kepada sahabat sekalian...


Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah 
kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula 
ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya 
ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada 
seseorang....  setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga 
hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... 
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat 
melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada 
takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar 
keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia 
masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima la seadanya....
janganlah kamu
terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu tinggalkan dia sedangkan
jika kamu
memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....


---------------------------------------------------------------------

To unsubscribe, e-mail: [EMAIL PROTECTED]

Website mancing-l at http://www.MancingL.com  --> Fishing information, online chat, 
forum discusion, clasifiedads, etc  
MancingL Archive at http://www.mail-archive.com/[email protected]
Fishing@Indonesia a MancingL sharing picture forum at 
http://communities.msn.com/FishingIndonesia

Millis ini terselengara berkat dukungan PT. Metrocom Global Solusi
  The Prefered IT Solution Company - http://www.metrocom.co.id

** Save Bandwidth... potong berita yang tidak perlu **


Kirim email ke