Kenapa shared hosting tempatan ?
==========================

Law of physics (read: latency)

Pembukaan
==========
Sebagai web developer, shared hosting termasuk dalam "area of
interest" saya sejak 10 tahun lepas. Namun agak menyedihkan dalam
tempoh tersebut, saya tidak melihat sebarang inovasi dalam industri
shared hosting tempatan. Buat masa sekarang, sekiranya anda ingin host
website atau aplikasi web anda di server tempatan, platform anda
terhad kepada:-

* PHP
* ASP.NET
* Ruby On Rails (cuma beberapa je yang saya jumpa setakat ini)
* Plain CGI - Perl/Python (kebanyakannya masih lagi Python < 2.2 !!)

Ini adalah satu sebab kenapa platform seperti Python gagal mendapat
tempat dalam lanskap pembangunan web tempatan. Melihat kepada
perkembangan yang berlaku kepada PHP dalam tempoh 8 tahun lepas,
shared hosting antara pemangkin utama. Saya akui ini merupakan
"chicken and egg problem". Tidak banyak penawaran hosting terhadap
Python sebab kurangnya developer menggunakan platform ini, developer
pula tidak berminat/terpaksa menggunakan platform lain kerana tidak
ada shared hosting yang berpatutan utk host aplikasi yang dibangunkan.

Sudah sampai masanya saya rasa utk komuniti developer sendiri yang
bangun utk membetulkan keadaan ini. Saya tertarik dengan sejarah
sebuah syarikat hosting iaitu textdrive (sekarang Joyent). Saya pernah
menggunakan perkhidmatan mereka beberapa tahun lepas. Ceritanya boleh
baca di http://textusers.com/wiki/History_of_TextDrive. Secara
ringkasnya ia juga berkaitan dengan kekecewaan komuniti developers
dengan shared hosting dan akhirnya mereka ambil keputusan utk
membentuk syarikat hosting sendiri. Textdrive pada masa itu
memperkenalkan beberapa inovasi berbanding shared hosting lain pada
masa itu:-

* Menggunakan webmin sebagai control panel dalam masa semua syarikat
lain lebih kepada cpanel.
* PHP run as FastCGI - membolehkan PHP dijalankan sebagai user process
dan user boleh  supply php.ini sendiri dan tak perlu bergantung kepada
php_value settings dalam .htaccess - agak radikal pada masa itu.
* Membekalkan sekali DNS hosting - user boleh create dan manage record
melalui web panel dan point registrar kepada dns server mereka.
* Shell access - juga agak radikal pada masa itu.

Penambahbaikan yang perlu
=====================
Saya ada membuat catatan sebelum ini apa penambahbaikan yang saya
inginkan dalam shared hosting tempatan
(http://kamal.smach.net/node/269). Secara ringkasnya ada 2 buat
permulaan:-

* Isolasi proses - Kebanyakan hosting masih lagi menggunakan mod_php
dengan main process utk semua user. Utk membolehkan file upload
umpamanya, kena allow write access kepada apache process (www,
apache2, nobody etc). Pendekatan ini merupakan fatal flaw (walaupun
ada workaround spt php safe_mode dan open_basedir tapi masih lagi ada
masalah tersendiri) kerana membuka ruang akses terhadap file kita
kepada semua user dalam sistem tersebut.

* Sokongan utk platform selain PHP terutama sekali Python (Django,
web2py, pylons etc).

* Shell access - upload file menggunakan ftp adalah tersangat primitif
pada tahun 2010 ni tapi ia masih lagi satu norma dalam shared hosting
tempatan. Shell access membenarkan penggunaan deployment tool terkini.

Kenapa shared hosting ?
==================
Mungkin ada yang berpendapat apa yang saya inginkan ini boleh didapati
melalui VPS (VPS tempatan juga ada masalah tersendiri tapi mungkin di
lain masa). Bagi developer dan bukannya full time sysadmin seperti
saya, shared hosting masih lagi pilihan utama. Saya pernah menggunakan
VPS sebelum ini tapi akhirnya beralih kembali kepada shared hosting
kerana kekangan masa dalam menguruskan server tersebut - upgrade,
security patches, firewall etc - semua ini memakan masa dan bagi saya
lebih baik diuruskan oleh mereka yang lebih berpengetahuan dan
berpengalaman dalam bidang tersebut. Menggunakan shared hosting
seperti webfaction cthnya, saya tak rasa sebarang kekangan berbanding
apa yang saya boleh lakukan dalam VPS.

Memandangkan sekarang tengak rancak bincang pasal koperasi/persatuan,
saya harap ini dapat dijadikan salah satu fokus utama
koperasi/persatuan yang bakal wujud nanti. Saya mengalu-alukan
perbincangan yang lebih mendalam dan teknikal tentang isu ini.

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke