huruf yg diciptakan
oleh Yahudi. Jawapan ada pada sejarahnya.
Nabi 'MHMD'. Ejaan dalam huruf rumi 'MuHaMmaD' ttp dlm huruf jawi, MIM, HAA,
MIM, DAA.. Itu hanya sebutan dan baris-barisnya bagaimane pule bentuk huruf
MIM, huruf HAA, huruf DAA ? Saudara/saudari semua mesti dapat gambarkannya kan
? Sy percaya saudari/saudara semua ada ilmu pengetahuan masing².
Lama sudah aku berfikir mengenai lukisan asal bentuk tubuh manusia
ini.
Aku mencari kebenaran tersebut dan akhirnya aku temui jawapannya.
Waaahh.. Saat itu gembiranya hati ini kerana Allah menunjukkan pada aku
apa yang ingin aku ketahui walaupun sedikit tapi ianya adalah pintu utk
mengetahuinya lebih lanjut. Hampir sepanjang perjalananan hidup aku,
memerhatikan tulisan 'mim,haa,mim,daa'
ini di mana-mana tetapi bentuk tulisan yg aku lihat tidak dapat
menunjukkan pada aku apa yg aku sedang cari. Akhirnya suatu hari, aku
cuba menulis sendiri tulisan ini dgn tgnku yg masih berfungsi dan
berulang kali aku menulisnya sambil di hati berkata 'mesti ada ketersiratannya
disebalik tulisan ini' .
Paaap !!! Aku menepuk lantai kayu rumah bondaku sambil menjerit kegembiraan,
"Ya Allah, Engkau telah menampakkan aku !!!".
Dibawah ini, aku tunjukkan bentuk lukisan tgn aku sendiri. Tentu
saudara/saudari sekarang sudah nampak apa yg aku fikirkan sebelum ini.
'MIM,HAA,MIM,DAA' - MUHAMMAD.
Aku
bermain-main dgn tulisan aku ni. Aku pusing tulisan ini kekiri (jawi
bacaannya dari kanan ke kiri) dgn sudut pusingan 90 darjah. Setelah
pusingan itu aku lakukan, aku dapati tulisan yg aku tulis tadi
berbentuk manusia !!!. Lihat gambar dibawah.
Sejak
dari itu, aku terus mencari hubungan tulisan ini dgn kehidupan
seharian-harian. Aku fikir mengapa hampir semua dirumah org Islam ada
digantung tulisan ini. Mengapa ??? Apakah ianya hanya sebagai hiasan atau
suruhan ? Atau ada sebab lain yg tersirat. Wollohuallam....
Setelah didirikan tulisan itu, aku dapati, MIM pertama adalah mewakili
kep...@akal kita, HAA
mewakili tangan kita, MIM kedua adalah perut tempat dimana kita
menerima makanan dariNya (secara hakikat,ha...@haram) dan DAA mewakili
kaki. Tersenyum puas aku tika itu. Tapi apakah yg aku perolehi ini ada benarnya
?
Aku cari, aku cari, aku jumpa
org tua, aku tanya tanpa segan silu kerana nafsuku terhadap ilmu
membuak-buak ibarat air tanakan nasi yg sedang mendidih di dalam periuk
di mana airnya berbuih-buih seperti ingin keluar dari periuk. Akhirnya,
lama perjalananku, aku ketemu jawapannya disebuah pondok usang 'org
tua' di atas sebuah bukit (tempatnya terpaksa kurahsiakan). Kata orang
tua tersebut, dalam sembahyang kita sering menyebutnye di dalam tahiyat
iaitu mengucap 2 kalimah syahadah.
Aku b'tanya lagi ' Adakah 'asyhadu anna muhammadarrosullulloh ?' Org tua
berkata ' Iye
hamba Allah, ianya seakan membawa maksud aku muhammad tetapi bukan kita
ini muhammad !!! Jgn saloh faham katenye lagi. Roh kita ini
mengingatkan kita bahawa kita ini adalah dari cahaya (nur)
muhammad.Haaa mcm tu..' sambil dia tersenyum padaku.
Terangnya
lagi, dalam diri kita ada cahaya (nur) nabi muhammad, jadi apa yg kita
lafazkan itu adalah peringatan dari roh kita sendiri terhadap jasad
kita bahawa roh kita berasal dari cahaya nabi muhammad. Ya Allah,
begitu tersirat penerangannya sehingga meremang bulu romaku. Tapi
bagaimana serapan lafaz itu kita nak sampaikan ke dalam lubuk hati kita
? Dapatkah kita merasai akan rasa lazat itu dengan setiap kali
mendirikan solat ? Setiap orang rasanya tidak sama, cuma bentuk kelakuannya
sahaja yg sama. Saudara/saudari bercakaplah dengan roh (hati) saudara/saudari.
Kini,
apa yg aku perhatikan dengan bebola mataku yg dikurniakan olehNya utk
melihat adalah apabila aku terpandang manusia, aku ternampak tulisan
jawi Nabi Muhammad, bila org mengatakan 'Al-Quran Bergerak', aku
ternampak lagi tulisan Nabi Muhammad. Kemana sahaja aku pergi, inilah
yg aku nampak. Aku pandang org berpangkat, org kaya, org miskin,
apa-apa org lagi, inilah yg aku nampak iaitu tulisan 'MIM,HAA,MIM,DAA'
bergerak-gerak di atas alam ini. Tersenyum sendiri aku bila nampak
kekasih Allah ada pada bentuk tubuh manusia.
Maka
Benarlah, Nabi Muhammad adalah rahmat utk seluruh alam. Walaupun
baginda sudah wafat, namun tulisan baginda masih 'hidup'. Berselawatlah
kalian semua...
Kisah ini hanya menyentuh bentuk lukisan manusia sahaja. Bagaimana pula tulisan
ini 'hidup' ??? .. Ada masa yg diizinkan dan aku masih hidup, akan kuceritakan
lagi....Semoga aku dan kalian yang membaca mendapat petunjuk dan hidayah
dariNya..
Akhir
kata maaf dariku, penaip tulisan yg tidak bertauliah ini jikalau ada
kekurangan dan kesilapan tatabahasa yg anda tidak fahami.
Sekian untuk kali ini... Musafir Maya....
** Perjalanan : Kun Musafir Maya
[Non-text portions of this message have been removed]