Dr Lo' Lo' , YB ikhlas dalam perjuangan.  Saya doakan mana mungkin rakyat akan 
menolak anda dalam PRU 13 kelak.
Diskriminasi begini  memang berlaku dimana-mana yang diperintah oleh PR.  Allah 
melihat apa yang anda buat.

--- On Wed, 3/11/10, Mat Susu <[email protected]> wrote:

From: Mat Susu <[email protected]>
Subject: [myMasjid.net.my] SDO mengaku peruntukan diberi kepada ketua Umno 
bahagian
To: [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected], [email protected], [email protected], 
[email protected]
Date: Wednesday, 3 November, 2010, 7:10 AM

 
 
SDO mengaku peruntukan diberi kepada ketua Umno bahagian
                        
                                
                
                                        




        
                
                        Harakahdaily            
                  









KUALA LUMPUR, 2 Nov: "Sory
 YB! Kita beri kepada Ketua Bahagian Umno. Ini arahan yang kita terima."
 Ini adalah jawapan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) Wilayah Persekutuan
 kepada anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Jawapan ini diberikan beliau ketika Dr Lo' Lo' (gambar) bersemuka dengannya dan 
bertanya, "Siapa yang menghabiskan peruntukan untuk saya selaku anggota 
Parlimen Titiwangsa?"

Kedua-duanya bertemu dalam majlis taklimat  tentang program e-Kasih di bangunan 
Parlimen tidak lama dahulu.

Perkara ini diceritakan oleh Dr Lo' Lo' dalam satu kenyataan yang dibuat kepada 
Harakahdaily baru-baru ini.
 
Beliau
 mengulas tindakan kerajaan BN tidak menyalurkan peruntukan RM1.5 juta 
untuk setiap kawasan Parlimen kepada para ahli Parlimen Pakatan Rakyat. 

Ia hanya diberikan kepada anggota Parlimen BN dan ditempat yang BN kalah, 
peruntukan itu diberikan kepada ketua bahagian Umno.

"Namun
 dasar Umno/BN yang kolot dan takut berhadapan secara profesional di 
padang yang sama rata menyebabkan peruntukan tersebut masuk kantung 
ketua bahagian Umno," kata Lo' Lo'.

Namun begitu, katanya, semua 
10 anggota Parlimen Pakatan di Kuala Lumpur telah berjaya menunjukkan 
politik baru yang tidak berdasarkan perkauman tetapi berdasarkan 
keperluan dan keutamaan.

"Kita layan rakyat sama sahaja, tanpa 
mengira warna kulit," cerita Lo' Lo' dalam kenyataan ketika 
mempertikaikan ucapan Pemangku Ketua Umno Bahagian Titiwangsa yang 
berkata, Umno tidak memerlukan undi Cina dan India.

Bagi beliau, kenyataan Datuk Johari Ghani itu umpama  terlajak perahu boleh 
ditarik balik, terlajak kata buruk padahnya.

Bagi beliau,  Datuk Johari telah menunjukkan warna sebenar Umno. 

"Mereka
 hanya perlukan undi orang Cina, orang India dan bukan Melayu secara am.
 Bila perkiraan matematik mereka menunjukkan Umno akan selamat dengan 
sokongan orang Melayu, mereka tidak segan silu menyebut tidak akan 
sembah orang Cina dan India. 

"Alhamdulillah mereka tak sembah 
orang bukan Melayu untuk undi. Jika tidak berat kes sebab kita orang 
Islam sepatutnya sembah Allah bukan sembah orang atau kaum lain," 
peringat Lo' Lo' dalam kenyataannya.

Lo ' Lo' sekali lagi 
memperingatkan, rakyat di kawasan beliau sangat memerlukan pertolongan 
dan Umno jelas telah membiarkan mereka selama ini.

"Bayangkan di 
Titiwangsa ni sahaja seramai 700 ibu tunggal yang sepatutnya layak dapat
 bantuan, hanya 67 orang sahaja yang ada dalam senarai Jabatan Kebajikan
 Masyarakat. 

"Apa wakil rakyat dulu buat? Itu baru isu ibu 
tunggal, belum lagi isu OKU, pesakit kronik, warga emas, pesakit mental 
dll," katanya.

Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap Dewan 
Bandaraya Kuala Lumpur yang tidak mengambil berat isu pendatang asing 
yang berniaga memenuhi kawasan Chow Kit yang terletak dalam kawasan 
Parlimen beliau.

"Belum lagi cerita Chow Kit yang telah dijajah 
oleh PATI. Bagaimana gerai-gerai PATI boleh dibina atas kaki lima? Bila 
minta DBKL bertindak, jawapannya gerai-gerai itu kepunyaan orang 
tempatan yang merupakan ahli/ajk beberapa persatuan peniaga.

"Siapakah
 ahli/ajk persatuan ini? Sebahagian besar merupakan ajk cawangan Umno 
yang berselerak. Rupanya yang menggadai Chow Kit bukan Lim Kit Siang 
atau Lim Guan Eng dari DAP tetapi Umno sendiri," tempelak beliau.

Kerana
 pelbagai isu itulah, kata Lo' Lo', apabila beliau membuka pusat 
perkhidmatan, berduyun-duyun yang datang meminta bantuan dan 
perkhidmatan dari pejabat beliau yang terletak di Kampung Baru.

"Bila
 saya buka pusat khidmat di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, 
berduyun-duyunlah orang yang datang. Orang Melayu, Cina, India, Sikh 
silih berganti datang. 

"Semuanya kita layan dan lakukan apa yang
 termampu. Yang tidak mampu ialah bagi duit sebab memang tak ada duit. 
Kalau ada beras, staf saya akan beri beras kepada yang memerlukan. 
Penagih dadah pun ramai datang," cerita Dr Lo' Lo' lagi.

Beliau 
sekali lagi menempelak Datuk Johari yang berkata sudah membuka pusat 
khidmat Umno di Desa Pandan yang lebih canggih dari pusat khidmat 
beliau.

"Duit kita dia dah rembat. Cuba bagi RM1.5 juta kepada 
anggota Parlimen yang dipilih oleh rakyat uruskan, alamat sakitlah 
mereka. Kita akan beri kepada rakyat secara langsung dan telus," kata 
beliau lagi. Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online 
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli



 

 



      

Kirim email ke