fazal hatta
kalu terus berlembut dengan musuh2 islam....tiada lah perang dizaman rasul,
tiada pejuang yang syahid.....good point tu........
saidina umar, yang kasar dan bengis sebelum dan selepas islam, Ahli syurga
juga...point gak tuh.....
macam jaga anak laa... pada usia ini suruh mereka, usia begini tegur mereka,
usia begini rotan, dan seterusnya....
dari kecil sampai ketua, semua senyum sahaja, tak jadi cara laaa......
kalu semuanya perlu berlembut, perang dizaman imam mahdi, jangan bawa senjata,
bawa senyuman.....hmmm...tak logik kan...
To: [email protected]; [email protected]; [email protected]
From: [email protected]
Date: Sat, 13 Nov 2010 13:39:08 +0800
Subject: RE: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
Assalamualaikum,
Sebagai pejuang, kena ikut peminpin. Macam saudara azrul lah. Ikut Dr Maza !
Dari nada tulisan saya, tuan tentu arif, siapa peminpin saya...
Ikutlah para sahabat, nak ikut Saidina Ali ke, Muawiyah ke, Abu Hurairah ke,
Mus'ab ke...insyaAllah, bila berhadapan dengan Allah swt nanti
semua kita boleh jawab...ikut sahabat (yang umpama bintang dilangit...ikut
nescaya tidak akan sesat !)
Soal lemah lembut dan berhikmah biarlah bertempat ! Baca Sirah Rasullullah
betul-betul, masa zaman tu berapa banyak perang yang berlaku !
Apa pengajaran dari perang-perang itu. Jika Islam, Allah dan Rasul saw kena
hina dan dibuang macam sampah, masih perlukah berhikmah dan berlembut.
Kita sebagai pejuang mesti marah bila Rasulullah saw dibuat begitu hina sekali
! Rasulullah saw lah manusia paling tinggi darjatnya disisi Allah swt, saban
hari bersolat, tak sah jika tidak menyebut selawat keatas Rasulullah ! Mereka
yang menghina Rasulullah saw sudah maklum siapa Rasulullah itu kepada
Islam ! Mereka uji, dari satu penghinaan ke satu penghinaan, nak tengok, apa
pendekatan pejuang-pejuang agama Allah ini.
Nah...semuanya terjawab ! Ada yang melenting marah yang amat sangat, ada yang
kata tak pa, ada kata kita perlu berlembut, nanti Allah beri hidayah lah tu,
dan macam-macam alasan. Yang berlaku, pejuang-pejuang yang mengambil pendekatan
menuntut bela atas penghinaan itu pula
kena belasah, perli, pejuang Islam konon... sebaliknya yang menghina Rasulullah
saw, tersengih senyum sambil berkata " sampai kita hina Rasulullah saw
macam tu pun depa dok bincang dan bermesyuarat, nak kasar ke nak lembut dengan
kita... ish ish ish ".
Bila nak guna nama sahabat pun kena berhati-hati. Sesiapa pun. Teliti dulu
situasi/keadaan. Bila yang dibolehkan berlembut !
Baca Sirah, ada kala lembut, ada kala berhikmah, ada kala berkeras, ada kala
berperang...
Dah cuba ker dulu kaedah yang lembut...semua kat Mymasjid disini boleh jawab !
Saya perlu jawab dihadapan Allah swt sptmana tuan-tuan juga !
Sebagai pejuang bila berdepan dengan musuh yang hendak menghancur Islam, wajar
kah kita berlembut dengan alasan menggunakan nama sahabat seperti
Mus'ab ra tu ? Dalil mana yang kita pakai ? Memang benar, peribadi lemah lembut
sahabat Mus'ab ini telah menyebabkan ramai memeluk Islam ketika itu.
(boleh baca lagi kisah beliau ini). Harap kita kenal siapa Mus'ab ra itu. Namun
yang menentang itu masih ramai, keperibadian sahabat2 yang mulia itu tidak
cukup dan mampu berhadapan dengan semua itu. Jangan lupa itu semasa zaman
Rasulullah saw masih hidup !
Cukuplah saya sebut disini, walaupun Mus'ab ra masih hidup ketika itu,
Rasulullah saw diperintah Allah swt untuk berperang juga dengan kafir quraish !
(Kalau tidak apa salahnya Rasulullah saw berlembut dan berhikmah...nanti dia
orang sedar lah, dapatlah nanti hidayah Allah...apa susah-susah pergi perang)
Banyak lagi ni...
Kalau pejuang nak contohi Saidina Umar ra pula bagaiman ? Semua kita maklum
betapa kerasnya Saidina Umar terhadap seorang Yahudi yg mempermainkan
Rasulullah saw dengan memancungkan kepala Yahudi tersebut...panjang lagi citer
ni ! Cukup dulu kisah ni... kena kenal siapa Saidina Umar !
Pilihlah nak berlembut atau nak berkeras dengan musuh Islam ni (terutamanya
musuh dalam selimut-munafiq), cuma terfikir saya, jika sahabat ambil
pendekatan berlembut dan berhikmah (seperti didakwa), tiadalah perang dalam
buku sejarah Islam... tiadalah syahid dari kalangan sahabat !
Kaji sirah betul-betul, para sahabat berebut-rebut nak bersama Rasulullah saw
ke medan perang, adakah sahabat yang lembut akan stay/tak pi ?
No way ! Memang ada sahabat tak pi, itu arahan Rasulullah saw. Yang Munafiq tak
pi...macam golongan Abdullah bin Ubay pun ada !!!
Pokoknya, ikut sahabat kena tengok situasi...bila perlu berhikmah/berlembut dan
bila pula sebaliknya. Agar kita tidak merendah-rendahkan sahabat Rasulullah saw
yang lain...seperti Saidina Umar ra (sila rujuk bibilografi beliau) !
Hikmah/pengajaran nya disini, Allah swt beri pilihan, siapa yang nak jadi
lembut... pilihlah sahabat spt Mus'ab bin Umair, siapa nak berkeras dgn
penentang Allah, jadilah
seperti Saidina Umar ra. Sapa yang tak nak join, sebelah penentang Allah swt
pun tidak, sebelah penyokong Allah swt pun tidak, boleh rujuk Surah Al Munafiqun
utk tahu statusnya !
Yang pasti kita terpaksa jawab dihadapan Rabull Jalil mengapa kita lari dari
perjuangan dan menghalang ke jalan Allah swt dengan pelbagai ciptaan alasan !
(Kepada semua, ini bukan tuduhan kepada sesiapa, tapi peringatan Allah swt
kepada Rasullullah swt ttg orng Munafiq seperti diwahyukan...Surah 63, Al
Munafiqun)
Wallahualam !!!
To: [email protected]
CC: [email protected]
From: [email protected]
Date: Sat, 13 Nov 2010 00:35:04 +0800
Subject: Re: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
Salam,
Pihak Ali pun kata faktanya jelas. Pihak Muawiyah pun kata faktanya jelas.
Ramai sahabat pilih untuk tak join. Saya pilih contoh yang ditunjukkan oleh Abu
Hurairah, berkecuali, tak join, untuk elak fitnah.
(Buleh check buku DrMaza, dia ni cuma ambik kira fakta sahih saja.
http://encikbaca.files.wordpress.com/2010/01/pertelingkahan-sahabat.jpg)
Hangpa semua dok laa.
Mudah-mudahan yang mendakwa perjuang Islam tu, Allah kurniakan hikmah dan
hasanah, lembut-lembut sikit macam Mus'ab bin Umair r.a.. Mudah-mudahan yang
bersemangat kebangsaan tu Allah kurniakan hidayah, macam Abu Sufyan .r.a..
Wallahu'alam.
2010/11/12 Rihk dcwn <[email protected]>
Perang Siffin, ilmu dan fakta yang ada tidak cukup untuk
membolehkan kita bincang dan komen tentang peristiwa perang saudara ini.
Kedua-duanya
adalah sahabat Rasulullah saw. Kedua-duanya perawi hadith...wallahualam.
Apa pun, isunya berkisar dari isu siapa yang layak jadi khalifah dan pembelaan
pembunuhan Saidina Uthman.
Panjang citer !
Isu kita disini, orang yang duduk atas pagar walaupun faktanya jelas, satu
pihak hendakkan Islam ditegakkan dan
satu pihak lagi nak halang.
Jadi kalau nak perang pun, TAK ADA MASALAH !
Hujahnya, jika Muawiyah memberontak dan berperang dengan Saidina Ali kerana
menuntut pembelaan pembunuhan Saidina Uthman,
apatah lagi kalau isunya adalah isu aqidah !
Saya kira memang wajar berperang jika satu pihak itu masih enggan menerima
Hukum Islam.
Soalnya justifikasi untuk berperang. Jika dibiarkan, makin ramai atas pagar,
makin ramai akan sesat, akhirnya generasi Islam akan datang
akan hancur musnah. Analogi yang boleh diguna pakai, jika perlu potong kaki
untuk selamatkan nyawa pesakit kencing manis, maka
wajib kena potong, walaupun terpaksa mencacatkan pesakit itu. Islam pun sama,
jika perlu hapuskan golongan yang tak yakin dan
menolak Hukum Allah ini, maka hapuskan sehingga ke akar umbi, demi
menyelamatkan umat yang akan datang !
Masih ingat dak, Allah swt pun suruh perang kepada golongan yang tak mahu
membayar zakat ! (Islam sama Islam akan berperang ni !!!)
Maksudnya, ada orang Islam yang tak mahu bayar dan ada orang Islam yang akur
perintah Allah dan bayar zakat !
Tapi Allah perintahkan, yang tak bayar zakat, wajib diperangi...itu baru tak
bayar zakat, belum tolak Hukum Quran/Allah !
Wallahualam...
To: [email protected]
From: [email protected]
Date: Fri, 12 Nov 2010 21:03:06 +0800
Subject: Re: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
Salam,
Dak jugak. Dalam perang siffin, ramai sahabat ambik jalan tengah, mengecualikan
diri dan tak terlibat. Adakah para sahabat yang mengecualikan diri itu
"sentiasa rugi" seperti yang dikatakan?
Wallahu'alam.
2010/11/12 <[email protected]>
First time arguement logik terbaik utk menafikan atas pagar itu baik. Well done
fazal!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: fazal-hatta jamli <[email protected]>
Sender: [email protected]
Date: Wed, 10 Nov 2010 02:41:27 +0000
To: <[email protected]>
ReplyTo: [email protected]
Subject: RE: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
fazal hatta
assalammualaikum...
kita kadang2 tak nampak perkara yang sedang berlaku pada diri kita, dan kita
selalu rasa diri kita selamat dan kita selalu rasa tindakkan kita ini betul....
memilih jalan tengah, selalunya dirasai jalan terbaik...itu pendapat anda...
mari kita singkap sejarah nabi musa....
ketika nabi musa diperintahkan untuk mengambil kitab taurat dan meninggalkan
kaum yahudi...
dalam 40 hari(wallahualam), kaum nabi musa sudah membuat sebuah lembu
emas...kalu ikut pendapat anda ketika ini..sudah tentu ketika itu juga, anda
akan membiarkan kaum yahudi membina lembu emas...bagi anda, perkara itu, biar
nabi musa uruskan, anda tak amik port... anda tak sokong nabi musa dan anda
juga tak sokong pembuat lembu emas... kat situ sahaja pendirian anda sudah
boleh dipersoalkan.... Allah perintahkan menyembah diriNya, dan ketika mereka
menyembah lembu, anda tak tahu nak buat apa...mana betul mana salah, anda dah
konfius.....cuba bayangkan nasib orang yang konfius tuh.... kalu anda dah tahu,
perintah Allah hanya menyembah diriNya, kenapa anda mengambil sikap konfius
untuk tidak memerangi si pembuat lembu emas...
begitu juga zaman ini, anda dah nampak si rosmah membuat sesuatu yang melanggar
perintah, nasib baik dia tak buat lembu emas, kalu si rosmah buat lembu emas
dan anda tetap konfius, gerenti anda rugi kat akhirat....
umat islam, dari zaman nabi adam lagi, memang tidak pernah kekal
bersatu.....biasa lah, iman tak kuat, pastu syaitan pula main bisik bisikan
cinta, mulakah kita terbang melayang, maka mulalah merapu rapu dan mencipta
kerajaan langit....keturunan adam, asalnya semua beragama islam, kemudian
mereka berpaling dari ayat ALlah, kemudian mereka mencipta agam baru, dan
fahaman baru.....
jangan kita bersangka apabila kita beragama islam,kita kekal islam....salah
sama sekali....tanpa ilmu, kita mungkin mensyirikkan Allah tanpa sedar,
kemudian membuat fahaman, kemudian mencipta agama sendiri..... umat terdahulu,
sudah ramai yang meyimpang dari agama dan menyesatkan diri, dan jangan lupa,
kita tetap tidak terkecuali dari melakukan perbuatan tersebut....
orang yang memilih jalan tengah, adalah orang yang sentiasa rugi....apabila
yang benar mendapat keuntungan, yang tengah tidak mendapat apa apa...dan
apabila yang salah mendapat habuan, yang tengah tetap juga tak dapat apa apa....
aku bagi contoh...
orang yang memperjuangkan puasa, dengan orang yang menentang puasa....orang
yang duduk ditengah adalah orang tak puasa...sebab, mereka puasa pun tidak, tak
puasa pun tidak.... kat akhirat mereka nak jawab apa? kalu anda tetap merasai
orang duduk ditengah tetap untung, maka cari lah jawapan apa anda nak jawab
depan Allah...
orang islam dengan orang kafir... orang yang duduk ditengah adalah orang tiada
agama.. islam pun tidak, kafir pun tidak...so cari jawapan, apa ending mereka
diakhirat....
ok...
sekarang bagaimana anda rasa,adakah duduk ditengah masih dalam ketegori
selamat... pikir semula....
kalu kita baru diuji dengan fitnah kecil, kita dah konfius...camner kita
hendak berdepan dengan zaman dajal.... kalu fitnah kecil sudah gagal, fitnah
dajal konfom2 gagal...mereka yang tiada ilmu, akan mengaggap dajal itu imam
mahdi.... time tuh lagi lah susah....sebab, orang yang mengikut dajal, akan
mendapat kesenangan lebih dari apa yang mesia berikan.... mereka yang bersama
dajal, akan mendapat kemewahan, kesejahteraan, keseronokkan,kekuasaan ,pangkat,
darjat, harta...dan mereka yang menolak dajal, semuanya miskin, susah,
merempat, kemarau panjang,tanaman tak menjadi, peperangan....
boleh kah kita menolak kemewahan yang disediakan dajal ketika, padahal ketika
ini, rasuah sehelai kain sudah sanggup menjual agama...
maka, cari lah ilmu , dan jangan biar kan diri anda terus konfiuss.....
wasalam...
To: [email protected]
From: [email protected]
Date: Sun, 7 Nov 2010 16:43:46 -0800
Subject: Re: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
Saya juga melihat kedua2 pihak Pas dan Umno sebagaimana yang anda lihat,,.dan
bagi saya, saya mengambil hanya dari sudut kebaikan yang dibawa oleh
mereka..tapi seperti kita ketahui di seluruh dunia, inilah kelemahan orang
islam,..mereka suka bertelagah sesama sendiri dan yang mendapat kebaikan adalah
musuh islam...wallahualam..
--- On Sun, 11/7/10, abgmad <[email protected]> wrote:
From: abgmad <[email protected]>
Subject: Re: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
To: [email protected]
Date: Sunday, November 7, 2010, 1:50 AM
PAS kata umno tak betul dan umno pulak kat PAS tak betul ..saya sebagai rakyat
tak pening dan tak keliru pun .. Sebab kita sebagai orang Islam ..kita ada
tempat rujukan kita iaitu ALQURAN dan HADIH.. Ok kalau saudara kata kedua2
..PAS dan umno mempunyai dalil masing2 ..kalau saudara selalu mengaji dan
menuntut Ilmu saya rasa saudara tentu akan faham mana mana Ulamak dan yg mana 1
ular dalam semak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: Halohs Mohammed <[email protected]>
Sender: [email protected]
Date: Sun, 7 Nov 2010 14:02:01 +0800 (SGT)
To: <[email protected]>
ReplyTo: [email protected]
Subject: Re: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
ini yang kompius ni.. dari dulu lagi saya kompius.. umno cakap pas tak betul
siap dengan dalil-dalil sekali... pas pun cakap umno tak betul siap dengan
dalil-dalil jugak.. jadi siapa yang betul?.. takyat yang pening woooooooooo...
saya rasa dua-dua tak betul laaaa... masing2 nak menyalahkan orang lain.. salah
sendiri tak nak tengok.. agak2 bila pas dengan umno bercakaran siapa yang
tersenyum gembira?
From: Rihk dcwn <[email protected]>
To: [email protected]
Sent: Sunday, 7 November 2010 13:17:33
Subject: 07 - RE: [myMasjid.net.my] BETINA KURANG AJAR.
Note: Forwarded message is attached.
Waitlist reason: [email protected] is not on your Guest List | Approve
sender | Approve domain | Approve [email protected] |
--
http://aalwi.blogspot.com/
~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini
--
http://aalwi.blogspot.com/
~~ www.myjodoh.net ~~
Segalanya bermula di sini