+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Suami saya adalah
serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai
perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.Selama 3
tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui
bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu
telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui
saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami
saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan
kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang
ideal.
Suatu hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya kepadanya,bahawa saya inginkan penceraian.
"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut."Siti letih, Abang tidak pernah
cuba memberikan cinta yang saya inginkan."Dia diam dan termenung sepanjang
malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu,
padahal tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah,
seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya."Apa yang Abang
boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam
dan menjawab dengan perlahan."Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya
di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai
sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan
lakukan untuk Siti?"Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan
jawapannya esok."Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan...
'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu,
tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya."
Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik di
komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor,Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu
Siti untuk memperbaiki program tersebut."
"Siti selalu lupa membawa
kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya
boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika
pulang."
"Siti suka jalan-jalan di Shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti
kunjungi,Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang
lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."
"Siti selalu
sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang
harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal
itu."
"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan
Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar
yang Abang alami."
"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu
tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan
memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah.
Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya
wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk
mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."
"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh
mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."
"Untuk itu sayang,
jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup
bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata
lain yang dapat membahagiakan Siti."
Airmata saya jatuh ke atas
tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha
untuk terus membacanya lagi.
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca
jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan
Abang tinggal di rumah ini,tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang
sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."
"Tetapi, jika
Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah,
bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun. Segera mata memandang
pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada
orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta,
di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang
kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. -- AzaZack
**********************************************************************
This email and any files transmitted with it are confidential and
intended solely for the use of the individual or entity to whom they
are addressed. If you have received this email in error please notify
the system manager:
[EMAIL PROTECTED]
**********************************************************************