Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagaimana kita hendak katakan sesebuah syarikat itu sebagai syarikat
Open Source ?

Ciri-ciri yang saya kenal pasti untuk dijadikan sebagai panduan :-

(1) Mesti mempunyai perisian OSS mereka sendiri sebagai salah satu
"core Business". sama ada dibina sendiri, atau bergiat aktif dalam
mana-mana projek OSS yang menjadi "core business" mereka".

Bergiat aktif bermaksud :

(i) Ada kumpulan pakar mereka bergiat dalam projek tersebut daripada
segi pembangunan. Kita boleh kenal pasti melalui penglibatan mereka
dalam kod-kod commit kepada public repository.

(ii) Sumbangan syarikat tersebut kepada komuniti yang berkaitan dengan
projek OSS tersebut. Sama ada sumbangan duit, infrastratur seperti
servers dan sumbangan kewangan.

(iii) Syarikat tersebut menyokong kakitangan mereka bergiat dalam
komuniti, sama ada melalui forum, email kumpulan, pelepasan sebagai
sukarela dan latihan berkaitan dengan OSS.

(2) Sebagai syarikat OSS, syarikat tersebut perlulah mempunyai
kakitangan yang pakar dalam OSS sama ada daripada segi teknikal atau
developers. adalah diutamakan syarikat yang mempunyai seorang teknikal
dan seorang developers.

Ukuran boleh dibuat sama ada

(i) Pakar tersebut mempunyai sijil kelayakan seperti LPI jika
melibatkan kumpulan teknikal

(ii) Kumpulan teknikal tersebut mempunyai sumbangan dokumentasi sama
ada HOWTO dan ia diterima oleh projek OSS yang dokumentasi dsediakan

(peer review and community review)

(iii) Developers mestilah mempunyai sijil kelayakan. Seperti Java,
PHP, Python, Perl.

(iv) Menyumbang dalam bentuk kod-kod sumber dan diterima oleh projek
OSS yang mereka bergerak aktif.

(3) Syarikat OSS telah meletakkan sekurang-kurangnya 10 peratus
pembelanjaan syarikat untuk RnD dan sekurang-kurangnnya 10 peratus
sumbangan semula kepada komuniti OSS.

(4) Syarikat OSS tersebut terlibat secara aktif dengan komuniti sama
ada dengan membenarkan kakitangan bergiat aktif dalam forum, mailing
list dan pelepasan sebagai sukarela. Ini termasuk, keizinanan komuniti
menggunakan kemudahan bilik latihan, sumbangan servers dan pelbagai.

Komuniti pula perlu tunjukkan rasa penghargaan kepada sumbangan
syarikat-syarikat.

(5) Bersaing sihat dengan OSS terutama dalam bindang perniagaan.
"Don't be Evil".

Kita buka untuk perbincangan.

Harisfazillah Jamel
Pengerusi OSDC.my

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke