1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda ," Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3.Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6.Syurga itu di bawah telapak kaki
ibu.
7.Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan
atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab,
maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan
ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji
dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya
akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah
dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua
ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.
12.Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab
Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab
Rasulullah SAW, "Ibunya."
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam
syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin
dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya
1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
18.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi
satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, makaAllah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah SWT