Adab makan          dan minum           
          1. Berusahalah dengan      hati-hati untuk mencari makanan yang 
halal. 
          Allah . berfirman,      “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di 
antara rezki yang baik-baik      yang Kami berikan kepadamu.” (Al-Baqarah: 
172). 
          Yang baik di sini artinya yang halal.  
          2. Makan dan minum      diniatkan agar mampu beribadah kepada Allah, 
sehingga bernilai ibadah serta      mendapat pahala.  
          3. Cuci tangan sebelum      dan setelah makan, dan bersihkan mulut 
terutama jika hendak menuju sholat.  
          4. Hendaklah merasa      puas dan rela dengan makanan dan minuman 
yang ada, dan jangan sekali-kali      mencelanya. Abu Hurairah z menuturkan, 
“Rasulullah n sama sekali tidak      pernah mencela makanan. Apabila beliau 
suka sesuatu ia makan dan jika tidak,      maka beliau tinggalkan.” (Muttafaq 
’alaih).  
          5. Jangan makan sambil      bersandar atau dengan keadaan meniarap. 
Rasulullah n bersabda; “Aku tidak      makan sambil bersandar”. (HR. 
Al-Bukhari).  
          Ibnu Umar z menuturkan:      “Rasulullah n melarang dua tempat makan, 
iaitu duduk di meja tempat minum      khamar dan makan sambil meniarap.” (HR. 
Abu Daud, dishahihkan oleh Al-Albani).       
          6. Jangan menggunakan      bejana emas dan perak. Nabi S.a.w 
bersabda, “….. dan janganlah kamu minum      dengan menggunakan bejana yang 
terbuat dari emas dan perak, dan jangan pula      kamu makan dengan piring yang 
terbuat darinya, kerana keduanya untuk mereka      (orang kafir) di dunia ini 
dan untuk kita di akhirat kelak.” (Muttafaq      ’alaih)  
          7. Mulailah makan dan      minum dengan membaca bismillah dan 
diakhiri dengan alhamdulillah. Rasulullah      n bersabda, “Apabila seorang di 
antara kalian makan, hendaklah menyebut nama      Allah . dan jika lupa 
menyebut nama Allah . di awalnya maka hendaklah      mengatakan: Bismillahi fi 
awwalihi wa akhirihi.” (HR. Abu Daud dan      dishahihkan oleh Al-Albani).  
          Dan mengakhiri dengan      Hamdalah, Rasulullah n bersabda, 
“Sesungguhnya Allah sangat meredhai hamba      yang apabila telah memakan suatu 
makanan ia memuji-Nya dan apabila meminum      minuman ia pun memuji-Nya.” (HR. 
Muslim).  
          8. Makanlah dengan      tangan kanan dan mulailah dari yang ada di 
depanmu.  
          Rasulullah n bersabda      kepada Umar bin Salamah, “Wahai anak muda, 
sebutlah nama Allah dan makanlah      dengan tangan kananmu serta makanlah apa 
yang di dekatmu.” (Muttafaq ’alaih).       
          9. Makanlah dengan      tiga jari dan menjilati jari-jari itu sesudah 
makan. Ayah Ka`ab bin Malik      menuturkan, “Rasulullah n makan dengan tiga 
jari dan beliau menjilatinya      sebelum mengelapnya.” (HR. Muslim).  
          10. Ambillah makanan      yang terjatuh dan buang bahagian yang kotor 
lalu memakannya. Rasulullah n      bersabda, “Apabila suapan makan seorang dari 
kamu jatuh hendaklah ia      memungut dan membuang bahagian yang kotor, lalu 
makanlah ia dan jangan      membiarkannya untuk syetan.” (HR. Muslim).  
          11. Jangan meniup      makan yang masih panas atau bernafas di saat 
minum. Ibnu Abbas menuturkan,      “Bahawasanya Nabi n melarang bernafas pada 
bejana minuman atau meniupnya.”      (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh 
Al-Albani).  
          12. Makanlah      secukupnya, jangan berlebih-lebihan. Rasulullah n 
bersabda, “Tiada tempat      yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seseorang 
daripada perutnya. Cukuplah      bagi seseorang beberapa suap saja untuk 
menegakkan tulang punggungnya;      jikapun terpaksa, maka sepertiga untuk 
makanannya, sepertiga untuk      minumannya dan sepertiga lagi untuk bernafas.” 
(HR. Ahmad dan dishahihkan      oleh Al-Albani).  
          13. Sebagai tuan rumah      jangan melihat wajah tamu yang sedang 
makan, tundukkan pandangan, agar tidak      mengganggu perasaan mereka.  
          14. Jangan memulai      makan jamuan jika di dalam majlis ada orang 
yang lebih berhak memulai,      seperti yang lebih tua atau mempunyai 
kedudukan. 
          15. Jangan melakukan      hal-hal yang menjijikkan, seperti 
memasukkan tangan ke bejana, atau      mendekatkan kepala ke tempat makanan di 
waktu makan, atau membicarakan      perkara-perkara yang menjijikkan.  
          16. Jangan minum      langsung dari bibir bejana (wadah air). Ibnu 
Abbas z berkata, “Nabi n      melarang minum dari bibir bejana wadah air.” (HR. 
Al-Bukhari).  
          17. Minumlah sambil      duduk, kecuali jika berhalangan. Sahabat 
Anas menuturkan, “Bahawa      sesungguhnya Nabi n melarang minum sambil 
berdiri.” (HR. Muslim). No. 2023,      Ahmad 11775, At Tirmidzi No. 1879 Abu 
Daud: 3717 Ibnu Majah 3424, Ad Darimi:      2127.  
          18. Dahulukan makan      sebelum shalat jika anda telah lapar. 
Rasulullah n bersabda:  
          “Tidak sempurna shalat      dengan datangnya makanan dan tidak pula 
jika seseorang menahan dua hadats”      (HR. Muslim:560, Ahmad: 
          23646, Abu Daud; 89)  
          19. Dahulukan makan      dari tepi piring jangan dari atas atau 
tengahnya (HR. Abu Daud; 3772, Ahmad;      2435; At Tirmidzi; 1805, Ibnu Majah; 
3277, Ad Darimi; 2036, 2046 dari Ibnu      Abbas z.  
          20. Jangan mengambil      terlalu banyak bila makan bersama orang 
lain, kecuali jika atas izin kawan      dalam jamuan itu. (HR. Al Bukhari; 
2455, Muslim; 2045, Ahmad; 5027, At      Tirmidzi; 1814, Abu Daud; 3834, Ibnu 
Majah; 3331, dari Syu’bah dari Jablah      z.  
          21. Tunggulah makanan      yang masih panas, jangan dimakan sampai 
hilang wap panasnya kerana itulah      yang lebih besar barokahnya. (HR. Ad 
Darimi; 2047, Ahmad; 26418, dari Asma      bin Abu bakar z.  
          22. Disunnahkan bagi      tuan Rumah atau yang memberi minum untuk 
minum terakhir setelah giliran para      tamu. (HR. Muslim; 681, Ahmad; 22041, 
At Tirmidzi; 1894, Ibnu Majah; 3436,      Ad Darimi; 2135 dari Qatadah z.  
          23. Diizinkan makan      sambil berbicara yang baik, mensyukuri dll. 
(lihat riwayat Imam Ahmad “Adab      Syariah 3:163)  
          24. Disunnahkan makan      sambil berkumpul (HR. Muslim No. 2059, 
Ahmad; 13810, At Tirmidzi; 1820, Ibnu      Ma-jah; 3254, Ad Darimi; 2044, dari 
Jabir bin Abdullah c. 
           


       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke