Note: forwarded message attached.
Yahoo! Messenger
- Log on with your mobile phone!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/mymasjid/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
--- Begin Message ---
http://www.terasmelayu.org/jawatankuasa_bertindak_menyokong.htm
JAWATANKUASA
BERTINDAK MENYOKONG PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
SYARIAH
5/2/05
KENYATAAN MEDIA BERSAMA
JANGAN PERSOAL
BIDANGKUASA JABATAN AGAMA ISLAM.
Kami membantah dengan keras cadangan
Pengarah Sisters in Islam (SIS), Zainah Anwar yang mencadangkan
supaya penguatkuasaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dibawah
bidangkuasa Jabatan Agama Islam ditangguh sehingga satu kajian menyeluruh
berdasarkan Perlembamgaan dan ajaran Islam berkaitan rang undang-undang
itu dilakukan.
Sikap dan pendirian SIS itu yang
mempersoalkan perlaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang syariah oleh
Jabtan Agama Islam adalah pendirian yang jelas mencabar Enakmen Undang
Syariah yang sedia ada di negara ini.
Kami mempersoalkan siapa SIS
untuk mendakwa "kebanyakan peruntukan dalam enakmen itu tidak mempunyai
asas dalam teori dan amalan perundangan Islam". Dengan mengatakan Enakmen itu
didakwa "melanggar jaminan asas yang diperuntukkan dalam Perlembagaan
Persekutuan " kami berpendirian bahawa SIS terang-terangan mencabar
perlaksanaan undang-undang Syariah dan bersikap anti-Syariah.
Apakah
asas dan sandaran dalil serta dari sumber yang berotoriti yang mana diguna
oleh SIS untuk mendakwa demikian? Adakah SIS bermaksud bahawa
undang-undang Syariah dan Islam yang mereka mahu dan yang hanya mengikut
selera mereka itu sahajalah yang benar?. Adakah hanya dengan tafsiran dan
pendapat Islam dan syariah mengikut kehendak SIS sahaja yang
dianggap tepat?
Kami membantah keangkuhan SIS yang sudah sekian
lama cuba mempengaruhi kerajaan mengenai Islam dan undang-undang Islam
yang bagaimana yang harus dilaksanakan di negara ini.
Kami berpendapat
SIS tidak mempunyai hak dan aotoriti untuk membahaskan perlaksanaan
undang-undang Islam di negara ini kerana sikapnya yang sering menentang
dan memadang serong apa sahaja bidangkuasa yang diperuntukan kepada
Jabatan Agama Islam.
Kami mendapati bahawa dakwaan SIS menuduh
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah sebagai sebuah "undang-undang yang
digubal untuk menghukum atau menyakiti orang apabila ia mengatur kesedaran
, kepercayaan agama dan kehidupan peribadi seseorang" adalah mencabar
dengan jelas undang-undang yang telah diluluskan pihak Dewan Perundangan
Negeri serta menghasut orang ramai mempersoal dan membenci undang-undang
tersebut.
SIS dengan jelas menonjolkan niat dan fahamnya yang mahu
Islam tafsiran mereka sahaja yang boleh diamalkan.dan mahu carahidup bebas
atas nama hak asasi dijadikan polisi Islam di negara ini. Kami
berpendapat atas nama Islam pada nama organisasi SIS, ia cuba menonjolkan
bahawa ia adalah badan Islam dan menyuarakan tentang sikap Islam yang mereka
mahu dengan menolak seluruh tafsiran Islam mengikut rujukan yang
muktabar.
Sikap SIS mengenai ini jelas dalam dakwaannya
"Ukuran seperti ini menyokong usaha ke arah mewujudkan masyarakat
"bermoral" menerusi cara yang cetek dan dangkal dengan menentukan polisi
tentang apa yang mereka pakai serta mana, bagaimana dan dengan
siapa meraka bersosial pada waktu lapang" dianggap melanggar jamainan asas
yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Dengan yang
demikian kami berpendirian SIS secara terang-terangan dengan angkuh mencabar
undang-undang Islam yang selama ini telah digubal dengan asas ilmu dan
melalui sumber berotoriti oleh pelbagai pemikir dan pengamal undang-undang
Islam di negara ini.
Kami berpendapat SIS telah menghina seluruh
institusi undang-undang syariah di negara ini serta seluruh agensi-agensi
Islam yang ada di negara ini kerana mengguna asas fahaman Islam yang tidak
secocok dengan sikap liberal dan kebaratan yang dipegang oleh SIS selama
ini..
Kami menuntut agar pihak berkuasa mendakwa SIS kerana telah
mencabar Enakmen Kesalahan Jenayah Undang-undang Syariah dan telh
mengelirukan fahaman Islam dikalangan orang ramai seperti yang selama
ini telah diperakui oleh pihak kerajaan mengenai undang-undang
Islam.
Kami juga menuntut agar pihak berkuasa mengawal sebarang
perbincangan secara terbuka dan tidak beretika berkaitan pelaksanaan
undang-undang syariah oleh pihak-pihak yang cuba mengelirukan
masyarakat awam tanpa ia dirujuk dahulu kepada pihak yang mempunyai
autoriti dan bertanggungjawab keatas hal ehwal agama Islam di negara
ini.
Syeikh Abu Bakar Hj.Awang Yang Dipertua Persatuan Ulama
Kedah(PUK)
Dato' Syeikh Azmi Hj.Ahmad Pengerusi Instituit
Penyelidikan dan Pengembangan Syariah Malaysia(ISRA)
Hj.Abdul Ghani
Shamsuddin Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau
Asia(SHURA)
Prof.Madya Dr.Wan Salim Mohd Nor Yang
DiPertua Persatuan Ulama Cawangan Pulau Pinang.
Hj.Mohd Azmi Abdul
Hamid Presiden TERAS
Hafiz Mustaff Lubis Pengerusi Nadwah
guru-guru Sekolah Agama Rakyat (NADWAH)
Hj.Wan Tarmizi Wan Abdul
Aziz Pengerusi Persatuan Pendokong Sekolah Agama Rakyat Perak
(PPSR)
Tuan Guru Hj.Salleh Musa Mudir Madrasah Ar Rohmaniah Sik ,
Kedah
Hj.Mahfuz Omar Pengerusi Institut Pengembelengan dan
Pembangunan Komuniti (IMPAK)
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
INGIN MENCARI JODOH ? = > http://www.myjodoh.net
atau
HANYA MERAMAIKAN KENALAN ? => http://www.kenalan.net
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++
1) Keluar : [EMAIL PROTECTED]
2) Sertai : [EMAIL PROTECTED]
3) Hantar Topik : sila ke http://www.mymasjid.com.my/forum
|
--- End Message ---