Salam

Setuju dengan pandangan Kamal. Kebanyakan developer ada kekengan masa untuk
urus tadbir server. Rasa-rasanya developer lebih suka untuk fokus pada
development dari jadi Sys Admin. Senario sekarang di Malaysia, RoR & Django
developer macam dianaktirikan.

2010/10/14 Azril Nazli Alias <[email protected]>

> Salam
>
> Di Malaysia, saya rasa option menggunakan VPS masih lagi viable jika hendak
> menggunakan Ruby On Rails / Django dan developer mesti ada asas Sys Admin
> untuk manage server, maybe boleh guna style Heroku in the future
>
> Contohnya RoR kini sudah versi 3, dan banyak perubahan perlu dilakukan di
> server side menyebabkan sys admin pening kepala.
>
> Saya sebagai developer RoR ( separa masa ) terpaksa menggunakan CakePHP
> sebagai alternatif memandangkan kurangnya local developer untuk rujukan atau
> sebagai pembantu.
>
>
> 2010/10/14 Mohd Kamal Bin Mustafa <[email protected]>
>
> Kenapa shared hosting tempatan ?
>> ==========================
>>
>> Law of physics (read: latency)
>>
>> Pembukaan
>> ==========
>> Sebagai web developer, shared hosting termasuk dalam "area of
>> interest" saya sejak 10 tahun lepas. Namun agak menyedihkan dalam
>> tempoh tersebut, saya tidak melihat sebarang inovasi dalam industri
>> shared hosting tempatan. Buat masa sekarang, sekiranya anda ingin host
>> website atau aplikasi web anda di server tempatan, platform anda
>> terhad kepada:-
>>
>> * PHP
>> * ASP.NET
>> * Ruby On Rails (cuma beberapa je yang saya jumpa setakat ini)
>> * Plain CGI - Perl/Python (kebanyakannya masih lagi Python < 2.2 !!)
>>
>> Ini adalah satu sebab kenapa platform seperti Python gagal mendapat
>> tempat dalam lanskap pembangunan web tempatan. Melihat kepada
>> perkembangan yang berlaku kepada PHP dalam tempoh 8 tahun lepas,
>> shared hosting antara pemangkin utama. Saya akui ini merupakan
>> "chicken and egg problem". Tidak banyak penawaran hosting terhadap
>> Python sebab kurangnya developer menggunakan platform ini, developer
>> pula tidak berminat/terpaksa menggunakan platform lain kerana tidak
>> ada shared hosting yang berpatutan utk host aplikasi yang dibangunkan.
>>
>> Sudah sampai masanya saya rasa utk komuniti developer sendiri yang
>> bangun utk membetulkan keadaan ini. Saya tertarik dengan sejarah
>> sebuah syarikat hosting iaitu textdrive (sekarang Joyent). Saya pernah
>> menggunakan perkhidmatan mereka beberapa tahun lepas. Ceritanya boleh
>> baca di http://textusers.com/wiki/History_of_TextDrive. Secara
>> ringkasnya ia juga berkaitan dengan kekecewaan komuniti developers
>> dengan shared hosting dan akhirnya mereka ambil keputusan utk
>> membentuk syarikat hosting sendiri. Textdrive pada masa itu
>> memperkenalkan beberapa inovasi berbanding shared hosting lain pada
>> masa itu:-
>>
>> * Menggunakan webmin sebagai control panel dalam masa semua syarikat
>> lain lebih kepada cpanel.
>> * PHP run as FastCGI - membolehkan PHP dijalankan sebagai user process
>> dan user boleh  supply php.ini sendiri dan tak perlu bergantung kepada
>> php_value settings dalam .htaccess - agak radikal pada masa itu.
>> * Membekalkan sekali DNS hosting - user boleh create dan manage record
>> melalui web panel dan point registrar kepada dns server mereka.
>> * Shell access - juga agak radikal pada masa itu.
>>
>> Penambahbaikan yang perlu
>> =====================
>> Saya ada membuat catatan sebelum ini apa penambahbaikan yang saya
>> inginkan dalam shared hosting tempatan
>> (http://kamal.smach.net/node/269). Secara ringkasnya ada 2 buat
>> permulaan:-
>>
>> * Isolasi proses - Kebanyakan hosting masih lagi menggunakan mod_php
>> dengan main process utk semua user. Utk membolehkan file upload
>> umpamanya, kena allow write access kepada apache process (www,
>> apache2, nobody etc). Pendekatan ini merupakan fatal flaw (walaupun
>> ada workaround spt php safe_mode dan open_basedir tapi masih lagi ada
>> masalah tersendiri) kerana membuka ruang akses terhadap file kita
>> kepada semua user dalam sistem tersebut.
>>
>> * Sokongan utk platform selain PHP terutama sekali Python (Django,
>> web2py, pylons etc).
>>
>> * Shell access - upload file menggunakan ftp adalah tersangat primitif
>> pada tahun 2010 ni tapi ia masih lagi satu norma dalam shared hosting
>> tempatan. Shell access membenarkan penggunaan deployment tool terkini.
>>
>> Kenapa shared hosting ?
>> ==================
>> Mungkin ada yang berpendapat apa yang saya inginkan ini boleh didapati
>> melalui VPS (VPS tempatan juga ada masalah tersendiri tapi mungkin di
>> lain masa). Bagi developer dan bukannya full time sysadmin seperti
>> saya, shared hosting masih lagi pilihan utama. Saya pernah menggunakan
>> VPS sebelum ini tapi akhirnya beralih kembali kepada shared hosting
>> kerana kekangan masa dalam menguruskan server tersebut - upgrade,
>> security patches, firewall etc - semua ini memakan masa dan bagi saya
>> lebih baik diuruskan oleh mereka yang lebih berpengetahuan dan
>> berpengalaman dalam bidang tersebut. Menggunakan shared hosting
>> seperti webfaction cthnya, saya tak rasa sebarang kekangan berbanding
>> apa yang saya boleh lakukan dalam VPS.
>>
>> Memandangkan sekarang tengak rancak bincang pasal koperasi/persatuan,
>> saya harap ini dapat dijadikan salah satu fokus utama
>> koperasi/persatuan yang bakal wujud nanti. Saya mengalu-alukan
>> perbincangan yang lebih mendalam dan teknikal tentang isu ini.
>>
>> --
>> Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/
>>
>> Facebook Fan page
>>
>> http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577
>>
>> http://www.facebook.com/OSDC.my
>>
>> You received this message because you are subscribed to the Google
>>
>> Groups "OSDC.my Mailing List" group.
>> To post to this group, send email to [email protected]
>> To unsubscribe from this group, send email to
>> [email protected]<osdcmy-list%[email protected]>
>> For more options, visit this group at
>> http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
>
>
>  --
> Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/
>
> Facebook Fan page
>
> http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577
>
> http://www.facebook.com/OSDC.my
>
> You received this message because you are subscribed to the Google
>
> Groups "OSDC.my Mailing List" group.
> To post to this group, send email to [email protected]
> To unsubscribe from this group, send email to
> [email protected]<osdcmy-list%[email protected]>
> For more options, visit this group at
> http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
>

-- 
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to [email protected]
To unsubscribe from this group, send email to
[email protected]
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

Kirim email ke