--- On Wed, 3/25/09, Juan Ek Halim <[email protected]> wrote:
From: Juan Ek Halim <[email protected]>
Subject: Perbandingan Cawan Dan Kolam
To:
Date: Wednesday, March 25, 2009, 7:11 PM


��?Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? ��?lelaki itu 
berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan
ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan
kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati
padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas
ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam
dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya.
Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai
menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki
tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai
sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, ��?bagaimanakah 
boleh ku nikmati hidup begitu juga? ��?. Lalu, dia terus
berperi kepada lelaki tua tersebut.
Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil
tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi
sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus
garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
��?Anak muda��?��?lelaki tua itu bersuara .

��?Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. 
��?ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan
diambil…air diisi…dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata
lagi.

��?Sekarang kamu minumlah air tersebut ��? Dalam bingung yang masih bersisa, 
lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

��?Apa rasanya? ��? tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki 
tersebut.

��?Masin! ��?lelaki tua itu tersenyum lagi.

��?Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan 
kamu hiruplah airnya. ��?
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya
mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan
dan dihirup.

��?Apa rasanya, anakku? ��?soal lelaki tua itu.

��?Tawar, tidak masin seperti tadi ��? lelaki muda itu menjawab sambil mengelap 
mulut.

��?Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu
tadi? ��?tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki
tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk
bahu lelaki tersebut.
��?Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu
umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang
mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi,
kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah
itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita
sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih
boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk
menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita
muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada
kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa
membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara
lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan
sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak
mampu menanggung diriku sendiri ��?.





[Non-text portions of this message have been removed]

Kirim email ke