Khabar ajaib, seorang wanita Mongolia yg terpelajar telah ditembak dan dibom
mayatnya menggunakan lebih dari satu bom, mungkin menggunakan peledak paling
canggih di Malaysia, juga mungkin hanya dipunyai oleh pasukan polis. Buat
masa ini baru seorang suspek ditemukan, beliau adalah seorang penganalisis
politik yg masih muda, namun tuduhan belum lagi dikemukakan di mahkamah.
Ajaibnya ia berlaku di Malaysia negara Islam Hadhari, dan mangsanya wanita
Mongolia mungkin baru memeluk Islam?! Bapa menaruh harapan Altantuya masih
hidup
SHAARIIBU MASH-MUJ.
---------------------------------
PETALING JAYA 11 Nov. Bapa Altantuya, model Mongolia yang dipercayai
dibunuh kejam masih sukar mempercayai kejadian yang menimpa anaknya dan menaruh
harapan bahawa anak sulungnya itu masih hidup.
Shaariibu Mash-Muj, 56, yang merupakan pengarah di Pusat Informasi dan
Pendidikan, Universiti Antarabangsa Mongolia berkata, selagi keputusan ujian
profil asid deoksiribonukleik (DNA) belum mengesahkan penemuan cebisan daging,
tulang dan rambut di Empangan Tasik Subang milik Altantuya, beliau berharap
anaknya akan pulang.
Saya rasa dia masih hidup. Sukar mempercayai seorang anak yang baik seperti
dia telah tiada, katanya yang hanya boleh berbahasa Mongolia dan Rusia pada
sidang akhbar di pejabat Konsul Kehormat Kedutaan Mongolia di Malaysia, Datuk
Syed Abdul Rahman Alhabshi di sini hari ini.
Dia yang kelihatan tidak begitu sihat ditemani oleh anak saudaranya, Amy,
20-an, yang juga bertindak sebagai jurubahasa.
Shaariibu tiba di Malaysia kelmarin ditemani Amy, bersama anak mangsa,
Altanshagai, 16 bulan, dan seorang lagi bapa saudara mangsa bagi membantu
siasatan polis terhadap kes berkenaan.
Bagaimanapun, Altanshagai tidak turut sama pada sidang akhbar tersebut.
Menurut Amy, anak mangsa itu tidak berapa sihat dan sedang menjalani rawatan.
Shaariibu bagaimanapun enggan mengulas soalan berhubung cucunya dan status
hubungan Altantuya dengan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda.
Dia hanya memberitahu, kali terakhir berjumpa Altantuya ialah pada 7 Oktober
lalu.
Shaariibu menambah, beliau cuba menghubungi anaknya beberapa kali melalui
telefon bimbit sejak dilaporkan hilang.
Kami berjanji akan menjawab segala pertanyaan mengenai Altantuya dan anaknya
selepas ujian DNA mengesahkannya, kata Amy bagi pihak bapa saudaranya.
Bagaimanapun, Amy mengakui bahawa dia pernah berjumpa Abdul Razak beberapa
kali namun enggan menyatakan tempat pertemuan.
Shaariibu turut mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia atas
perlindungan yang diberi sepanjang berada di negara ini dan berharap siasatan
terhadap kes tersebut dijalankan secepat mungkin.
Setakat ini saya berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan, ujar beliau.
Dalam pada itu, Syed Abdul Rahman yang turut hadir pada sidang akhbar itu
berkata, beliau dimaklumkan oleh polis bahawa ujian DNA tersebut mengambil masa
sekurang-kurangnya seminggu sebelum keputusan dikeluarkan.
Beliau turut meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi
sehingga siasatan terhadap kes itu selesai dijalankan.
Selasa lalu, polis menemui mayat yang dipercayai seorang model dari Mongolia,
Altantuya Shaariibu, dalam keadaan berkecai di tepi Empangan Tasik Subang.
Cebisan tulang dan daging mangsa yang dipercayai dibunuh dua minggu lalu
dikatakan berselerak di tepi empangan itu akibat diletupkan dengan bahan
peledak.
Mangsa yang tiba di negara ini pada 8 Oktober lalu dilaporkan hilang oleh
rakan karibnya, Namiraa Gerelmaa, 22, di Balai Polis Jalan Travers pada 20
Oktober lalu.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.