--- In [EMAIL PROTECTED], akmal jiwa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
wanita Indonesia direman seminggu . Beri makan sepanjang mangsa
disimpan
'PENJAGA ' NURIN DITAHAN
Oleh UMAVATHI RAMAYAH
KUALA LUMPUR 29 Sept. -- Seorang wanita warga Indonesia yang
dipercayai bertanggungjawab memberi makan kepada Nurin Jazlin
Jazimin sepanjang tempoh mangsa 'disimpan', ditahan polis di bazar
Ramadan, Nilai, Negeri Sembilan berhampiran pasarraya besar Giant,
tengah malam tadi. Penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang
ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak
malang itu kini lima orang. Pengarah Jabatan siasatan Jenayah Bukit
Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee ketika dihubungi mengesahkan
penahanan itu.
Wanita yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual pakaian itu
juga akan disiasat sama ada dia merupakan wanita berbaju merah dan
berseluar biru yang dirakam oleh kamera litar (CCTV) di lokasi
penemuan mayat Nurin Jazlin. Rakaman itu memaparkan wanita
berusia dalam lingkungan awal 20-an berada paling hampir dengan
tempat mayat mangsa ditemui. Sumber memberitahu, sebaik ditahan
pada kira-kira pukul 12 tengah malam oleh sepasukan polis dari
Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur bersama
polis daerah Petaling jaya, wanita itu terus dibawa ke Bukit Aman
untuk siasatan.
Polis turut merampas dua buah telefon bimbit serta lima
keping kad SIM daripada wanita berkenaan. Sumber itu memberitahu,
siasatan awal mendapati wanita yang ditahan itu tidak mempunyai
pasport atau dokumen perjalanan lain. "Kita tahan wanita itu cuma
untuk membantu siasatan. Saya harap semua orang terutamanya media
bersabar dan memberi laluan kepada polis untuk menyiasat kes ini,"
katanya yang enggan mengulas lebih lanjut.
Pada kira-kira pukul 12 tengah hari ini, wanita yang memakai
baju berwarna kuning serta berseluar coklat itu tiba di pekarangan
Mahkamah Majistret Petaling Jaya, dekat sini. Bagaimanapun, wanita
tersebut tiba-tiba rebah di pintu masuk mahkamah sehingga memaksa
polis memapahnya masuk ke dalam mahkamah. Majistret Maimunah Aid
kemudian mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari
bermula hari ini mengikut seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kelmarin, polis menahan lima orang berusia 27 hingga 33
tahun termasuk sepasang suami isteri dalam beberapa serbuan di Shah
Alam pukul 11.30 malam sebelum membebaskan wanita itu selepas
keterangannya direkodkan. Sementara itu, Bernama melaporkan,
wanita yang ditahan itu membuat beberapa panggilan telefon kepada
Rakan Cop untuk mengetahui perkembangan dalam tugas polis mengesan
kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ketika itu masih
hilang.
Sumber polis berkata, siasatan awal menunjukkan wanita
berumur 23 tahun itu menggunakan sekurang-kurangnya lima kad SIM
(Modul Pengenalan Pelanggan) dan dua telefon bimbit untuk membuat
panggilan itu serta menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepada
Rakan Cop. Dia juga dipercayai menghubungi Jazimin Abdul Jalil,
bapa Nurin Jazlin, ketika kanak-kanak itu mula hilang dan
memberitahu bahawa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya, kata sumber
itu. Ketika menahan wanita itu, polis merampas dua telefon bimbit
dan empat kad SIM, kata sumber itu. bagaimanapun, tanpa disedari
polis, wanita itu meletakkan satu kad SIM, di bawah lidahnya.
Sumber itu berkata, wanita terbabit cuba menelan kad SIM itu,
dipercayai mengandungi maklumat berhubung panggilan yang dibuatnya
kepada Jazimin, semasa dia dibawa ke mahkamah tengah hari ini bagi
mendapatklan perintah tahanan bagi menyaman ke atasnya selama tujuh
hari. Ketika itulah dia rupa-rupanya tercekik kad itu
dan hampir pengsan, kata sumber itu lagi.
Bernama difahamkan pegawai penyiasat ASP Loh Pei Pei
kemudian membawa wanita terbabit ke Pusat Perubatan Universiti
Malaya bagi mengeluarkan kad SIM itu. Polis turut membawa wanita
berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang ini untuk
diambil darahnya bagi tujuan ujian DNA. Hubungan wanita itu dengan
empat suspek lelaki yang ditahan semalam masih belum dipastikan.
Nurin Jazlin dilaporklan hilang selepas dia bersendirian ke pasar
malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini pada 20
Ogos.
Pada 17 September, mayatnya yang tidak berpakaian dijumpai
dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di hadapan sebuah lot kedai
di Petaling Jaya. Dia juga mengalami penderaan seksual.
-MINGGUAN MALAYSIA, Ahad 30 September 2007/18 Ramadan 1428.
Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
--- End forwarded message ---