Saya rasa "IP" penting dalam agenda OSDC.my. Kebanyakan masyarakat kita
termasuk saya sendiri kurang ambil tahu pasal IP, jadi dengan itu kita takut
untuk "expose" sesuatu hasil ciptaan/rekabentuk atau aplikasi hebat,
sementelah untuk dikongsi ramai-ramai. Satu lagi, budaya 'programmer' susah
untuk diterap diMalaysia kerana masing2 fokus pada membuat program atau
coding untuk syarikat tempat kerja masing2.Tujuan saya 'highlight' kat sini
pasal IP, sebab dulu proses IP ni memakan masa, kalo tak silap saya boleh
cecah 3 tahun, dan bayarannya RM2,000. Kalo tak silap saya la.
Jadi, kalo MOSTI ambil alih lepas ni, boleh lagi cepat ker?pst : aku pun
masih kurang jelas pasal IP nih.

------------------------------------------------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_21.htm
MOSTI tadbir harta intelek

PUTRAJAYA 22 Jun - Kerajaan bersetuju melantik Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) untuk mentadbir dan menguruskan harta intelek milik
kerajaan hingga ke peringkat pengkomersialan, kata Menterinya, Datuk Maximus
Johnity Ongkili.

Menurutnya, ia bagi memastikan usaha memupuk dan membantu pengkomersialan
harta intelek yang dihasilkan daripada projek penyelidikan dan pembangunan
(R&D) dibiayai kerajaan dapat dicapai dengan berkesan.

''Ia diterima pakai mulai 1 Jun lalu dan bagi memastikan ia dilaksanakan
dengan berkesan, MOSTI telah menghasilkan satu panduan iaitu Panduan
Pengkomersialan Harta Intelek sebagai rujukan.

''Kita juga berharap sasaran kadar pengkomersialan R&D sebanyak 10 peratus
sebelum berakhirnya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dapat dicapai,"
katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Dasar Pengkomersialan
Harta Intelek Bagi R&D Yang Dibiayai Oleh Kerajaan Malaysia di sini hari
ini.

Maximus memberitahu, kejayaan pelaksanaan dasar itu bukan faktor mutlak yang
menyumbang kepada pengkomersialan harta intelek projek R&D.

Ini kerana, kata beliau, ia perlu dilengkapi atau ditambah dengan program
sokongan lain seperti pemadanan perniagaan.

''MOSTI amat peka terhadap masalah pemadanan perniagaan yang dihadapi para
penyelidik dan sebab itulah kita memperbanyakkan program itu di antara
penyelidik atau pereka dengan pihak industri.

''Tahun ini MOSTI telah mengadakan tiga sesi program berkenaan dan akan
mengadakan empat lagi pada Ogos dan November ini," katanya.


-- 
Contender Asia Season II @Malaysia
http://muaythaitigers.blogspot.com/

Osysnet Sdn Bhd
http://www.osysnet.com.my

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/pages/Open-Source-Developers-Club-Malaysia/80292283545

You received this message because you are subscribed to the Google
Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke