2010/10/14 Azril Nazli Alias <[email protected]>: > Salam > > Di Malaysia, saya rasa option menggunakan VPS masih lagi viable jika hendak > menggunakan Ruby On Rails / Django dan developer mesti ada asas Sys Admin > untuk manage server, maybe boleh guna style Heroku in the future Sebagaimana shared hosting, VPS di Malaysia mempunyai isu tersendiri. Saya cuma ada pengalaman menggunakan xen vps daripada zenpipe [1]. Secara ringkasnya servis mereka memuaskan cuma ketiadaan control panel (pada masa itu) utk shutdown/reboot system agak melecehkan kerana terpaksa call support. Bayangkan kalau tengah buat kerja pukul 3 pagi dan server tiba2 tak boleh akses melalui ssh ? Kena kat saya sekali. Melihat kepada pakej2 hosting yang ada, kebanyakkannya adalah virtuozzo/openvz dan berdasarkan pengalaman saya menggunakan xen vps dari slicehost dengan openvz daripada satu company (lupa namanya), xen lebih stable utk high load website (cth - popular blog).
Saya cuma ada pengalaman menggunakan vps dengan 2 syarikat hosting dari singapura dan kedua-duanya amat mengecewakan. Secara ringkas, back to square one. Kedua-duanya datang dengan Plesk Control Panel, Centos 5. Namun setelah diselidiki ia bukanlah Centos yang betul dari centos.org, senang cakap Centos yang telah dicacatkan. Yum disabled, perlu beberapa trip email dengan support utk dapatkan balik. Jangan cuba install sendiri, buang masa ja (ingat ia Centos yang cacat). Upgrade utk Perl, Python, PHP dan beberapa pakej yang lain telah dibekukan - pilihan yang ada call support again atau disable config berkaitan dalam yum config dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Laman web centos.org memberi peringatan yang jelas akan kewujudan centos cacat ni jadi tak perlu pergi ke sana utk minta pertolongan, tak akan dilayan. Plesk bagi saya menggunakan konsep yang betul-betul salah totok (fatal flaw). Website, database, subdomain dinisbahkan secara terus (one to one relation) dengan domain. Delete domain bermakna delete website, website di bawah subdomain, database dan keseluruhan direktori dibawah domain tersebut - TANPA AMARAN/WITHOUT WARNING. Ianya langsung tidak selari dengan konsep asal di mana anda create domain melalui dns config, langsung tiada kaitan dengan website. Config di web server (apache, nginx etc) yang akan map domain kepada struktur direktori fizikal (document root) ataupun sebarang application server. Delete domain tak akan beri sebarang kesan kepada aplikasi melainkan sekadar ia tidak boleh lagi dicapai melalui domain tersebut. Agak panjang lagi nak pasal vps tapi cukuplah setakat tu dulu. [1]:http://kamal.smach.net/node/256 > Contohnya RoR kini sudah versi 3, dan banyak perubahan perlu dilakukan di > server side menyebabkan sys admin pening kepala. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana agaknya utk menyediakan hosting utk Django dalam keadaan teknologi yang ada masih lagi belum begitu mantap seperti PHP. Namun apabila saya mula mencuba Django application dalam webfaction saya betul2 teruja kerana ia balik kepada prinsip asal - keep it simple. Dalam keadaan ramai yang dok fikir mcm mana nak tawarkan hosting django (atau apa-apa non-php) yang stabil dan mudah diuruskan, mungkin apa yang ada dalam minda engineer di webfaction adalah - screw it, let gave them apache or any custom process they want at custom port and we proxied to it. Done, everyone happy. Apa yang berlaku apabila create django application di webfaction adalah, mereka akan copy complete apache environment ke dalam user home directory, cthnya /home/myname/apache2. Start/stop skrip yang simple dibekalkan sekali dan webfaction ada process yang akan monitor process ini dan juga start sekiranya server reboot. User apache process ini run kat custom port, diberi secara automatik apabila create application melalui control panel (sebelum ni kena request daripada support). Apache environment yang diberikan ini adalah lengkap dan identical dengan system wide apache. Kat sini anda boleh uruskan httpd.conf anda sendiri malah compile module baru jika perlu. Ya, anda boleh compile sendiri aplikasi yang perlu (contoh, latest Python) dan ini adalah shared hosting ! Pendekatan yang diambil oleh webfaction adalah empower user, they just managed the base system and provided user with all the needed tools. Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah sentiasa ada cara utk 'overcome technology limitation'. Cuma perlu kreatif dan berfikir diluar kotak. Saya ada membuat catatan yang lebih detail berkaitan apache setup di webfaction - http://kamal.smach.net/node/212. Maaf sekiranya contoh yang saya berikan banyak berkisar tentang webfaction. Ia adalah shared hosting saya paling puas hati setakat ni selepas textdrive tapi jangan risau, saya tidak sertakan sebarang affiliate link. Cuma kalau anda berakhir dengan mencuba webfaction dan letakkan nama saya sebagai refererer, dapatlah beberapa dollar ke dalam akaun saya ;) -- Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to [email protected] To unsubscribe from this group, send email to [email protected] For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en

