Menjaga Alatan Pancing
Cara terbaik menjaga peralatan pancing supaya tahan lama ialah 'mencuri' 
masa sewaktu balik dar aktiviti memancing dengan mencuci ataupun melakukan 
servis ringkas untuk semua peralatan yang digunakan ketika memancing. 
Mungkin tidak semestinya sebaik saja sampai di rumah kerana 
biasalah�keletihan selepas trip memancing , tapi inilah masa terbaik 
sebelum air masin atau sebarang benda asing yang lain meresap ke dalam 
bahagian peralatan atau sebelum ianya kering dan melekat pada peralatan. 
Paling senang yang ramai pemancing lakukan ialah mandi 'bersama' joran dan 
kekili selepas memancing.

Kekili
pastikan system tegangan (drag) dan gelendung kekili diketatkan sebelum 
membilas denganair. Ia bertujuan mengelakkan air dari memasuki dalam badan 
kekili (housing). Membilas terutama selepas
digunakan di laut bertujuan membuang kesan garam yang terlekat pada 
peralatan yang boleh mempercepatkan karat pda bahagian tertentu.
Biarkan ia kering seketika. Lapkan sekiranya terdapat lebihan air terkumpul.

Apabila ianya kering, longgarkan ia kembali drag dan gunakan WD-40 untuk 
menyembur bahagian yang bergerak terutamanya pengayuh, bahagian dalam 
geglung tali dan sebagainya yang dirasakan perlu.
Sekiranya tida WD-40 , anda boleh gunakan minyak singer sebagai alternatif. 
Harganya murah di pasaran tempatan. Longgarkan drag kekili pada tahap 
minimum sebelum anda menyimpannya. Paling tidak,
minyak gris perlu ditukar untuk menjamin keberkesanan dan ketahanan gear 
itu sendiri. Jangan sekali rendam kekili dalam air sama ada air masin 
mahupun tawar.

Joran
joran yang digunakan tidak terkecuali untuk dibilas dan dicuci setiap kali 
selepas trip memancing. Ramai yang berbangga menggunakan cincin SiC yang 
tahan karat dan terbaik, namun saya biasa jumpa cincin
jenis ini juga berkarat dan rupanya macam kurap! Kadangkala empunya joran 
lupa mencuci kotoran yang terlekat di celah - celah kaki cincin terutama 
yang kecil. Kotoran ini mempercepatkan tindak balas oksidasi
yang akhirnya membentuk karat pada cincin. Pemegang joran perlu disental 
dengan air sabun atau syampu lembut untuk menanggalkan kesan bau yang tidak 
menyenangkan. Sapukan lilin pada penyambung besi supaya ia senang 
ditanggalkan dan mengeluarkan bunyi 'pop' setiap kali dicabut keluar.



Mata kail
Paling baik ,jangan campurkan mata kail yang sudah digunakan bersama- sama 
mata kail baru. Karat akan mudah merebak pada mata kail yang lain 
terutamanya jenis tidak tahan karat. Asingkan dalam tempat khas
sekiranya ingin digunakan lagi. Kalau tidak, buang saja. Bagi mata kail 
yang sudah terpakai dan kurang tajam , dapatkan kikir halus ( handfile) dan 
asah saja bahagian depan. Kertas pasir juga boleh digunakan sebagai 
alternatif. Simpan barang ini bersama kotak pancing kerana ia mudah dibawa 
dan masa kita memerlukan adalah tidak menentu.
Untk penjimatan , anda disyorkan menggunakan mata kail tahan karat. Ia 
tahan lama dan boleh digunakan berulang kali. Saya lebuh gemar menggunakan 
mata kail Gamakatsu yang tahan lasak serta tahan karat.
Anda perlu sedar bahawa harga mata kail naik berlipat ganda. Terus terang 
saya katakana , harga mata kail memang mahal , sebentuk mata kail sampai 
mencecah angka RM 1 lebih. Maknanya kita kena bijak
menggunakannya

Peralatan Sampingan
kalau menggunakan playar yang murah jenis berkarat , ia hendaklah dicuci 
setiap kali memancing dan gunakan WD- 40 pada sembur bahagian tengahnya. 
Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian bergerak dan lap 
karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau 
lancar pergerakkannya , barulah boleh simpan untuk trip akan dating. Untuk 
playar jenis logam tahan karat
(stainless steel) memadai kita semburkan WD- 40 pada bahagian tengah 
bahagian bergerak tersebut. Pisau , pemotong dan apa saja alatan yang 
digunakan ketika memancing tidak terkecuali untuk dicuci. Sama juga kotak 
pancing, sekali - sekala keluarkan semua yang ada di dalam dan bersihkan ia 
terutama kesan karat yang ada dalam kotak- kotak kecil di dalamnya.

Tali Pancing
Tangsi pada gelendung perlu diperiksa sekali - sekala terutama sebelum 
turun memancing. Gelendung tali perlu dijirus dengan aiur bersih supaya air 
masin tidak terkumpul dan membentuk lapisan garam di dalam gelungan tali. 
Tali kelihatan bersih dan akan melancarkan pergerakannya sewaktu keluar 
dari gelendung. Sekiranya terdapat tali yang dah calar, buang saja dari 
mengelakkannya ianya putus sewaktu di padang pancing. Nanti ramai yang 
menyesal apabila tali putus tiba-tiba ketika bertarung dengan ikan besar. 
Jangan sama sekali menarik tali sangkut dengan joran. Tarik tali sangkut 
dengan tangan kadang kala boleh mencederakan. Paling sesuai bagi saya 
ketika menarik tangsi tersangkut ialah menggunakan koyan kecil yang kosong. 
Calar bermakna kekuatan tali sudah menurun , akhirnya putus akan mengambil 
alih ketika pemancing tidak mahu kehilanagn hasil. Alamak ruginya!


--------------------------------------------------------------------------------

Produk daripada Tica
"WOI!!! Siapa nak cuba kekili baru ni?" Seorang kawan yang baru balik dari 
SEA TACKLE melambakkan barang yang disumbangkan. Melihat kekili sudah tak 
berselera, namanya pula Tica dai China. Melangkah malas saya menuju ke 
mejanya dan membelek-belek barang baru tersebut supaya tak dikatakan 
sombong. Ambil satu yang paling kecil tanpa memilih dulu kerana tak ada 
'rasa' untuk mencubanya.

Seminggu selepas itu saya melawat padang pancing haruan dan entah macam 
mana kekili yang saya tidak sukai tersebut boleh terbawa.
Setelah mendapat 3 ekor haruan menggunakan tali 15 paun , saya bertukar 
selera kepada tali yang lebih kecil. Tidak ada kekili yang cemik sebelum 
ini yang dimuatkan tali 6 paun. Balingan pertama yang saya buat tidak ada 
sambutan tetapi karauan yang lembut mengasyikkan saya untuk mambaling lagi. 
Sedap juga melayan kekili ini kerana getaran yang diberikan seakan tidak 
terasa. Getaran tetap ada tetapi tidak kuat, mengkin masih baru.

Sehingga senja saya asyik mebaling dan menyimpan tali tanpa memikirkan ikan 
kerana rintangan yang diberikan gelendung serta pertolongan 3 alas bola 
amat menggiankan. Sebelum balik seekor haruan
1.4 kg menyambar umpan. Susupan ikan melalui rumput rampai menggetarkan 
hati tetapi dengan kawalan yang baik serta kekili yang tegap, ikan ini 
berjaya dinaikkan. Seperti menepuk air ke dulang barulah saya mengambil 
berat kekili tersebut. Malangnya , dalam ramai kawan - kawan , ada yang 
berkenaan. Dia ambil dulu baru mintak!
Selepas itu tidak ada model baru yang saya lihat sehinggalah Sea Tackle 
menjemput untuk menghadiri pelancaran barangan Tica pada bulan lepas.

Sebelum ini kita hanya mendengar barangan yang diimport dari Sweden, Jerman 
, Jepun dan banyak lagi. Kalau adapun dari negara tembok besar ini adalah 
barangan negara lain tetapi dikeluarkan di China. Sea
Tackle sebagai pengedar tungga jenama ini berusaha untuk mendapat tempat di 
hati rakyat Malaysia setelah eksport Tica di Amerika Syarikat serta 
Australia mencapai tahap penjualan yang menggalakkan.

Jenama baru ini akan menggunakan teknologi terkini sebagai satu kelebihan 
dalam persaingan dan sentiasa mereka bentuk sesuatu yang unik dan baru 
dalam dunia pancingan. Joran dan kekili adalah senjata utama yang dibawa 
masuk walaupun pengeluarannya merangkumi segala peralatan untuk dunia 
pancingan. Tica berasal dari syarikat EverWinner Industrial Fishing yang 
beribu pejabat di Taiwan dan
berpengalaman selama 34 tahun. Selepas itu ibu pejabatnya berpindah ke 
Shanghai, China pada tahun 1989.

Pada mulanya ia beroperasi sebagai pengilang kepada jenama yang terkenal 
dan melakukan kerja-kerja rencam berkenaan pengeluaran joran dan kekili. 
Pengalaman - pengalaman sebagai pembekal kepada syarikat berjenama adalah 
asas Tica untuk mengeluarkan jenama tersendiri.
Selain itu, kilangnya adalah paling lengkap kerana segala-segalanya dibuat 
dibuat dibawah satu bumbung tanpa perlu dibawa keluar ke kilang lain. 
Kerana inilah ia berupaya mengeluarkan barangan yang murah tetapi 
spesifikasinya amat lengkap, tahan lama serta moden.

Sehingga hari ini Tica telah mengeluarkan 80 model kekili pelbagai siri dan 
140 jenis joran. Ia adalah perkembangan yang bermula semenjak 1997 apabila 
kekili serta joran yang dikeluarkan adalah lebih cantik dan tidak 
ketingglan juga dilengkapi rotor seimbang, sistem tegangan mulit stop, 
sistem anti kekusutan dan balanced handle. Setiap kekili baru yang 
dikeluarkan mestilah melepasi standard yang telah ditentukan pengurusan 
Tica dan setiap tahun terdapat peningkatan dan penciptaan peralatan yang 
khas untuk
kegunaan kita semua.

Source : pancing & rekreasi club


---------------------------------------------------------------------
Millis ini terselengara berkat dukungan PT. KreatifNet - The WebDesign Company
http://www.kreatif.com
To unsubscribe, e-mail: [EMAIL PROTECTED]
For additional commands, e-mail: [EMAIL PROTECTED]

Website mancing-l at http://www.MancingL.com  --> Fishing information, online chat, 
forum discusion, clasifiedads, etc
MancingL Archive at http://www.mail-archive.com/[email protected]

** Save Bandwidth... potong berita yang tidak perlu **







Kirim email ke