huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku pun kena gak masa MOSC2010 hilang mase g
lepaking dkt Krispy Kream Times Square... baru pakai notebook tue 3 minggu
huhuhuhuhuhu

2010/7/14 aziman noor <[email protected]>

> ----------------------------
> Info : salah seorang dari peserta MOSC2010 memang menjadi mangsa kepada
> Geng ini.
> Akhirnya telah ditangkap.
>
> ------------------------------------------
>
>
> KUALA LUMPUR: Polis kini mengesan kemunculan satu geng penjenayah
> ‘halimunan’ di kalangan warga Timur Tengah yang aktif mencuri beg tangan
> puluhan pelancong asing menggunakan taktik menukarkan beg mangsa dengan beg
> palsu yang dibawa bagi mengaburi kegiatan mereka.
> Penjenayah dipercayai didalangi beberapa lelaki warga asing dikesan
> berkeliaran di hotel, restoran dan pusat beli-belah terkemuka sebelum
> melarikan beg mangsa ketika mangsa cuai atau leka.
>
>
> Malah, dalam beberapa kes, suspek sengaja membawa beg kosong menyerupai beg
> sandang milik mangsa sebelum ia ditinggalkan untuk mengelirukan mangsa
> sebaik penjenayah memperoleh apa diidamkan.
>
>
> Dalam kes terbaru kelmarin, seorang pakar teknologi maklumat dari Amerika
> Syarikat berusia 47 tahun menjadi mangsa apabila begnya dilarikan manakala
> sebuah beg palsu sengaja ditinggalkan berhampirannya.
>
>
> Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa bersama
> seorang rakannya minum di sebuah restoran di Jalan Changkat Bukit Bintang di
> sini.
>
>
> Difahamkan, mangsa sengaja menyangkut beg sandang miliknya berwarna kelabu
> di kerusi sambil mangsa duduk berbual serta minum bersama rakannya.
>
>
> “Namun beberapa minit kemudian, mangsa terkejut apabila mendapati begnya
> lesap manakala sebuah lagi beg tidak dikenali ditinggalkan berhampiran
> kerusinya.
>
>
> “Mangsa membuka beg terbabit dan mendapati isinya kosong. Suspek mengesyaki
> begnya yang mengandungi komputer riba dan pelbagai barang berharga lain
> dilarikan beberapa lelaki warga Timur Tengah yang duduk di sebelahnya
> sebelum kejadian,” katanya.
>
>
> Menurutnya, mangsa membuat laporan polis.
>
>
> “Hasil siasatan, anggota Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Dang Wangi
> memberkas dua lelaki warga Algeria berusia 24 dan 32 tahun yang dipercayai
> terbabit dengan jenayah terbabit. Mereka direman untuk siasatan lanjut,”
> katanya.
>
>
> Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan kelmarin, seorang pelancong
> warga Pakistan berusia 40 tahun menjadi mangsa apabila beg tangan isterinya
> dilarikan penjenayah ketika mangsa sekeluarga menjamu selera di sebuah
> restoran makanan segera di pusat beli-belah terkemuka di Jalan Imbi di sini.
>
> Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang itu, mangsa yang baru
> selesai makan bersama sembilan ahli keluarga lain terkejut apabila beg
> tangan isterinya yang diletakkan di lantai restoran lesap.
>
>
> Mangsa cuba mencari beg itu di kawasan berkenaan, namun percaya penjenayah
> sudah melarikan diri bersama beg tangan terbabit yang berisi wang tunai
> RM9,000 dan pelbagai barang berharga lain.
>
>
> Susulan itu, mangsa yang juga ahli perniagaan membuat laporan polis di
> balai polis berhampiran.
>
>
> Ketua Jabatan Siasatan jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata
> pihaknya menerima banyak kes berhubung kecurian membabitkan pelancong asing
> terutama di kawasan tumpuan awam.
>
> Menurutnya, berdasarkan siasatan jenayah terbabit dilakukan beberapa
> kumpulan penjenayah asing yang berasal dari Amerika Latin, Indonesia dan
> Filipina.
>
>
> “Setakat ini, polis sudah memberkas beberapa kumpulan geng terbabit, namun
> polis yakin masih terdapat penjenayah yang terus melakukan aktiviti itu,”
> katanya ketika dihubungi.
>
> --
> Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/
>
> Facebook Fan page
>
> http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577
>
> http://www.facebook.com/OSDC.my
>
> You received this message because you are subscribed to the Google
>
> Groups "OSDC.my Mailing List" group.
> To post to this group, send email to [email protected]
> To unsubscribe from this group, send email to
> [email protected]<osdcmy-list%[email protected]>
> For more options, visit this group at
> http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke